Belanjawan 2021 Mesti Wujud Perbincangan Dwiparti Untuk Kelulusan Bersama


 










Belanjawan 2021 akan lebih mudah diluluskan sekiranya pihak Kerajaan Perikatan Nasional membincangkan terlebih dahulu peruntukan-peruntukan di dalam dokumen berkenaan sebelum dibentang di Parlimen.

 

Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, sekiranya pihak kerajaan mengikut nasihat Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa proses belanjawan perlu 'mengambil pendekatan dwiparti dalam menyusun strategi menghadapi wabak Covid-19 dan isu pengangguran serta kemiskinan' maka tidak mustahil ia akan diluluskan dengan mudah.

 

"Seperti yang dititahkan oleh Raja-raja Melayu baru-baru ini, ahli-ahli politik di negara kita mesti bekerjasama untuk menghadapi pandemik kali ini dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

 

"Ahli politik Malaysia mesti bersedia bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan belanjawan diluluskan, dengan syarat semua pihak, termasuk Pembangkang, akan diberi ruang menyatakan pandangan dan dijelaskan hal-hal penting secara menyeluruh.

 

"Tidak ada pihak yang boleh menjadi 'pak turut' dalam belanjawan kali ini - ia akan menutupi tujuan sebenar langkah dwiparti diambil.

Pembaharuan besar dan realistik mesti dilakukan untuk mengembalikan keyakinan setelah apa yang dilalui negara.

 

"Proses kelulusan belanjawan tidak boleh dilakukan secara melulu, walaupun dalam keadaan krisis Covid-19. Belanjawan yang dibentangkan akan gagal sekiranya tidak dipantau oleh penggubal undang-undang atau tiada input dwiparti yang benar-benar bermakna," katanya dalam satu kenyataan.

 

Sebaliknya, Nik Nazmi memberi amaran Belanjawan 2021 tidak boleh dilakukan untuk tujuan politik atau menaungi sesiapa. Setiap sen yang dicadangkan, katanya, mestilah untuk kemaslahatan umum, termasuk kesihatan, pendidikan, perumahan dan kesejahteraan rakyat.

 

Menurutnya, satu-satunya cara bagi Malaysia untuk mendapatkan belanjawan terbaik adalah dengan kerajaan semasa komited dalam reformasi Parlimen.

 

"Ini bukan sahaja untuk memungkinkan semua anggota Parlimen membahaskan isu-isu kritikal, tetapi turut dapat bertindak mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan, dan menghidupkan kembali Jawatankuasa-Jawatankuasa Terpilih yang sebelumnya telah ditubuhkan.

 

"Akta Perkhidmatan Parlimen penting kerana Pakatan Harapan di ambang memperkenalkannya semula. Parlimen yang lebih bebas, cekap dan kuat akan dapat memberi kebaikan kepada rakyat dan kehidupan mereka.

 

"Menangani ancaman Covid-19 dan memulihkan ekonomi tidak boleh berlaku tanpa reformasi politik dan institusi. Belanjawan 2021 tidak akan berjaya tanpanya," kata Nik Nazmi lagi.

 

Menurut Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Pendidikan itu, banyak isu ekonomi boleh dibahaskan dalam pembentangan belanjawan kali ini termasuk membincangkan masalah-masalah asas yang dihadapi oleh ekonomi negara tetapi kerap dipandang ringan.

 

Hal itu termasuk cabaran lama seperti membebaskan negara dari terlalu bergantung pada komoditi, isu tenaga kerja asing, meningkatkan kemahiran pekerja dan meningkatkan gaji dan produktiviti, serta isu baru seperti ancaman keselamatan serantau.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/belanjawan-2021-mesti-wujud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 498 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan 2021 Kerajaan Mesti Terbuka Dengan Input Dwiparti Dan Penambahbaikan Parlimen

Belanjawan 2021 Kerajaan Mesti Terbuka Dengan Input Dwiparti Dan Penambahbaikan Parlimen

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 400 hits
Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan Presiden KEADILAN meminta kerajaan dan pembangkang untuk mengambil pendekatan dwiparti dalam menyusun strategi yang mantap untuk menghadapi wabak COVID 19 dan isu pengangguran dan kemiskinan yang m...
Belanjawan 2021 Muhyiddin Seru Mp Sokongan Dwiparti

Belanjawan 2021 Muhyiddin Seru Mp Sokongan Dwiparti

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 370 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengajak semua pihak menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November ini Dalam perutusan khas situasi semasa Covid 19 yang disiarkan secara langsung di televisyen hari ini Mu...
Darurat Bolehkan Belanjawan 2021 Tanpa Kelulusan Parlimen Kata Penganalisis

Darurat Bolehkan Belanjawan 2021 Tanpa Kelulusan Parlimen Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 333 hits
Seorang penganalisis politik percaya darurat akan membolehkan Belanjawan 2021 dilakukan tanpa kelulusan Parlimen menjangkakan Agong akan mengambil alih pentadbiran dengan nasihat Kabinet Darurat yang baharu Langkah itu juga mengelakkan undi...
Menghadapi Cabaran Belanjawan 2021 Bossku Dilantik Boss Bnbbc

Menghadapi Cabaran Belanjawan 2021 Bossku Dilantik Boss Bnbbc

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 315 hits
Najib Razak dilaporkan dipilih sebagai pengerusi pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Laporan The Malaysian Insight memetik sumber sebagai berkata bekas perdana menteri itu diberikan peranan utama bermula sidang Dewan Rakyat ...
Sarawak Harap Belanjawan 2021 Tidak Lupa Golongan Belia

Sarawak Harap Belanjawan 2021 Tidak Lupa Golongan Belia

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 312 hits
SARAWAK berharap Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan pada 6 Nov depan tidak melupakan keperluan dalam membantu nbsp nbsp golongan belia di seluruh negara yang sebahagian besarnya terjejas akibat pandemik Covid 19 Menteri Belia dan Su...
Belanjawan 2021 Hijrah Jangka 1 000 Usahawan Dapat Manfaat

Belanjawan 2021 Hijrah Jangka 1 000 Usahawan Dapat Manfaat

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 334 hits
SHAH ALAM 31 OKT Yayasan Hijrah Selangor menjangkakan lebih 1 000 usahawan baharu bakal menerima manfaat menerusi peruntukan pinjaman RM15 juta tahun hadapan Pemangku ketua pegawai operasinya Normaiza Yahya berkata inisiatif itu memberi pel...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

Pizza Time

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Tersentuh Sebab Surah Maryam

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan Jurutera Dan Teman Wanitanya Selamat

King Current A Scratch Built Electric Chopper From Switzerland

Rumusan Buku Cerita Untuk Nilam Tips Dan Panduan

Summer Travel Slump Amid Uncertainty The U S Brand Has Taken A Beating

Hiburan Tragedi Fru Pemandu Lori Dipenjara Selepas Gagal Bayar Wang Jaminan

Kenyataan Ini Ada Betulnya