Belacan Mesra Pesawat Sesuai Sebagai Buah Tangan Melawat Saudara Di Perantauan
Kebiasaan makanan yang berbau tidak dibenarkan dibawa naik ke pesawat antaranya adalah belacan. Belacan adalah penambah perisa tradisi masyarakat Malaysia yang seringkali digunakan dalam masakan menu tempatan.
Belacan jenama Mahirhaya yang popular di Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri. NSTP/ZAIN AHMED
Sekiranya anda berhijrah ke luar negara, pastinya anda akan merindui masakan yang menggunakan belacan kerana rasanya sudah sinonim dengan tekak kita sebagai orang Malaysia.
Kini belacan sudah boleh dibawa masuk ke dalam pesawat selepas seorang pengusaha belacan menghasilkan belacan mesra pesawat. Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan terhadap dua bahan utama iaitu garam kasar dan udang geragau membolehkan belacan keluaran Puan Mahiran berjaya menembusi pasaran luar negara termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Jepun.
Mengakui produk belacannya sangat berbeza dengan belacan lain di pasaran yang menggunakan tepung beras katanya, dia hanya menggunakan dua bahan penting itu saja.
Pengusaha belacan jenama Mahirhaya Kampung Sungai Melayu, Mahiran Abdul Hamid, 50, menunjukkan udang geragau yang digaul dengan garam sebelum di jemur dan dijadikan belacan di Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri. NSTP/ZAIN AHMED
“Hanya penggemar belacan tahu bagaimana keenakan belacan saya, bahkan kualitinya seperti dibakar sedangkan ia dijemur di bawah panas terik matahari hingga warnanya berubah gelap,”
Katanya, dia mendapatkan bekalan udang geragau segar daripada nelayan di Kampung Sungai Melayu di sini selain diperoleh di sekitar Pontian, Mersing dan Pulau Pinang.
“Biasanya bekalan udang geragau segar diperoleh pada musimnya iaitu antara bulan April hingga September dan stok terbabit membolehkan saya menghasilkan 300 ketul belacan setiap hari.
“Bagi memastikan bekalan belacan tidak terputus, saya akan menyimpannya ke dalam peti sejuk dan diproses bila mendapat permintaan pelanggan”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsempoi.com/belacan-mahirhaya-mesra-pesawat/