Hilang Sokongan Melayu Umno Bakal Lenyap Pru16


satuberita.my
By Admin
-November 26, 2022
UMNO mungkin berdepan kesukaran dalam menghadapi masa depan yang mendatang berikutan keputusannya untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
Penganalisis berpendapat, walaupun parti Melayu terbesar itu kini bersedia untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH), kesannya akan dirasai nanti.

Keadaan sedemikian bakal dihadapinya susulan kemerosotan sokongan Melayu yang sangat drastik diterima parti itu, di mana Umno dan gabungannya Barisan Nasional (BN) kehilangan kerusi tradisi ‘selamat’ kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Secara keseluruhannya, BN hanya memenangi 30 kerusi. Prestasi pilihan raya terburuk pernah dicapai gabungan itu, jumlah sangat sedikit berbanding lawannya dari PN dan PH yang masing-masing memenangi 73 dan 82 kerusi.

Dengan hanya 26 kerusi di Dewan Rakyat yang merupakan separuh daripada jumlah kerusi dipegang parti komponen PN, Pas, yang memenangi 49 kerusi – masa depan UMNO dilihat masih tidak menentu.

Pemerhati politik, Azizi Safar berkata, sebarang langkah untuk berganding bahu dengan PH dan parti komponen terbesarnya, DAP adalah satu kesilapan bagi UMNO.

“Orang-orang Melayu, terutamanya Melayu luar bandar yang jadi undi poket UMNO masih belum boleh terima DAP setelah bertahun-tahun dimomokkan DAP itu parti cauvinis Cina yang anti Melayu dan anti Islam.

“Pada PRU15 ini, UMNO kena bungkus ikat tepi. Selepas PRU16, mungkin kena bungkus ikat mati terus,” katanya kepada MalaysiaNow.

Terdahulu, beberapa pemimpin UMNO berkata, berikutan kekalahan teruknya pada PRU15, parti itu perlu kekal sebagai pembangkang.

Mereka termasuk Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang kedua-duanya sanggup dipecat kerana membantah kerjasama dengan PH yang diputuskan pimpinan parti.

Azizi yang merupakan bekas Setiausaha BN Pulau Pinang berkata, orang Melayu menolak UMNO kerana Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlibat dalam pertuduhan rasuah walaupun dibebaskan dalam beberapa pertuduhan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kini masih berdepan 47 pertuduhan yang dikaitkan dengan dana badan amal Yayasan Akalbudi.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Mazlan Ali berkata, keputusan UMNO untuk bekerjasama dengan PH akan menguntungkan parti itu dari segi mengelak pertindihan kerusi yang akan dialaminya jika bekerjasama dengan PN.

“UMNO fokus jalur kawasan-kawasan Melayu dan PH fokus dengan (kerusi) multi etnik.

“Pertindihan dan kepentingan parti tampak minimum tidak seperti BN dan PN yang mana mereka akan bertembung di kerusi Melayu,” kata Mazlan, dari Universiti Teknologi Malaysia.

Dengan kerjasama dalam PN, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya menyapu bersih kerusi di Kelantan dan Terengganu.

Situasi yang sama berlaku di Kedah, di mana Pas dan Bersatu memenangi 13 daripada 14 kerusi Parlimen negeri dengan majoriti besar.

Sementara kerusi Padang Serai bakal dipertandingkan pada 7 Disember depan selepas penamaan calon 24 November lalu berikutan kematian calon penyandangnya M Karupaiya.

“Banyak kerusi-kerusi selamat Umno hilang, kalah kepada PN,” kata Azizi.

UMNO akan mengadakan pemilihan parti pada tahun depan selepas menangguhkannya beberapa kali menjelang PRU15.

Keretakan dalam kalangan parti boleh dilihat sejak beberapa tahun lalu, di mana pemimpin tertinggi berpecah kepada dua kem: kluster mahkamah dan kluster Putrajaya.

Mazlan berkata, Zahid dijangka mengukuhkan cengkamannya terhadap parti, memandangkan beliau kelihatan mengawal penuh parti walaupun wujud desakan supaya meletak jawatan selepas pilihan raya 19 November lalu.

“Beberapa pemimpin Umno yang nampak pro kepada PN seperti Tan Sri Annuar Musa, Ismail, dan Khairy Jamaluddin akan dilemahkan.”

“Kemungkinan Zahid pertahanankan kedudukannya,” katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/hilang-sokongan-melayu-umno-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Akan Berhadapan Hilang Sokongan Dan Ahli Keluar Parti Secara Senyap

Umno Akan Berhadapan Hilang Sokongan Dan Ahli Keluar Parti Secara Senyap

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 170 hits
Kalau bukan wajib pun sertainya tetapi jadilah ia satu kewajipan apabila yang lain lain sudah kurang relevan dan membawa lebih kemudaratanKalaupun telinga rosak cubalah dengar
Bn Sudah Hilang Taring Sokongan Pengundi Melayu Merosot

Bn Sudah Hilang Taring Sokongan Pengundi Melayu Merosot

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 161 hits
satuberita myBy December 2 2022BARISAN Nasional yang dahulunya dominan sudah hilang taring susulan sokongan majoriti pengundi Melayu terhadap gabungan itu yang semakin merosot sejak tiga pilihan raya umum lalu Pas menerusi satu kenyataan be...
Keputusan Bersama Ph Khianat Orang Melayu Ahli Umno

Keputusan Bersama Ph Khianat Orang Melayu Ahli Umno

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 248 hits
satuberita myBy December 1 2022Datuk Seri Shahidan Kassim Gambar fail BERNAMAOleh BADLISHAH MATLANGKAH Barisan Nasional dan UMNO bersama sama membentuk kerajaan diketuai Pakatan Harapan mengecewakan akar umbi UMNO dan orang Melayu Ahli Parl...
Jangan Nak Lepas Kes Mahkamah Jual Maruah Orang Melayu Kata Pemuda Umno Kepada Zahid

Jangan Nak Lepas Kes Mahkamah Jual Maruah Orang Melayu Kata Pemuda Umno Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 186 hits
agendaily com30 11 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikritik keras seorang pemimpin Pemuda UMNO kerana sanggup menjual maruah orang Melayu hanya kerana mahu melepaskan diri daripada kes mahkamah dihadapinya Ahli Jawatankuasa Mahasiswa dan ...
Ismail Boleh Bawa Pembaharuan Dalam Umno Kj Tegas Sokongan Kepada Calon Pm

Ismail Boleh Bawa Pembaharuan Dalam Umno Kj Tegas Sokongan Kepada Calon Pm

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 158 hits
malaysiatoday com November 15 2022 10 15 AMKhairy Jamaluddin berkata beliau dan juga Ismail Sabri Yaakob mengutamakan kemenangan pada PRU15 sebelum mendekati topik pembaharuan KUALA LUMPUR Khairy Jamaluddin menegaskan sokongan penuhnya kepa...
Kami Mohon Sokongan Semua The Season Of Kok Du Bakal Mula Bersiaran Pada Januari 2023

Kami Mohon Sokongan Semua The Season Of Kok Du Bakal Mula Bersiaran Pada Januari 2023

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 311 hits
Akhirnya The Season Of Kok Du sudah mengesahkan tarikh siarannya ARTIKEL BERKAITAN Drama The Season Of Kok Du sebelum ini masih belum meneruskan sesi penggambaran untuk musim terbaru dek kerana kematian salah seorang pelakon drama itu Lee J...
Bekerjasama Dengan Dap Bermakna Umno Sudah Menipu Orang Melayu Kata Tun Abdul Hamid

Bekerjasama Dengan Dap Bermakna Umno Sudah Menipu Orang Melayu Kata Tun Abdul Hamid

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 173 hits
agendaily com25 11 2022Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad UMNO melakukan penipuan terbesar kepada orang Melayu dengan langkah bersetuju untuk bersekongkol dengan DAP dalam membentuk kerajaan baharu kata Tun Abdul Hamid Bekas K...
Ahli Mt Umno Beri Sokongan Terbuka Kepada Muhyiddin Pn

Ahli Mt Umno Beri Sokongan Terbuka Kepada Muhyiddin Pn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 170 hits
agendaily com20 11 2022Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menang kerusi Parlimen Jelebu hari ini memberi sokongan terbuka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kesepuluh dan pentadbiran Pe...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza