Elakkan 9 Kesilapan Ini Semasa Beli Kereta Pertama


Elakkan 9 Kesilapan Ini Semasa Beli Kereta Pertama | Salam semua, proses pembelian kereta bukan satu perkara yang mudah. Banyak faktor - faktor yang perlu diambil kira sebelum mengambil keputusan untuk membeli kereta. 

Lebih - lebih lagi nak beli kereta pertama. Kebanyakannya untuk golongan muda yang baru mula bekerja. 
Samaada nak beli kereta terpakai ataupun kereta baharu, kesemuanya memerlukan komitmen dalam memastikan kereta yang dibeli boleh diguna pakai dalam jangka masa yang panjang. 
Maksudnya kat sini kita mampu nak jaga kereta bukan saja dari segi bayaran bulanan kereta saja. Ya lah mesti nak kereta sentiasa dalam keadaan sempurna nak gerak sana sini

Perkara terpenting yang kena ingat berbelanja mengikut kemampuan kewangan

Bukannya berbelanja melebihi kemampuan sehingga akhirnya menanggung dengan beban hutang bulanan yang tinggi dalam tempoh jangka masa yang lama. 
Tips Beli Kereta : 9 Kesilapan Semasa Beli Kereta Pertama Kalau ikut situasi dengan keadaan ekonomi negara sekarang, untuk pengetahuan korang, harga kereta di Malaysia dijangka meningkat berikutan kenaikan harga bahan mentah dan juga kelemahan nilai ringgit. 
Tapi apa yang sis dengar dan baca, pengeluar kenderaan di Malaysia belum lagi memutuskan kenaikan harga kenderaan atau terus menyerap semua kos yang perlu ditanggung. 
Sekiranya harga kereta naik pun, sebagai bakal pembeli kereta, kita yang harus bijak dalam pembelian kereta. 
Untuk korang yang nak merancang untuk beli kereta pertama kena ambil tahu tips beli kereta dengan betul. Sentiasa tambah pengetahuan tentang kereta. 
Bila dah ada ilmu kereta dengan betul, banyak perkara yang boleh kita elak terutamanya untuk elak dari menanggung komitmen bulanan yang tinggi. 
Ini di antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh pembeli kereta pertama. Untuk elak kesilapan berlaku lagi, korang boleh baca untuk panduan semasa nak beli kereta pertama. 

1. Lebih Cenderung Untuk Beli Kereta Baharu Daripada Kereta TerpakaiTidak ramai di kalangan pembeli kereta yang lebih berminat dengan kereta terpakai. Terutamanya buat yang mula baru bekerja. Kalau tanya, rata - rata jawapan yang diberi nak beli kereta baharu. 
Bukan tak boleh beli kereta baharu. Boleh beli tapi ikut dengan kemampuan kewangan. Apa yang sis nak tekankan kat sini, kereta terpakai pun boleh jadi pilihan untuk kereta pertama. 
Walaupun kereta terpakai, jika dilakukan dengan cara yang betul, terdapat banyak pilihan kereta terpakai yang lebih baik dan menjimatkan. 
Lagipun, kereta terpakai dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan kereta baharu. Kos penyelenggaraan dan pembaikan kereta terpakai pun lebih rendah. 
Yang penting, pilih kereta yang sesuai dengan kehendak dan keperluan 
2. Tidak Membuat Tinjauan Samaada Secara Fizikal Ataupun OnlineNak beli kereta ni macam kita nak beli rumah. Nak buat keputusan nak beli rumah pun, dah macam - macam tempat pergi nak lihat keseluruhan rumah. 
Begitu lah juga dengan nak beli kereta. Sekiranya tidak membuat tinjauan terlebih dahulu, kemungkinan banyak risiko yang bakal berlaku

Pertama sekali kena buat pemerhatian secara fizikal ataupun tinjauan di kedai - kedai kereta yang berdekatan. 
Atau dapatkan maklumat secara online. Sekarang ini dah banyak portal jual beli kereta secara online. Kumpulkan maklumat seperti ulasan, pendapat dan pengalaman pengguna. Tidak lupa juga prestasi pengedar kereta yang berkaitan. 
3. Kenalpasti Keperluan Dan Kehendak Sebelum membeli kereta pertama, persiapkan diri korang dengan maklumat yang mencukupi. Dengan cara ini dapat membantu untuk membeli kereta mengikut keperluan dan kehendak kita. Bukan kehendak orang lain. 
Lagi satu, nak elak dari penjual kereta yang suka mengambil kesempatan. Sebab itu penting untuk korang melakukan pemerhatian dan tinjauan. 
Bila dah kenal pasti keperluan dan kehendak kita, ia juga dapat membantu kita daripada berbelanja melebihi kemampuan. 
4. Pemilihan Kereta Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri terhadap kereta. Tapi, sekiranya tersilap langkah, kos bulanan untuk komitmen kereta mungkin melebihi bajet. 
Sebagai contoh, kereta yang bersaiz kecil mungkin lebih sesuai untuk golongan yang baru mula bekerja kerana kereta jenis ini menjimatkan minyak. 
Nak pandu masuk bandar pun tak risau sebab jimat minyak. Jadi, belilah kereta mengikut kesesuaian. Kalau nak bawa untuk pergi kerja, lebih baik beli kereta yang jimat minyak. 
5. Tidak Menyemak Rekod PenyelenggaraanBiasanya kalau nak beli kereta terpakai pernah dengar nampak luaran kereta baik tak semestinya "dalaman" kereta pun dalam keadaan elok kan

Ini yang selalu kesilapan semasa nak beli kereta. Nampak luaran sempurna tapi tidak semestinya kereta tu berkualiti. 
Kalau nak tahu kereta tu baik atau tidak, kena lihat dari rekod penyelenggaraan kereta tersebut. Selain itu, dengan pandu uji kereta juga, boleh kesan sejauh mana situasi kereta. 
Dari rekod penyelenggaraan korang boleh tahu sejarah kereta samaada pernah terlibat dengan kemalangan, kebakaran atau masalah lain seperti ditenggalami air. 
Ada juga yang semak insurans kereta sekiranya ada tuntutan insurans. 
6. Kereta Yang Ingin Dibeli Tidak Dipandu Uji Pandu uji kereta yang ingin dibeli adalah sangat penting. Ini adalah untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan yang salah. 
Melalui pandu uji kereta, dapat mengenal pasti kelebihan dan kelemahan dan juga kualiti kereta tersebut. 
Jika ada dua atau lebih model pilihan korang, cuba pandu uji untuk melihat sejauh mana kualiti pemanduan dan juga bunyi dalam kereta
 7. Tidak Mempertimbangkan Tentang Kos Keseluruhan KeretaMemang tidak dinafikan memiliki sebuah kereta memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Jangan nilai kereta pada harga saja. 
Kos perbelanjaan seperti kadar faedah, tempoh pinjaman, cukai jualan dan sebagainya memang perlu diambil kira. 
Kalau tidak teliti dalam perbelanjaan bajet untuk kereta, korang mungkin terikat dengan tempoh pinjaman yang lebih panjang. 
Dalam masa yang sama, korang akan terikat dengan kadar faedah yang lebih tinggi. Kalau tak nak pening kepala korang boleh buat kira - kira dulu kos perbelanjaan keseluruhan kereta guna pengiraan loan kereta. 
Sekurang - kurangnya, ia dapat membantu korang dalam mendapatkan gambaran sebenar kos yang perlu ditanggung. 
Ingat ya, kos - kos lain seperti harga insurans kereta, cukai jalan, penyelenggaraan kereta dan lain - lain kena pertimbangkan juga. 
8. Suka Memilih Tempoh Pembiayaan Yang Lebih Panjang Rata - rata ramai pembeli kereta pertama ni mudah tertarik dengan tawaran kadar ansuran bulanan yang rendah, tempoh pinjaman yang lebih panjang dan juga tanpa bayaran pendahuluan terlebih dahulu. 
Tapi tahu tak, ke semua tawaran ini boleh menyebabkan pembeli kereta terikat dengan kadar faedah yang lebih tinggi. 
Walaupun jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar adalah rendah, dalam masa yang sama kena fikir juga dengan peningkatan kos keseluruhan yang dibayar. 
9. Kekeliruan Dalam Memahami Kontrak Pinjaman Kereta Bila dah buat keputusan untuk membeli kereta, ramai yang terlepas pandang tentang kontrak pinjaman kereta. Proses pembelian kereta juga mempunyai dokumen atau kontrak yang perlu ditandatangani

Baca dan fahamkan kontrak dan segala terma dan syarat untuk mengelakkan dari tertipu. Sekiranya tidak berhati - hati, kemungkinan banyak lagi kos tambahan yang perlu ditanggung. 
Samaada korang nak beli kereta second hand murah atau kereta baru, pastikan elakkan dari 9 kesilapan ini. 
Jika mengamalkan tips beli kereta dengan langkah yang betul, proses nak beli kereta pertama akan jadi lebih mudah

Lagi bagus kalau korang bawa kawan atau sesiapa yang pernah ada pengalaman beli kereta pertama. Sekurang - kurangnya dapat elak dari kesilapan semasa proses membeli kereta. 

Yang penting, beli kereta ikut kemampuan kita dengan mengambil kira ke semua perbelanjaan kita yang lain seperti tempat tinggal, makanan, simpanan dan keperluan yang lain. 
Diharapkan panduan beli kereta ini dapat membantu korang ya. 
Dah cerita pasal tips beli kereta, kalau korang minat main game online kereta, korang boleh main sini. Percuma saja dan tak ada iklan pun. 
Banyak jugak koleksi games yang ada. Sis asyik main car lightning speed. Macam seronok jer. Ajak anak - anak main sama. 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2022/06/tips-beli-kereta-pertama-.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Beli Kereta Baharu Semasa Peralihan Endemik Ini Perkara Yang Anda Kena Lakukan

Nak Beli Kereta Baharu Semasa Peralihan Endemik Ini Perkara Yang Anda Kena Lakukan

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 421 hits
Hai semua I pasti setiap daripada anda pasti mempunyai kereta Pada masa kini memiliki kereta sudah dianggap sebagai satu keperluan bukan lagi satu kemudahan Anda mungkin perasan sebaik sahaja memasuki fasa peralihan ke endemik kesesakan jal...
Alhamdulillah Rezeki Selepas Kahwin Akhirnya Usop Mampu Beli Kereta Mewah Jenama Mercedes Benz

Alhamdulillah Rezeki Selepas Kahwin Akhirnya Usop Mampu Beli Kereta Mewah Jenama Mercedes Benz

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 276 hits
Rezeki selepas kahwin akhirnya Usop mampu beli kereta mewah jenama Mercedes Benz Rancang mahu miliki rumah sendiri pulaUsop bersyukur miliki kereta idaman SETELAH lama menyimpan impian akhirnya penyanyi Usop berjaya memiliki kereta mewah id...
Tips Beli Kereta Baru Dengan Gaji Rendah

Tips Beli Kereta Baru Dengan Gaji Rendah

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 332 hits
Tips Beli Kereta Baru Dengan Gaji Rendah Kereta satu keperluan hidup zaman sekarang Kalau dulu tak kisah takde kereta ada motosikal atau basikal sudah memadai Tapi zaman sekarang tak boleh takde kereta Biarlah kecil asalkan ada Bagi yang ba...
Cara Kira Bajet Bulanan Untuk Beli Kereta Yang Sesuai Denga Gaji

Cara Kira Bajet Bulanan Untuk Beli Kereta Yang Sesuai Denga Gaji

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 276 hits
Cara Kira Bajet Bulanan Untuk Beli Kereta Yang Sesuai Denga Gaji Salam semua Sihat Alhamdulilah uzu pun sihat sihat je Btw guys baru baru ni uzu rasa nak beli kereta baru Untuk buat sewa kereta sambil sambil tu untuk nak kerja nanti bila ba...
Beli Kereta Kena Semak Kemampuan Diri Dulu

Beli Kereta Kena Semak Kemampuan Diri Dulu

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 226 hits
Assalamualaikum Selamat Petang Beli kereta kena semak kemampuan diri dulu Sejak pandemik melanda dunia semua orang mengalami perubahan yang amat drastik Tak kiralah perubahan tersebut membawa ke arah kebaikan mahupun keburukan Contohnya kal...
Beli Kereta Baru Atau Kereta Terpakai Mana Lebih Baik

Beli Kereta Baru Atau Kereta Terpakai Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 274 hits
Pada masa kini kereta sememangnya menjadi kenderaan penting dan diperlukan untuk membantu pergerakan harian Bukan sahaja membantu mobiliti atau pergerakkan harian kita sendiri malah kereta juga mempunyai keselesaan yang tinggi berbanding pe...
10 Meme Suka Duka Jadi Anak Pertama Harapan Keluarga Banyak Sengsaranya

10 Meme Suka Duka Jadi Anak Pertama Harapan Keluarga Banyak Sengsaranya

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 280 hits
Nggak ada gunanya lagi meratapi nasib jadi anak pertama di keluarga meme ini cukup sudah cukup menggambarkan penderitaan kita
Popular Dek Single S Inferno Kang Soyeon Bakal Lancar Single Pertama

Popular Dek Single S Inferno Kang Soyeon Bakal Lancar Single Pertama

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 149 hits
Bekas peserta sebuah rancangan hiburan Single s Inferno Kang So yeon kini sedang mengorak langkah menjadi artis solo dan bakal mengeluarkan single tidak lama lagi Kang So yeon baru baru ini turut memuat naik satu imej teaser sekaligus mengu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities