Bekerja Sebagai Satu Ibadah



Manusia diutuskan oleh Allah ke bumi ini sebagai khalifah, yakni memakmurkan kehidupan ini berlandaskan perintah ditetapkan oleh-Nya. Termasuk dalam tugas itu ialah mencari rezeki.

Sesungguhnya suruhan mencari rezeki dan kebahagiaan hidup di dunia banyak dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis. Ajaran yang menghalang orang Islam mengejar kemewahan dan kesenangan hidup sengaja dicipta oleh pihak yang tidak mahu Islam berkembang dan maju. 

Antara ayat al-Quran yang menyebut mengenai suruhan mencari rezeki ialah ayat 77 surah al-Qasas bermaksud: “Dan tuntutlah dengan kurniaan yang telah dilimpahkan Allah kepadamu itu  kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalan) dari dunia.”    

Walaupun kehidupan di akhirat lebih utama perlu direbut oleh setiap Muslim, tetapi tidak pula bermakna harus melupakan kehidupan di dunia. Apa yang dilakukan di dunia ini, termasuk dalam urusan mencari rezeki mendapat balasan di akhirat.

Ini bermakna bekerja bukan sekadar menyediakan bekalan hidup di dunia, bahkan diberi ganjaran sebagai ibadah untuk balasan kebaikan di akhirat. Islam tidak hanya mementingkan akhirat, kerana permulaan hidup adalah di dunia. Dunia adalah ladang bagi manusia bercucuk tanam (melakukan kebaikan) untuk bekalan di akhirat.

Justeru itu bekerja disamakan dengan jihad ke jalan Allah. Kisahnya, sedang Rasulullah berbual-bual dengan para sahabat, seorang lelaki berbadan tegap dan kuat lalu di hadapan mereka. Maka salah sorang sahabat pun berkata: “Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika orang itu berjuang untuk membela agama Allah.” 

Lalu Rasulullah pun menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Jika lelaki itu keluar dari rumahnya untuk mencari nafkah untuk anak-anaknya yang masih kecil, itu juga fisabilillah namanya. Mencari rezeki untuk kedua orang tuanya yang sudah tua, juga dinamakan fisabilillah. Mencari rezeki untuk dirinya supaya tidak meminta-minta juga dikira fisabilillah. Tetapi, jika dilakukan kerana niat bongkak dan menunjuk-nunjuk, ia dikira sebagai fisabililissyaitan (mengikut jalan syaitan).” - (Hadis riwayat at-Thabrani). 

Hadis tersebut jelas meletakkan sesuatu kerja yang dilakukan demi mencari rezeki halal bagi diri sendiri, ibu bapa dan keluarga merupakan satu jihad. Ini bermakna sepanjang melakukan kerja akan dikira sebagai ibadat selagi tidak melakukan perkara yang ditegah oleh agama.

Fahaman yang mengatakan sesiapa ingin mencari bekalan akhirat hanya dengan  melakukan ibadat khusus seperti sembahyang dan berzikir, sebenarnya tidak memahami perintah Allah. Allah memerintahkan kita bertaburan di muka bumi merebut limpah kurnia-Nya.

Firman Allah bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertaburanlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah dan ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat.” - (Surah al-Jumaah, ayat 10).

Jelas sekali, sebaik selepas sembahyang hendak kita bersegera kembali meneruskan urusan hidup. Pun begitu, maksud bersegera tidaklah bemakna selesai sahaja memberi salam terus bangun. Kita disarankan berwirid dan berdoa setiap selepas sembahyang.

Urusan mencari rezeki dan berhubungan sesama manusia bukan saja untuk kepentingan diri sendiri. Bahkan, segala aktiviti yang mendatangkan kebaikan adalah untuk seluruh umat Islam dan manusia sejagat. 

Kelemahan umat Islam kini adalah disebabkan berpunca kelemahan individu. Bilangan individu Islam yang miskin, melarat dan tidak berpengetahuan lebih banyak. Hal ini menyebabkan umat Islam dengan mudah ditindas dan dijadikan mangsa oleh pihak yang mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka. 

Kini di seluruh dunia nasib umat Islam diselubungi malang. Namun keadaannya tidak sedemikian di negara kita disebabkan kita berupaya membangunkan ekonomi dan kemudahan untuk rakyat. 

Tetapi, apa dinikmati ini tidak kekal lama jika kita tidak terus berusaha mengekalkannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita berusaha gigih, serta mengelak segala sengketa sesama sendiri yang boleh menyebabkan kita lemah. 

Tanamlah semangat dan cita-cita untuk berubah ke arah kehidupan lebih baik. Usaha ini adalah satu bentuk hijrah yang amat digalakkan dalam Islam. Kita perlu berusaha untuk diri sendiri, serta kesejahteraan seluruh ummah. 

Sesungguhnya bekerja merupakan permulaan kepada banyak ibadat. Tidak sempurna sembahyang jika dalam keadaan pakaian yang tidak menutup aurat dan kotor. Untuk membeli kain dan sabun membersihkannya memerlukan wang yang diperolehi dengan bekerja.

Untuk menunaikan fardu haji memerlukan sejumlah wang yang agak besar. Hanya mereka yang bekerja gigih menyimpan wang mampu menunaikan fardu haji. Manakala berzakat dan sedekah juga hanya mampu dilakukan oleh golongan berada.

Jelaslah bekerja mencari rezeki atau kekayaan bukan sekadar memenuhi keperluan hidup di dunia, bahkan membolehkan persiapan mengecapi kebahagiaan hidup di akhirat. Sebab itu Islam menekankan kepada kekuatan ekonomi umat Islam agar dapat menjalani kehidupan dengan sempurna dan dapat beribadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya.

Malah kekayaan merupakan satu cara dakwah. Umat lain mudah menerima Islam jika melihat keadaan umat Islam yang sempurna kehidupan dengan kekayaan dan budi pekerti yang mulia. Segala keperluan masyarakat dapat disediakan dengan sempurna dan usaha-usaha kebaikan dapat dijalankan sepenuhnya.

Bekerja perlu dilakukan tanpa mengira usia selagi berdaya melakukannya. Bekerja bukan terhad makan gaji atau melakukan sesuatu yang mendapat upah. Sebaliknya bekerja itu termasuklah melakukan sebarang tugas yang mendatangkan kebaikan, termasuklah kerja-kerja sukarela. 

Antara bidang kerja yang mampu dilakukan kebanyakan orang yang memiliki tanah ialah bercucuk tanam. Menanam bukan bermakna semestinya membuka kebun atau ladang. Apa yang penting ialah melakukan usaha menanam apapun jenis pokok yang boleh mendatangkan hasil.

Sekarang ini dilihat terlalu banyak tanah dibiarkan tanpa diusahakan. Tanah bendang dibiarkan ditumbuhi lalang, sedangkan tanah kebun dipenuhi semak samum. Ini membuktikan tanah-tanah itu subur. Sekiranya ditanamkan dengan pokok buah-buahan atau tanaman lain tentu mendatangkan hasil yang baik.

Bercucuk tanam mendatangkan sumber makanan dan pendapatan.  Biarpun mungkin ia mengambil masa yang panjang untuk mengeluarkan hasil, tidak bermakna orang tua tidak lagi digalakkan melakukannya jika berdaya melakukannya. 

Walaupun mungkin hasilnya nanti tidak dapat dinikmatinya, ganjaran pahala melakukan kerja menanam itu tetap diberikan oleh Allah. Allah menilai apa yang dilakukan sekarang dan bukannya hasilnya nanti.  Sebab itu biarpun hampir menemui ajal, sekiranya masih berkesempatan melakukan sesuatu kerja yang baik, maka perlulah diteruskan.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sungguhpun hari kiamat telah hampir, tetapi di tangan salah seorang daripada kamu masih ada benih kurma, maka hendaklah dia segera menanamnya.” – (Hadir riwayat Ahmad dan Bukhari).

Namun, janganlah kerana terlalu leka bekerja sehingga menghalang daripada melakukan ibadat-ibadat khusus.  Melakukan kerja secara demikian dikira haram. Contohnya, disebabkan asyik bekerja sehingga lupa bersembahyang, maka kerja itu tidak mendapat ganjaran pahala. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/hyu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Guna Bercakap Ketuanan Melayu Kalau Bekerja Sebagai Kuli Orang Tun M

Tak Guna Bercakap Ketuanan Melayu Kalau Bekerja Sebagai Kuli Orang Tun M

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 396 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas apa yang disifatkannya sebagai perjuangan berdegar degar yang mempertahankan dan mengangkat isu ketuanan Melayu Saya bagi tahu pada orang Melayu semua tak guna bercakap ketuanan Melayu kalau ...
Vivy Yusof Tetap Energetic Walau Pun Baru 3 Minggu Bersalin Dah Mula Bekerja Kerana Dilema Sebagai Bos

Vivy Yusof Tetap Energetic Walau Pun Baru 3 Minggu Bersalin Dah Mula Bekerja Kerana Dilema Sebagai Bos

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 474 hits
Walau pun baru besalin 3 minggu lalu Datin Vivy Yusof tetap energetic Sebagai seorang usahawan dan bos kepada sebuah syarikat tangggungjawab dan tugas memang memang tidak boleh dielakkan Vivy semalam telah memuatnaik status di Instagram men...
Santri Yang Tewas Di Ogan Ilir Diduga Dibunuh Teman Satu Pesantren

Santri Yang Tewas Di Ogan Ilir Diduga Dibunuh Teman Satu Pesantren

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 211 hits
Penyebab kematian santri Pondok Pesantren Raudhatul Ulum Sakatiga Ogan Ilir Sumatera Selatan Finanda Juni Harta akhirnya terjawab sudah Polisi meringkus seorang terduga pelaku penganiaya korban hingga tewas
Istri Napi Otak Pembunuhan Satu Keluarga Ragukan Suami Tewas Bunuh Diri

Istri Napi Otak Pembunuhan Satu Keluarga Ragukan Suami Tewas Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 360 hits
Ia ditemukan sudah tak bernyawa dengan kondisi leher terlilit rantai borgol di dalam sel isolasi
30 E Wallet Dalam Satu Aplikasi

30 E Wallet Dalam Satu Aplikasi

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 230 hits
Dengan lebih 30 e Wallet di Malaysia sudah tiba masanya untuk seseorang gabungkan kesemuanya dalam 1 aplikasi Industri E Wallet di Malaysia sedang berkembang dengan pesat dengan lebih 30 pemain E Wallet di pasaran Dengan wujudnya E Wallet y...
Satu Keluarga Di Samosir Ditemukan Tewas Bersimbah Darah

Satu Keluarga Di Samosir Ditemukan Tewas Bersimbah Darah

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 270 hits
Para korban didapati tak bernyawa di rumah mereka Saat ditemukan di tubuh keempatnya ditemukan luka di antaranya diduga bekas sayatan benda tajam
Pelajar Diliwat Pengetua Ketika Menyertai Satu Program Pendidikan

Pelajar Diliwat Pengetua Ketika Menyertai Satu Program Pendidikan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 307 hits
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung 2 laporan yang masing masing dibuat oleh murid Tahun 5 dan pelajar Tingkatan 1 mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah Kedua dua pelajar terbabit membuat laporan polis semala...
Satu Benda Dua Nama

Satu Benda Dua Nama

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 238 hits
Teringat cerita seorang kawan Dia pergi restoran Italy di KL Nama makanan pelik pelik dalam menu jadi dia pilih salah satu mengikut saiz poketnya Bila makanan sampai nak tahu apa Karipap saiz besar hahahha Lebih baik kau beli kak kedai Makc...
Allah Itu Kasih Satu Suara Dalam Mentauhidkan Allah 8535

Allah Itu Kasih Satu Suara Dalam Mentauhidkan Allah 8535

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 357 hits
AllahItuKasihadmin pada Sehari yang laluPada prinsipnya wahyu yang turun selalu mengesahkan wahyu wahyu yang turun sebelumnya Jadi Qur an selalu merupakan penjelasan dari Taurat Zabur dan Injil yang telah turun sebelumnya Perjuangan Muhamma...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025