Belanjawan 2021 Kerajaan Mesti Terbuka Dengan Input Dwiparti Dan Penambahbaikan Parlimen






Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan Presiden KEADILAN meminta kerajaan dan pembangkang untuk "... mengambil pendekatan dwiparti dalam menyusun strategi yang mantap untuk menghadapi wabak COVID-19 dan isu pengangguran dan kemiskinan yang mendesak."


Pendekatan ini memerlukan sokongan semua rakyat Malaysia. Sudah semestinya penting Belanjawan 2021 diluluskan untuk memastikan perjuangan negara kita melawan pandemik Covid-19 dalam pemulihan ekonomi tidak terganggu.


Seperti yang dititahkan oleh Raja-raja Melayu baru-baru ini, ahli-ahli politik di negara kita mesti bekerjasama untuk menghadapi pandemik kali ini dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa.


Ahli politik Malaysia mesti bersedia bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan Belanjawan diluluskan, dengan syarat semua pihak, termasuk Pembangkang, akan diberi ruang untuk menyatakan pandangan dan dijelaskan hal-hal penting belanjawan secara menyeluruh.


Tidak ada pihak yang boleh menjadi pak turut semata-mata dalam belanjawan kali ini - ia akan menutupi tujuan sebenar langkah dwiparti diambil.


Pembaharuan besar dan realistik mesti dilakukan untuk mengembalikan keyakinan setelah apa yang dilalui negara tahun ini.


Proses ini tidak boleh dilakukan secara melulu, walaupun dalam keadaan krisis Covid-19. Belanjawan yang dibentangkan akan gagal sekiranya ia tidak dipantau oleh penggubal undang-undang atau tiada input dwiparti yang benar-benar bermakna. 


Sudah tentu perbelanjaan tidak boleh dilakukan untuk tujuan politik atau menaungi sesiapa. Setiap sen yang dicadangkan untuk dibelanjakan oleh Belanjawan ini mestilah untuk kemaslahatan rakyat, termasuk kesihatan, pendidikan, perumahan dan kesejahteraan mereka.


Kita juga harus sedar bahawa barisan hadapan kita - terutama mereka yang berkhidmat di Sabah - sangat memerlukan pertolongan di semua peringkat.


Saya merasakan belanjawan ini perlu membincangkan masalah-masalah asas yang dihadapi oleh ekonomi kita tetapi kerap dipandang ringan.


Ini termasuk cabaran lama seperti membebaskan negara dari terlalu bergantung pada komoditi, isu tenaga kerja asing, meningkatkan kemahiran pekerja serta meningkatkan gaji dan produktiviti, serta isu baru seperti ancaman keselamatan serantau.


Satu-satunya cara bagi Malaysia untuk mendapatkan Belanjawan terbaik adalah dengan kerajaan semasa perlu komited dalam reformasi Parlimen. 


Ini akan bukan sahaja untuk memungkinkan semua anggota Parlimen membahaskan isu-isu kritikal, tetapi turut dapat bertindak untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan dan menghidupkan kembali Jawatankuasa-Jawatankuasa Terpilih yang sebelumnya telah ditubuhkan.


Akta Perkhidmatan Parlimen penting kerana Pakatan Harapan di ambang memperkenalkannya semula. Parlimen yang  lebih bebas, cekap dan kuat akan dapat memberi kebaikan yang baik kepada rakyat dan kehidupan mereka.


Menangani ancaman Covid-19 dan memulihkan ekonomi kita tidak boleh berlaku tanpa reformasi politik dan institusi. Belanjawan 2021 tidak akan berjaya tanpanya.


Apa pun yang berlaku, saya dan rakan-rakan seperjuangan komited untuk memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus dijunjung. Kami tetap tabah dalam memberikan semak imbang dan memastikan negara dapat keluar dari pebagai dugaan yang dilalui selama ini.


NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
JURUCAKAP PARLIMEN KEADILAN BAGI PENDIDIKAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/belanjawan-2021-kerajaan-mesti-terbuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Mesti Wujud Perbincangan Dwiparti Untuk Kelulusan Bersama

Belanjawan 2021 Mesti Wujud Perbincangan Dwiparti Untuk Kelulusan Bersama

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 253 hits
Belanjawan 2021 akan lebih mudah diluluskan sekiranya pihak Kerajaan Perikatan Nasional membincangkan terlebih dahulu peruntukan peruntukan di dalam dokumen berkenaan sebelum dibentang di Parlimen Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Ni...
Ahli Parlimen Bebas Matang Bahas Belanjawan 2021

Ahli Parlimen Bebas Matang Bahas Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 451 hits
Perbahasan Belanjawan 2021 perlu dilakukan secara matang dan bebas di Dewan Rakyat Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata institusi Parlimen perlu dibenar memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan semasa terutama dal...
Belanjawan 2021 Muhyiddin Seru Mp Sokongan Dwiparti

Belanjawan 2021 Muhyiddin Seru Mp Sokongan Dwiparti

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 363 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengajak semua pihak menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November ini Dalam perutusan khas situasi semasa Covid 19 yang disiarkan secara langsung di televisyen hari ini Mu...
Tiada Sidang Parlimen Sebelah Petang Bagaimana Dengan Belanjawan 2021

Tiada Sidang Parlimen Sebelah Petang Bagaimana Dengan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 240 hits
Apabila usul untuk memendekkan tempoh sidang Parlimen pada minggu ini diluluskan timbul persoalan sama ada Belanjawan 2021 akan dibentangkan seperti biasa pada Jumaat ini Ini kerana pembentangan untuk belanjawan tahunan kerajaan pada kebias...
Kerajaan Cadang Beri Bantuan Selama 6 Bulan Berturut Turut Kepada Rakyat Dalam Belanjawan 2021

Kerajaan Cadang Beri Bantuan Selama 6 Bulan Berturut Turut Kepada Rakyat Dalam Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 395 hits
Dengar dengar kerajaan telah dicadangkan untuk memberi bantuan sara hidup setiap bulan sebanyak RM250 hingga RM300 selama enam bulan kepada rakyat yang memerlukan dalam pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat nanti Usul yang telah dicadangkan o...
Agong Titah Ahli Parlimen Sokong Belanjawan 2021

Agong Titah Ahli Parlimen Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 436 hits
Foto Ihsan Istana NegaraM Update 28 10 2020 Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menasihati ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 Baginda bertitah ini demi kesejahteraa...
Sokong Belanjawan 2021 Agong Beritahu Ahli Parlimen Semula

Sokong Belanjawan 2021 Agong Beritahu Ahli Parlimen Semula

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 395 hits
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan ahli Parlimen sengketa politik untuk kepentingan peribadi akan merugikan negara dan rakyat menjadi mangsa PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong sekali lagi menasihatkan ahli Parlimen menyokong Be...
Saya Akan Pastikan Ahli Parlimen Bn Sokong Belanjawan 2021

Saya Akan Pastikan Ahli Parlimen Bn Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 279 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bertekad meyakinkan semua rakan dalam parti UMNO untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Parlime...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Sinopsis Filem Mantera

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping