Sahih Akibat Tak Cukup Bilangan Mp Atau Takut Undi Tidak Percaya


 
Parlimen ditangguh, ‘darurat separa’ di zon merah?Minderjeet Kaur dan Adam Abu Bakar. -October 23, 2020 Pegawai kanan dikatakan mahu peraturan seperti darurat untuk menggantung sidang Parlimen dan menangani kes Covid-19 di zon merah.PETALING JAYA: Pegawai kanan di Putrajaya dikatakan mahu Putrajaya melaksanakan “darurat separa” di zon merah, termasuk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata, mereka mahu aktiviti Parlimen, termasuk sidang Dewan Rakyat selama 27 hari mulai 2 Nov hingga 15 Dis ini digantung kerana bimbang “kluster Parlimen” berlaku.
“Ada 2 sebab pegawai kanan di Putrajaya mahu ‘darurat separa’, satu ialah mengurangkan sebarang penularan Covid-19 dan satu lagi bagi mengurangkan ketidakstabilan politik semasa,” katanya kepada FMT.
Tidak diketahui jika kerajaan menerima kebimbangan pegawai kanan itu. Setakat ini, Putrajaya belum membuat sebarang pengumuman rasmi.
Difahamkan, Belanjawan 2021, yang sepatutnya dibentangkan 6 Nov ini, mungkin ditangguhkan jika sidang Parlimen digantung.
Sumber berkata, “darurat separa” mungkin tidak membabitkan tentera dan mungkin sama dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan dari Mac hingga Mei lalu.
Katanya, pegawai kanan mencadangkan tentera membantu polis mengadakan sekatan jalan, seperti ketika PKP.
“Aktiviti harian akan dibenarkan, tetapi dengan lebih banyak sekatan,” katanya sambil menambah kedai runcit dan perniagaan masih boleh terus beroperasi.
Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang mungkin membincangkannya dengan anggota Kabinetnya.
Terdahulu, Muhyiddin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet untuk membincangkan Belanjawan 2021. Tidak diketahui jika cadangan “darurat separa” dibincangkan.
Mesyuarat khas itu diadakan di Putrajaya bermula 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari tadi. Selain menteri, difahamkan Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang, Peguam Negara, Idrus Harun dan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador turut hadir.
Menteri yang menghadiri mesyuara itu dipercayai termasuk Ismail Sabri Yaakob (Pertahanan), Hamzah Zainudin (Dalam Negeri), Radzi Md Jidin (Pendidikan), Wee Ka Siong (Pengangkutan), Rina Harun (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Ronald Kiandee (Pertanian dan Industri Makanan) serta Reezal Merican Naina Merican (Belia dan Sukan).
Daerah yang diisytiharkan zon merah Covid-19 ketika ini ialah Kota Setar (Kedah), Larut-Matang-Selama (Perak) serta Timur Laut, Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang), Titiwangsa (Kuala Lumpur) dan Seremban (Negeri Sembilan).
Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat di Selangor, serta Beaufort, Kinabatangan, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu, Papar, Putatan, Sandakan, Semporna, Tawau, Ranau, Tuaran, Keningau, Kudat dan Penampang di Sabah juga dalam senarai zon merah Covid-19.
Kira-kira 700 hingga 800 kes Covid-19 dilaporkan setiap hari.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/sahih-akibat-tak-cukup-bilangan-mpatau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkinkah Kerajaan Akan Isytihar Darurat Kesihatan Atau Takut Jatuh Undi Tidak Percaya Dalam Parlimen

Mungkinkah Kerajaan Akan Isytihar Darurat Kesihatan Atau Takut Jatuh Undi Tidak Percaya Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 295 hits
Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan AgensiOktober 23 2020Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki bangunan Perdana Putra hari ini untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet fotoBERNAMAKUALA LUMPU...
Panggil Sidang Khas Parlimen Atau Dahulukan Usul Undi Tak Percaya Dalam Dewan Saran Adun Ph

Panggil Sidang Khas Parlimen Atau Dahulukan Usul Undi Tak Percaya Dalam Dewan Saran Adun Ph

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 258 hits
Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka Datuk Sofi Wahab menyarankan agar Perdana Menteri memanggil sidang khas Parlimen lebih awal bagi menentukan sekiranya beliau masih mempunyai majoriti sokongan di dalam Dewan Adun Durian Tunggal itu berkata i...
Umno Tidak Berhasrat Kemuka Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Pm

Umno Tidak Berhasrat Kemuka Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 337 hits
PONTIAN UMNO tidak berhasrat mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dilakukan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah Setiausaha Agungnya Datuk Ahmad Maslan berkata tindakan T...
Usul Undi Tak Percaya Pm Siapa Beri Ku Li Harapan

Usul Undi Tak Percaya Pm Siapa Beri Ku Li Harapan

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 267 hits
Petanda signifikan sekian lama veteran UMNO itu bertapa di Gua Musang BANGI Siapa yang berada di belakang Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sehingga beliau bersuara menuntut usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Ta...
Undi Tidak Percaya Berpunca Daripada Segelintir Pihak Bercita Cita Dangkal Dr Chandra

Undi Tidak Percaya Berpunca Daripada Segelintir Pihak Bercita Cita Dangkal Dr Chandra

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berpandangan bahawa isu undi tidak percaya berpunca daripada segelintir pihak yang mempunyai cita cita tertentu Ia merupakan kerjasama dua pihak yang mempunyai cita cita dangkal dan mere...
Undi Tidak Percaya Dan Ahli Parlimen Hilang Kelayakan Sebab

Undi Tidak Percaya Dan Ahli Parlimen Hilang Kelayakan Sebab

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 799 hits
Sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 November 2020 hingga 15 Disember 2020 Jika kita rujuk Takwim Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 ada 3 urusan besar sepanjang mesyuarat tersebut 1 Rang undang undang dan urusan Kerajaan yang l...
Usul Undi Tidak Percaya Bukan Unik Dalam Sistem Negara

Usul Undi Tidak Percaya Bukan Unik Dalam Sistem Negara

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 269 hits
ismaweb netUsul takkan dipercepat perbahasannya tanpa diterima seorang menteriKUALA LUMPUR 27 Safar 1442H Khamis Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan bahawa kedudukan usul undi tidak percaya dalam Peraturan Mesyuarat Dew...
Instafamous Pernah Kata Tak Percaya Akhirnya Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Instafamous Pernah Kata Tak Percaya Akhirnya Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 373 hits
The ReporterSeorang lelaki yang juga influencer aktif dalam dunia kecergasan Dmitriy Stuzhuk 33 meninggal dunia dan disahkan positif Covid 19 Dmitriy sebelum ini pernah berkata dia tidak percaya terhadap kewujudan virus berbahaya itu Lapor ...
Usul Undi Tidak Percaya

Usul Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 230 hits
Ku Li mahu speaker benarkan usul tidak percaya terhadapMuhyiddin
A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tidak Dedah Aib Pasangan

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Rahma Rahmi Bagaikan Hanya Mimpi Chord

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Masak Cara Orang Lama Memang Sedap

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Boxed Burgundy A Custom Bmw R12 Ninet From Poland