Belanjawan Negara Perangkap Hutang Riba


*Belanjawan 2021 – Semakin Terjerumus Ke dalam Perangkap Hutang Riba*
Prof Mohd Nazari Ismail
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya
Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh menteri kewangan pada 6 November lepas mengundang berbagai reaksi dari masyarakat Malaysia. Di kalangan ahli politik pembangkang, fokus utama adalah beberapa peruntukan yang mencurigakan seperti RM85 juta untuk JASA, iaitu satu unit propaganda kerajaan yang telah dihapuskan semasa kerajaan PH memerintah.
Di samping itu kritikan ditujukan kepada pemotongan peruntukan di dalam sektor tertentu seperti perubatan, walaupun ini dinafikan oleh menteri kewangan sendiri dengan penerangan yang terperinci.
Jika cadangan-cadangan balas pihak pembangkang supaya kerajaan menambahkan lagi beberapa peruntukan, kemungkinan besar saiz belanjawan negara akan bertambah dari RM322.5 bilion yang diperuntukkan sekarang. Jika pendapatan negara pada tahun hadapan tidak setinggi yang diramalkan oleh kerajaan, kemungkinan besar defisit belanjawan akan melebihi RM84.84 billion dan peratusan berbanding GDP juga mungkin akan melebihi 5.4 peratus.
Di pihak rakyat, ramai yang akan bergembira dengan berbagai bantuan yang diperuntukkan, seperti bantuan minuman susu setiap hari kepada pelajar sekolah, komputer percuma kepada 150,000 pelajar, serta bantuan kewangan kepada golongan yang terkesan teruk akibat Covid-19. Senarai bantuan-bantuan adalah sangat panjang dan semua adalah amat baik dan perlu disokong.
Namun satu perkara yang perlu disedari ialah ini tahun ini adalah kali ke 22 berturut-turut kerajaan membentang belanjawan yang defisit. Yakni sudah 22 tahun, semenjak dari tahun 1998 kerajaan berbelanja lebih dari pendapatan yang diperolehi dan oleh itu memaksa kerajaan untuk berhutang lagi. Akibatnya jumlah terkumpul hutang kerajaan terus bertambah. Seolah-olah kerajaan langsung tidak mempunyai niat atau rancangan untuk melangsaikan hutang tersebut.
Pada tahun 1970, hutang kerajaan adalah lebih kurang RM5 bilion sahaja.Sekarang ini jumlahnya telah melebihi RM874 billion atau 60.7% berbanding KDNK. Jika hutang badan-badan yang berkait dengan kerajaan seperti PTPTN, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam juga diambil kira, jumlahnya adalah lebih dari RM1.2 trillion atau 85.5% berbanding KDNK. Kerajaan persekutuan terpaksa berbelanja hampir RM34.0 bilion hanya untuk membayar bunga di atas hutang kerajaan pada tahun ini akibat dari hutang yang banyak ini.
Pakar ekonomi Profesor Kenneth Rogoff dan Professor Carmen Reinhart dari Universiti Harvard mengatakan bahawa kajian mereka menunjukkan jika hutang kerajaan meningkat ke paras 90 peratus berbanding KDNK, kesannya ialah ekonomi akan sukar untuk berkembang. Oleh kerana paras hutang kerajaan kita sudah menghampiri paras tersebut, kita juga harus bimbang jika di masa akan datang, ekonomi negara kita juga akan sukar berkembang. Tambahan pula paras hutang di sektor lain juga sangat tinggi. Hutang sektor korporat dan juga sektor isi rumah adalah kedua-duannya melebihi RM1 trillion.
Di dalam keadaan keberhutangan yang sangat tinggi ini, daya tahan ekonomi negara (economic resiliency) akan menurun. Akibatnya sebarang kejutan ekonomi (economic shock) seperti Covid dan yang seumpamanya akan senang menghasilkan krisis ekonomi atau krisis kewangan kerana banyak organisasi dan ramai individu akan mengalami masalah kewangan yang teruk.
Sekarang ini, ramai dari kalangan rakyat dalam keadaan keberhutangan yang tinggi dan terpaksa bergantung kepada kerajaan untuk bantuan. Tetapi oleh kerana kerajaan kita juga dalam keadaan keberhutangan yang tinggi, ini bermakna kita sekarang berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Lambat laun satu krisis ekonomi yang lebih teruk akan berlaku, terutama sekali jika badai Covid yang ketiga atau keempat melanda negara kita lagi atau bencana lain timbul. Jelas bahawa keadaan yang wujud sekarang adalah sebenarnya getir dan perlu diubah supaya masa depan negara adalah lebih stabil dan kukuh.
Kita perlu sedar bahawa di bawah sistem yang wujud sekarang ialah matawang baru sentiasa dicipta oleh sektor perbankan setiap kali hutang diberikan kepada pelanggan. Akibatnya nilai matawang menjadi lebih rendah dan oleh kerana itulah rakyat merasakan pendapatan mereka tidak mencukupi untuk membiayai kehidupan mereka. Inilah apa yang dikatakan sebagai masalah kos sara hidup. Jika kerajaan terpaksa melaksanakan kembali sistem percukaian GST untuk membiayai hutangnya, sudah tentu rakyat akan lebih tertekan.
Keadaan sekarang sebenarnya hanya menguntungkan satu golongan kecil masyarakat sahaja iaitu golongan kaya, terutama sekali yang memiliki saham di dalam sektor perbankan atau mempunyai simpanan yang banyak di dalam bank atau di dalam tabung kewangan seperti EPF dan tabung lain. Mereka ini lah yang akan untung kerana mereka lah yang membekalkan hutang kepada ekonomi kita.
Golongan lain di dalam masyarakat, termasuk M40 dan sudah tentu dari kalangan B40 akan terus sengsara jika keadaan ini berterusan. Jika kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan di masa akan datang atau melaksanakan GST, atau menaikkan kadar cukai, rakyat biasa dari kalangan B40 dan M40 yang akan paling sengsara dan akan menjadi marah. Di beberapa negara lain, ia telah pun berlaku di mana rakyat merusuh apabila kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan demi menyelesaikan masalah kewangannya atau menaikkan kadar cukai.
Oleh kerana itulah kebanyakan pemimpin politik akan mengambil jalan senang iaitu dengan berbelanja dengan lebih banyak dengan menggunakan dana hutang, demi memastikan mereka akan kekal popular di mata masyarakat. Tetapi sebenarnya ini hanya penyelesaian jangka pendek dan akan hanya merumitkan masalah di dalam jangka panjang.
Sebenarnya ini adalah bencana akibat kita sudah puluhan tahun beramal dengan sistem Riba dimana industri hutang menjadi paksi kepada sistem ekonomi kita. Sesuatu yang diharamkan dan dibenci oleh Allah mustahil akan dapat menjamin kesejahteraan kepada masyarakat. Kita mesti ingat balik kepada pesanan Allah SWT:
“Dan apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.” (Surah ash-Shura, ayat 30)
“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah ar-Rum, ayat 41)
Sudah sampai masa kita merubah sistem yang sedia ada supaya kebergantungan kerajaan dan rakyat kepada industri hutang dapat dikurangkan. Sebaliknya kita perlu bangunkan institusi Islam seperti zakat dan waqaf supaya institusi Riba dapat dihapuskan terus satu hari nanti, demi untuk menjamin kesejahteraan masyarakat terutama dari kalangan generasi yang akan datang.
Tetapi perubahan ini mustahil akan dapat dilakukan tanpa berlaku juga perubahan nilai di kalangan masyarakat dan pemimpin negara supaya sikap kebendaan dan terlalu mengejar keduniaan digantikan dengan nilai Islam yang sebenar di mana ahli masyarakat suka hidup dengan cara bersederhana serta berlumba-lumba untuk saling bantu membantu dengan berderma dan menginfaqkan harta mereka. Kalau hutang diberikan kepada golongan yang susah, ia adalah juga untuk tujuan membantu dan bukan untuk mendapat keuntungan.
Usaha dakwah dan tarbiah yang lebih gigih perlu dilakukan oleh semua pihak, terutama sekali NGO dakwah. Semoga dengan itu Allah akan membantu kita supaya balik ke pangkal jalan supaya kita dan juga generasi akan datang akan selamat di dunia dan juga di akhirat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://muscadinediet.com/belanjawan-negara-perangkap-hutang-riba/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 274 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sekiranya Belanjawan 2021 diteruskan tindakan itu akan membawa kepada peningkatan hutang negara sehingga RM1 3 trilion Pada sidang Dewan Rakyat sebentar tadi Tun Mahathir menyatakan kekagumannya terhadap ...
Hanya Belanjawan Perpaduan Berjaya Atasi Krisis Dalam Negara Kata Dap

Hanya Belanjawan Perpaduan Berjaya Atasi Krisis Dalam Negara Kata Dap

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 338 hits
November 8 2020 Kerajaan terlepas peluang untuk Belanjawan Perpaduan dengan belanjawan yang tidak memenuhi enam cadangan utama Pakatan Harapan dan unjuran yang tidak realistik demikian menurut DAP Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata langk...
Pakar Jangka Belanjawan Besar Didanai Dengan Hutang

Pakar Jangka Belanjawan Besar Didanai Dengan Hutang

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 249 hits
Pakar ekonomi menjangka kerajaan akan mengumumkan belanjawan yang besar hari ini walaupun harga minyak yang rendah menjadi penghalang ke atasnya Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway dan Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkat...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 455 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan 2021 Faedah Hutang Kebun Peneroka Felda Dihapuskan

Belanjawan 2021 Faedah Hutang Kebun Peneroka Felda Dihapuskan

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 417 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju menghapuskan faedah hutang kebun peneroka FELDA dengan memperuntukkan sebanyak RM400 juta Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menghapuskan fae...
Gempar Rupa Rupanya Pn Ambil Duit Hasil Dari Menaikkan Hutang Negara

Gempar Rupa Rupanya Pn Ambil Duit Hasil Dari Menaikkan Hutang Negara

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 220 hits
BON KELANANG Mohd Mukhlis Mohd Sharif Tiada benda yang ajaib dengan ekonomi duit itu mesti datang dari sumber yang sahih Akhirnya lepas berbulan bagi dana ikut perutusan TV baru kita tahu yang sumber dana yang mereka boros belanja dahulu ru...
Belanjawan 2021 Bagi Memelihara Kesejahteraan Rakyat Negara

Belanjawan 2021 Bagi Memelihara Kesejahteraan Rakyat Negara

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR 20 Rabiulawal 1442H Jumaat Dalam menghadapi krisis pandemik COVID 19 dan ekonomi negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerajaan membentangkan Belanjawan 2021 dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara bagi memelihar...
Demi Negara Semua Mp Bn Sokong Belanjawan 2021

Demi Negara Semua Mp Bn Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 459 hits
Mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional petang ini sebulat suara bersetuju untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan 6 November ini Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata persetujuan itu dinyatakan ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp