Belajar Dalam Talian Memang Sukar Kata Pensyarah Pelajar


Ainaa AimanKelas untuk pelajar universiti diadakan secara dalam talian sejak Mac dalam
langkah mengawal penularan Covid-19. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ramai pensyarah dan pelajar universiti mengadu tentang ketakcekapan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang mereka lalui sejak Malaysia memulakan usaha melawan Covid-19.
Mereka yang paling terkesan adalah yang menjalani kursus melibatkan kerja praktikal yang berat, seperti kejuruteraan dan farmasi.
Bagi kerja-kerja makmal yang direka untuk melengkapkan kuliah biasa, misalnya, pelajar hanya menonton video dan bukan melakukan kerja.
“Pensyarah perlu merakam sesi makmal dan pelajar perlu menonton video dan menyediakan laporan mereka,” kata Amirah Gazzaly, yang mengajar di Sekolah Sains Farmaseutikal di Universiti Sains Malaysia.
Bagaimanapun, bagi kursus dengan kerja makmal wajib, sesi perlu ditangguh sehingga pelajar boleh secara fizikal berada di univesiti, yang menurut Amirah mungkin tahun depan.
“Ini bagi memastikan pelajar mencapai hasil pembelajaran itu, iaitu kemahiran untuk menyediakan produk.”
Beliau memberitahu FMT bahawa universiti menganjurkan kursusu untuk mengajar pensyarah bagaimana menggunakan peralatan dalam talian. Beliau berkata ramai pensyarah muda sepertinya biasa dengan peralatan e-pembelajaran.
“Tetapi ramai pensyarah yang lebih berusia lebih suka mengajar cara tradisional.”
Beliau berkata menilai pelajar juga suatu cabaran kerana pensyarah perlu jadi kreatif bagi memastikan pelajar benar-benar capai hasil pembelajaran.
Seorang profesor kejuruteraan di sebuah universiti awam yang minta tidak dinamakan berkata tidak ada pengganti untuk interaksi dan kegiatan dalam kerja praktikal seperti sesi makmal, bengkel, dan persidangan.
Beliau berkata cabaran besar yang belum dapat ditangani adalah kesediaan pensyarah dan pelajar mendakap pembelajaran dalam talian.
Katanya, beberapa guru mungkin terbeban dengan isu domestik yang menghalang penyampaian dan beberapa pelajar mungkin tinggal dalam keadaan yang tidak membolehkan penerimaan.
Hanis Zulkifly dari fakulti farmasi di UiTM berkata tidak ada cara untuk tahu sama ada pelajar beri perhatian dalam kelas dalam talian.
Beliau berkata satu lagi hal adalah menghasilkan penilaian alternatif yang boleh diterima mengikut kriteria ketat Lembaga Farmasi.
Aznijar Ahmad Yazid, presiden Persatuan Kakitangan Akademik di Universiti Malaya berkata, guru dan pelajar masing-masing tidak bersedia untuk pelajaran dalam talian.
“Ramai tertekan dengan harapan untuk mencapai hasil terbaik,” katanya.
Bagaimanapun, beliau juga bercakap tentang usaha untuk mengatasi beberapa kekurangan.
Beliau berkata pelajar yang terlepas sesi bengkel atau makmal boleh menggunakan pakej dan perisian dalaman yang meniru latihan yang biasa dilakukan di fasiliti fizikal.
“Juga ada pertukaran dari amalan perkakasan kepada kerja simulasi yang boleh dilakukan menerusi komputer atau peranti mudah alih,” tambahnya.
Pelajar semester akhif dalam bidang pembinaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ain berkata yuran patut dikurangkan kerana banyak kemudahan tidak digunakan.
Beliau berkata pelajar boleh menggunakan penjimatan dari pengurangan yuran itu untuk membeli pakej data untuk kelas dalam talian.
“Saya tiada WiFi dii rumah,” katanya. “Jadi saya terpaksa melanggan pakej data, yang agak mahal untuk seorang pelajar.”
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai boleh menjangkakan suatu pengumuman tentang pembukaan universiti tidak lama lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/belajar-dalam-talian-memang-sukar-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Kucing Pun Mati Rupa Bilik Pelajar Ini Ditinggalkan Sebab Pkp Memang Mengejutkan

