Bekerjasama Dengan Dap Bermakna Umno Sudah Menipu Orang Melayu Kata Tun Abdul Hamid


agendaily.com25/11/2022
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.
UMNO melakukan penipuan terbesar kepada orang Melayu dengan langkah bersetuju untuk bersekongkol dengan DAP dalam membentuk kerajaan baharu, kata Tun Abdul Hamid.

Bekas Ketua Hakim Negara itu menyifatkan keputusan UMNO untuk bersama kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terdapat juga DAP tidak boleh diterima sama sekali dan ia satu penipuan yang jelas pengundi khususnya orang Melayu semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“Bagi saya, bahawa UMNO-BN (Barisan Nasional) berkecuali pun saya kecewa kerana ia sepatutnya bergabung dengan PN untuk menghalang PH berkuasa.

“Bergabung dengan PH tidak boleh diterima langsung. Ia adalah satu penipuan kepada pengundi-pengundi Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di blognya hari ini.


Tun Abdul Hamid juga mempersoalkan sokongan majoriti Ahli Parlimen (MP) yang didakwa dimiliki Anwar untuk menjadikannya seorang Perdana Menteri (PM) kerana tidak jelas dinyatakan parti mana satu yang menyokongnya.

“Tidak pula disebut parti-parti yang bersetuju bergabung dengan PH dan berapa orangkah ahli-ahli Dewan Rakyat (DR) yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dengan pelantikan ini tercapailah cita-cita Anwar setelah sekian lama menunggu. Apa yang akan dilakunya selepas ini sama-samalah kita menunggu untuk melihatnya,” katanya lagi.

Jelasnya, DAP paling licik dalam memainkan peranan mereka apabila berdiam diri sepanjang rundingan antara UMNO dengan Anwar berjalan untuk memastikan rancangan tersebut berjaya.

“Yang paling licik adalah DAP. Dengan menutup mulut dan tidak menampakkan muka mereka sepanjang kempen PRU-15 dan rundingan bergabung selepas PRU-15, mereka tidak membangkitkan kecurigaan orang Melayu terhadapnya seperti sebelumnya,” katanya lagi.

Perkara paling tidak boleh diterima sama sekali menurut Tun Abdul Hamid bagaimana seorang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh bertindak menipu Yang di-Pertuan Agong demi semata-mata mahu memastikan cita-cita Anwar menjadi kenyataan.

“Saya tidak faham bagaimana sepuluh orang ahli-ahli Dewan Rakyat UMNO yang pada mulanya membuat SD (akuan berkanun) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin itu boleh menarik balik SD mereka.

“Takut sangatkah kepada Zahid dan dipecat? Saya juga tidak faham bagaimana ahli-ahli MKT (Majlis Kerja Tertinggi UMNO) yang berkali-kali mengundi untuk berkecuali, boleh menerima keputuan (siapa?) bahawa UMNO-BN bersetuju menyokong Anwar sebagai PM dan bergabung menubuh kerajaan dengan PH.

“Takut sangatkah mereka kepada DS Zahid? Adakah mereka juga bersekongkol untuk berbohong?” katanya lagi.

Secara peribadi, Tun Abdul Hamid berkata rasa tertipu dengan pendirian pemimpin UMNO dan mengucapkan selamat tinggal kepada parti utama orang Melayu tersebut kerana berbohong kepada rakyat dan pengundi khususnya orang Melayu itu.

“Biar apa pun, saya merasa tertipu. Saya sudah tidak percaya kepada pemimpin-pemimpin UMNO lagi. Selamat tinggal UMNO,” tegasnya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/bekerjasama-dengan-dap-bermakna-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Menuju Kehancuran Jika Jalin Kerjasama Dengan Ph Dap Kata Annuar

Umno Menuju Kehancuran Jika Jalin Kerjasama Dengan Ph Dap Kata Annuar

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 196 hits
freemalaysiatoday com November 22 2022 8 00 AMAhli Parlimen BN dan PH pada mesyuarat semalam berhubung usaha membentuk kerajaan campuran PETALING JAYA Pemimpin Umno telah diberi amaran bahawa parti itu menuju kehancuran jika menjalin kerjas...
Langkah Perak Dap Hapus Identiti Pejuang Melayu Islam Dalam Umno

Langkah Perak Dap Hapus Identiti Pejuang Melayu Islam Dalam Umno

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 294 hits
agendaily com22 11 2022UMNO Perak boleh menggunakan lambang baharu mereka seperti yang disiarkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam Facebook beliau semalam Seorang penganalisis keselamatan dan politik mengatakan bahawa kerjasam...
Umno Perak Pengkhianat Bangsa Melayu Sanggup Duduk Bawah Dap

Umno Perak Pengkhianat Bangsa Melayu Sanggup Duduk Bawah Dap

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 436 hits
agendaily com21 11 2022UMNO setuju duduk di bawah DAP UMNO Perak menjadi Pengkhianat Bangsa Melayu pertama apabila bersetuju bersekongkol dengan DAP menubuhkan kerajaan negeri itu hari ini Dalam satu kenyataan bersama Barisan Nasional dan P...
Jangan Nak Lepas Kes Mahkamah Jual Maruah Orang Melayu Kata Pemuda Umno Kepada Zahid

Jangan Nak Lepas Kes Mahkamah Jual Maruah Orang Melayu Kata Pemuda Umno Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 245 hits
agendaily com30 11 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikritik keras seorang pemimpin Pemuda UMNO kerana sanggup menjual maruah orang Melayu hanya kerana mahu melepaskan diri daripada kes mahkamah dihadapinya Ahli Jawatankuasa Mahasiswa dan ...
Anwar Buat Tindakan Tepat Jamin Hak Melayu Kata Ahli Akademik

Anwar Buat Tindakan Tepat Jamin Hak Melayu Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 191 hits
Hak Melayu sudah pun dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan namun tindakan Anwar memberi penegasan terhadap jaminan itu sekali gus memusnahkan propaganda PN Dua ahli akademik berkata cukup penting bagi Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi ...
Hilang Sokongan Melayu Umno Bakal Lenyap Pru16

Hilang Sokongan Melayu Umno Bakal Lenyap Pru16

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 185 hits
satuberita myBy November 26 2022UMNO mungkin berdepan kesukaran dalam menghadapi masa depan yang mendatang berikutan keputusannya untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 Penganalisis berpendapat walaupun parti...
Jamal Sokong Zahid Nak Bawa Masuk Umno Dalam Ph Bersama Dap Bidas Mca

Jamal Sokong Zahid Nak Bawa Masuk Umno Dalam Ph Bersama Dap Bidas Mca

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 220 hits
agendaily com23 11 2022Datuk Seri Jamal Md Yunos Langkah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa UMNO bersama Pakatan Harapan yang di dalamnya terdapat DAP juga mendapat sokongan Datuk Seri Jamal Md Yunos Ketua UMNO Bahagian Sungai Besa...
Subsidi Budi95 Mungkin Akan Guna Ai Untuk Pemantauan Penebusan

Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fahami Masalah Tiroid Nampak Sihat Tapi Dalam Diam Mereka Tengah Fight

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Honor Magic V5 Design Innovation Highlights