Belanjawan Berat Sebelah


SEKOLAH PEKAN ,ORANG PEKAN DAN BANDAR AGAK SELESA  TAPI SEKOLAH KAMPONG DAN ORANG KAMPONG MACAM KENA GAM INGATKAN TUKAR KERAJAAN EKONOMI OK, GOLONGAN MISKIN OK, RUPANYA BERTAMBAH MENDERITA. BELANJAWAN MACAM BALAS DENDAM JE ! ? MERDEKAAAA ! -Pak Karamu- 
Belanjawan 2019 perlu disemak semula?Muhammad Shamsul Abd Ghani9 November 2018 AddThis Sharing ButtonsMd Shukri Shuib (Ubah saiz teks)   SHAH ALAM - Belanjawan 2019 yang dibentangkan Jumaat lalu, mungkin bersesuaian dengan idea dan juga kaedah serta hala tuju yang dihasratkan kerajaan masa kini.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, meskipun dilihat pada beberapa angkubah, ada rombakan dari segi pendekatan dan cara penyebaran dana kerajaan dilakukan, penumpuan khas kepada pembangunan baharu serta penekanan kepada pemberian bantuan dan insentif kepada beberapa golongan harus ditambah baik.

Jelasnya, komuniti petani dan juga pekebun serta peneroka harus diberikan perhatian wajar oleh kerajaan.

"Mungkin satu jawatankuasa khas Parlimen mengenai usaha tambah baik hidup petani, pesawah, peneroka dan nelayan harus diwujudkan dan diberikan dana khas bagi membantu mereka ketika pasaran komoditi berlaku renjatan harga," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kebimbangan beberapa pihak mengenai Belanjawan 2019 yang dilihat tidak menyeluruh selain tidak cukup menyentuh golongan yang berpendapatan rendah terutamanya golongan peneroka, petani, nelayan.

Dalam pada itu katanya, kaedah subsidi petrol bagi kegunaan persendirian juga harus dikaji semula, agar ianya tidak dibuat dan kemudaan boleh sewenangnya disalah guna atau diselewengkan.

"Saya fikir belum sesuai kaedah yang dicadangkan kerajaan bagi subsidi petrol berasaskan kelas kenderaan dilaksanakan.

"Baiklah difikirkan semula kaedah lain bagi menyamaratakan pasaran petrol agar tidak dimanipulasi apabila dilaksanakan kelak," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2019: Kerajaan kutip hasil RM261.8b tahun hadapan ]

Mengulas lanjut ujarnya, kemudahan infrastruktur seperti jaringan unit Keretapi Elektrik (ETS) serta komuter di bandar utama terutama di negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu harus dinilai oleh kerajaan bagi ditambah baik.

"Kerana penggunaan komuter utara dan ETS sudah ditahap maksima dan menyeluruh. Rakyat mula menjadikan keretapi sebagai pilihan pengangkutan awam. Ini kerajaan perlu beri perhatian khas," katanya.

Dalam pada itu katanya, pembangunan potensi pelancongan baharu juga gagal dimanifestasikan dalam Belanjawan 2019.

"Sepatutnya Lembah Bujang yang merupakan lokasi terbaik bagi dibangunkan sebagai koridor pelancongan arkeologi bersifat eko pelancongan juga gagal dimanifestasikan kerajaan.

"Peruntukan lebih luas dan pembangunan kawasan ini seperti penubuhan satu perbadanan seperti Lada di Langkawi harus digerakkan. Ini akan jadi hasil kepada negara bagi menjana kemasukan pelancong antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu katanya, penambahbaikan terhadap  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  sebagai Tabung Pendidikan juga amatlah penting, kerajaan perlu jadikan Tabung Pendidikan itu sepertimana operasi Permodalan Nasional Berhad (PNB),  dan Tabung Haji dengan ruang pelaburan yang bersifat jangka panjang serta tidak statik pada operasi beri hutang, kutip hutang serta fokus pada simpanan dari individu sahaja.

"Beri satu dana khas PTPTN bagi perolehan hartanah, aset dan ladang untuk digembleng mendapatkan keuntungan. Operasi PTPTN harus dikaji semula dan diselaraskan fokusnya dalam belanjawan 2019 itu supaya ia lebih berdaya maju," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://abnnasution.blogspot.com/2018/11/belanjawan-berat-sebelah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Kurus 20 Cara Berkesan Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu

Tips Kurus 20 Cara Berkesan Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 1032 hits
tips kurus Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua One of the azam saya pada awal tahun 2018 dulu dan tahun tahun yang sebelumnya adalah nak kurus Tapi sampai sekarang tak capai capai lagi Hahahahhaa Ni dah makin menghampiri 2019 I will...
Melihat Semula Rmk Ke 11 Dan Belanjawan 2019

Melihat Semula Rmk Ke 11 Dan Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 444 hits
ULASAN Sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sejak 15 Oktober lalu dan dijadual berakhir 11 Disember ini tentulah sangat penting diberikan perhatian Ini kerana ia sedang membincangkan tentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ...
Belanjawan Pertama Ph Pastikan Kemakmuran Rakyat

Belanjawan Pertama Ph Pastikan Kemakmuran Rakyat

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 246 hits
KUALA LUMPUR Belanjawan pertama Pakatan Harapan yang akan dibentang pada Jumaat ini akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh dan memastikan kemakmuran rakyat dan generasi akan datang kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad L...
Bn Kembalikan Semula Gst Dengan Kadar 3 Dalam Belanjawan Bayangan 2019

Bn Kembalikan Semula Gst Dengan Kadar 3 Dalam Belanjawan Bayangan 2019

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 666 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional hari ini membentangkan Inisiatif Ekonomi Rakyat satu belanjawan bayangan 2019 yang antara lain mencadangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dikembalikan pada kadar tiga peratus Bentang Belanjawan BN 2019Pengeru...
Puasa 16 Jam Rahsia Lisa Turunkan Berat Badan Bukan Sahaja Slim Baik Juga Untuk Kesihatan

Puasa 16 Jam Rahsia Lisa Turunkan Berat Badan Bukan Sahaja Slim Baik Juga Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 1422 hits
Apabila seseorang wanita selamat melahirkan antara masalah yang biasa dialami ialah kenaikan berat badan Hal yang sama turut dialami oleh pelakon terkenal Lisa Surihani Kredit IG lisasurihani Terkini dia tampil lebih ramping daripada sebelu...
Pria Di Temanggung Bacok 3 Tetangga 1 Balita Tewas Dan 2 Lain Luka Berat

Pria Di Temanggung Bacok 3 Tetangga 1 Balita Tewas Dan 2 Lain Luka Berat

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 223 hits
Sebelum sampai di Temanggung Yoyok diperiksakan ke dokter jiwa Namun tidak mau disuntik dan tidak mau minum obat kemudian langsung masuk mobil
Ibu Zara Mahu Hukuman Berat Ke Atas Pelaku

Ibu Zara Mahu Hukuman Berat Ke Atas Pelaku

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 417 hits
SAYA nak pelaku dikenakan hukuman setimpal kerana mendera bayi saya yang tidak bersalah Saya reda dengan kejadian itu tetapi hati saya tidak tenang selagi pelaku tidak dijatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepadanya dan juga oran...
Berat Badan Hilang 2kg Alhamdulillah

Berat Badan Hilang 2kg Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 576 hits
Hi korang Haa x tau nak cakap la entry ni nak show off ke apa kan baru hilang 2kg je kot ada 5 kg lagi to go ingat senang ke sejak sakit ni la jaga makan kalau tak kang main belasah je makan tak fikir bagus ke tak main hentam je sekali alla...
Resepi Ayam Sambal Tempoyak Petai

Terkini Kes Zara Pengetua Penolong Kanan Hem Warden Asrama Ditempatkan Sementara Di Jpn Sabah

Yummy Beef Chilli Recipe Goan

Ayat Al Quran Pertama Yang Diturunka

Peguam Negara Kalah Pusingan Pertama Kes Titah Adendum Najib Diteruskan

Tips Temuduga Spp Untuk Bakal Guru

Resepi Adunan Tepung Ayam Goreng

Singgah Sebentar Di Pantai Purnama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengganti Lampu Sein Dan Senja Crv Gen 3

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Pksk Ukkm Laluan Masuk Ke Sbp Mrsm Dan Sekolah Berprestij

Tanda Tanda Orang Yang Mengalami Kemurungan Yang Dia Tak Sedar Pun

Apa Kesan Us Kenakan Cukai Import 1 Kg Gold Bar

Isu Jalur Gemilang Terbalik Umno Tuntut Tindakan Tegas Utusan Malaysia