Sampai Kucing Pun Mati Rupa Bilik Pelajar Ini Ditinggalkan Sebab Pkp Memang Mengejutkan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 546 hits
Ya Allah Kesiannya tengok kucing tu small Cover image via Twitter thechimchims span span small Malaysia telah menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sejak dari 18 Mac lalu sebagai usaha untuk memutuskan rantaian wabak Covid 19 di nega...
Pelajar Belajar Di Atas Pokok Bakal Sambung Pelajaran Di Ums

Pelajar Belajar Di Atas Pokok Bakal Sambung Pelajaran Di Ums

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 528 hits
KOTA KINABALU Seorang pelajar Sabah yang mencetuskan sensasi baru baru ini kerana sanggup belajar di atas pokok semata mata untuk mendapatkan capaian Internet hari ini dapat senyum lebar Universiti Malaysia Sabah menawarkan biasiswa kepada ...
Tambahbaik Pembelajaran Dalam Talian Bagi Pelajar Di Rumah Seru Aktivis

Tambahbaik Pembelajaran Dalam Talian Bagi Pelajar Di Rumah Seru Aktivis

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 234 hits
Kanak kanak belajar di rumah sejak Mac sebagai langkah keselamatan dalam melawan penularan Covid 19 PETALING JAYA Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan menyeru penambahbaikan segera ke atas pembelajaran di rumah mengatakan kebanyakan...
Tiada Dosa Tinggalkan Solat Jumaat Kerana Tak Terima Kad Jemputan Kata Mufti Selangor

Tiada Dosa Tinggalkan Solat Jumaat Kerana Tak Terima Kad Jemputan Kata Mufti Selangor

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 461 hits
Jais menetapkan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat di 39 masjid terpilih di Selangor perlu membuat permohonan dalam talian menerusi Google Form atau mengisi borang disediakan pihak masjid dan sekiranya memenuhi SOP mereka akan di...
Pesakit Covid 19 Tidak Boleh Sebar Jangkitan Selepas Sembuh Kata Noor Hisham

Pesakit Covid 19 Tidak Boleh Sebar Jangkitan Selepas Sembuh Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 336 hits
Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun pesakit dikesan positif Covid 19 namun mereka tidak bergejala tidak jatuh sakit atau menyebarkan penyakit itu kepada orang lain PUTRAJAYA Pemantauan yang dilakukan Kementerian Kesi...
Muhyiddin Akan Bebas Ahli Parlimen Berdepan Kes Rasuah Kata Dr Mahathir

Muhyiddin Akan Bebas Ahli Parlimen Berdepan Kes Rasuah Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 316 hits
Muhyiddin akan bebas ahli Parlimen berdepan kes rasuah kata Dr Mahathir Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 13
Tiada Campurtangan Pn Agenda Reformasi Kekal Kata Pengerusi Spr

Tiada Campurtangan Pn Agenda Reformasi Kekal Kata Pengerusi Spr

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 249 hits
PUTRAJAYA Bagi Azhar Harun beliau menggalas jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bukan sahaja sebagai ketua penimbang tara proses pilihan raya tetapi juga dengan agenda reformasi Meskipun kerajaan berubah berita baik bagi Azhar atau l...
Bersyukurlah Bukan Sekadar Ungkapan Kata

Bersyukurlah Bukan Sekadar Ungkapan Kata

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 566 hits
Bersyukurlah Bukan Sekadar Ungkapan Kata Ucapkanlah alhamdulillah Kepada Allah kita syukuri segala apa yang kita miliki hari ini Bersyukurlah bila bangun pagi masih bernafas boleh tersenyum dan melihat segala keindahan di depan mata Masih d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba