Belanjawan Dan Undi Tak Percaya Apa Persediaan



PERISTIWA belanjawan tahunan sesebuah negara tidak mendapat sokongan ahli majlis perundangan sehingga gagal diluluskan bukanlah perkara asing.
Cuma hal seperti itu tidak pernah berlaku di negara kita. Di Amerika Syarikat, misalnya, ia sudah jadi perkara biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga pentadbiran kerajaan terpaksa ditutup kerana ketiadaan wang.
Bukan kerana kerajaan Amerika tidak ada duit langsung, tetapi kerana tidak mendapat kelulusan Dewan Perundangan iaitu Kongres bagi membelanjakan duit.
Di negara kita, belanjawan dibentangkan melalui Rang Undang-undang Perbekalan oleh kerajaan kepada Dewan Rakyat sekitar bulan Oktober atau November setiap tahun untuk perbelanjaan tahun berikutnya.
Ia dibahaskan dan jika dipersetujui, akan diluluskan melalui undi. Selepas itu ia dihantar ke Dewan Negara untuk dibahas dan diluluskan.Setelah diluluskan oleh kedua-dua buah Dewan, ia akan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan diraja.
Selepas diperkenankan, rang undang-undang itu akan digazetkan menjadi undang-undang dan bolehlah dilaksanakan. Kalau Yang di-Pertuan Agong tidak memberi perkenan, rang undang-undang itu akan berkuat kuasa juga selepas tempoh 30 hari.
2 cara tingkat aliran tunai KWSP jika pengeluaran Akaun 1 dibenar, kata Najib

Dalam sejarah negara kita, pembentangan, perbahasan dan persetujuan belanjawan tidak pernah menjadi isu besar.
Hanya pada 2018, iaitu ketika pembentangan Belanjawan 2019, anggota pembangkang yang diketuai oleh Barisan Nasional (BN) enggan menyokong Rang Undang-undang Perbekalan yang dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Belanjawan 2019 adalah yang pertama dibentang oleh kerajaan yang bukan dipimpin oleh BN setelah parti itu kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018. Bagaimanapun, kerajaan PH tidak mempunyai masalah meluluskannya kerana mempunyai majoriti yang cukup.Inilah keadaan yang amat ditakuti oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November ini.
Ia takut Rang Undang-undang Perbekalan itu tidak mendapat sokongan yang cukup daripada ahli dewan. Ini kerana Muhyiddin sendiri tidak pasti lagi berapa ramai ahli Dewan Rakyat yang masih menyokong beliau.
Kebimbangan inilah yang mendorong Kabinet menggunakan alasan memerangi wabak Covid-19 bagi memohon Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat, tetapi ditolak.
Mengikut konvensyen sistem Westminster yang kita amalkan, Perdana Menteri ‘mesti mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat’ dan ‘menjamin tidak terdapat majoriti sahih yang menentangnya’.Maksudnya, Perdana Menteri bukan saja wajib ada sokongan majoriti, tetapi dia juga perlu memastikan tidak ada penentangan majoriti terhadapnya.
Raja-Raja Melayu Dihina Dan Dicabar [Video]

Sekiranya ditakdirkan kerajaan PN gagal mendapat sokongan majoriti bagi cadangan Belanjawan 2021 nanti, hatta dengan perbezaan satu ringgit sekali pun (satu ringgit bukan satu undi), ia terpaksa meletakkan jawatan supaya sebuah kerajaan baharu boleh dibentuk atau meminta supaya Parlimen dibubarkan.
Dalam keadaan pandemik sekarang, membubarkan Parlimen bagi mengadakan PRU adalah amat tidak wajar.
Menyedari kemungkinan inilah maka Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar sidang belanjawan tidak dipolitikkan. Hal ini telah disambut baik oleh Majlis Presiden PH dan Majlis Tertinggi UMNO yang meminta Perdana Menteri agar memulakan segera proses rundingan belanjawan sebelum dibentangkan.
Dalam kaitan ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun boleh memainkan peranan penyelamat dengan memberi jaminan bahawa usul percaya dan tidak percaya terhadap Perdana Menteri akan diberikan ruang dan disegerakan.
Namun jika beliau gagal memberi isyarat yang meyakinkan atau terus berdolak-dalik, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak jika mereka menggunakan bahas belanjawan sebagai saluran undi percaya dan tidak percaya terhadap Muhyidddin. Wallahuaklam.
*Datuk A Kadir Jasin ialah Tokoh Wartawan Negara
The post Belanjawan dan undi tak percaya, apa persediaan? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/01/belanjawan-dan-undi-tak-percaya-apa-persediaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Memuliakan Titah Agong Usul Undi Tidak Percaya Sepatutnya Didahulukan Sebelum Belanjawan Dibentangkan

Demi Memuliakan Titah Agong Usul Undi Tidak Percaya Sepatutnya Didahulukan Sebelum Belanjawan Dibentangkan

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 259 hits
Sebagaimana dilaporkan media terdapat 25 usul undi tidak percaya dan 2 usul undi percaya telah dikemukakan oleh Ahli Ahli Parlimen untuk Sidang Dewan Rakyat bermula 2 November depan 25 usul undi tidak percaya itu dikemukakan oleh wakil raky...
Mungkinkah Kerajaan Akan Isytihar Darurat Kesihatan Atau Takut Jatuh Undi Tidak Percaya Dalam Parlimen

Mungkinkah Kerajaan Akan Isytihar Darurat Kesihatan Atau Takut Jatuh Undi Tidak Percaya Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 263 hits
Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan AgensiOktober 23 2020Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki bangunan Perdana Putra hari ini untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet fotoBERNAMAKUALA LUMPU...
Istana Wajar Titah Usul Undi Tidak Percaya Agenda Utama Persidangan Parlimen

Istana Wajar Titah Usul Undi Tidak Percaya Agenda Utama Persidangan Parlimen

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 237 hits
No darurat Malah Istana wajar mengeluarkan titah usul undi tidak percaya harus menjadi agenda utama parlimen Penyelesaian politik dalam membentuk kerajaan yang sah perlu dibuat oleh parlimen Semasa Tun menjadi PM Interim beliau telah mencad...
Tiada Darurat Tiada Undi Tidak Percaya Ok Ke Semua

Tiada Darurat Tiada Undi Tidak Percaya Ok Ke Semua

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 369 hits
Adakah benar perebutan kuasa menjejaskan pengawalan kovid19 Semasa peralihan kuasa selepas Tun letak jawatan dan Muhyiddin tubuhkan kabinet ada kekosongan lebih kurang dua minggu masalah covid19 terus ditangani Kementerian Kesihatan atas pe...
Sahih Akibat Tak Cukup Bilangan Mp Atau Takut Undi Tidak Percaya

Sahih Akibat Tak Cukup Bilangan Mp Atau Takut Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 216 hits
Parlimen ditangguh darurat separa di zon merah October 23 2020 Pegawai kanan dikatakan mahu peraturan seperti darurat untuk menggantung sidang Parlimen dan menangani kes Covid 19 di zon merah PETALING JAYA Pegawai kanan di Putrajaya dikatak...
Prof Madya Dr Shamrahayu Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Usul Undi Tak Percaya

Prof Madya Dr Shamrahayu Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Usul Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 319 hits
nbsp KUALA LUMPUR Menjelang persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung selama 27 hari bermula 2 Nov hingga 15 Dis ini isu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin hangat diperkatakan Sebanyak 1...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 455 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
27 Usul Undi Tidak Percaya Diterima Dewan Rakyat

27 Usul Undi Tidak Percaya Diterima Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 243 hits
Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN KUALA LUMPUR Jumlah keseluruhan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang persidangan Dewan Rakyat minggu depan adalah sebanyak 27 usul Menurut sumber dua usul undi pe...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk