Bekas Staf Ingatkan Latiff Tunaikan Janji Letak Jawatan Jika Lompat


Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd. Youzaimi Yusof mengingatkan bekas ketuanya, Datuk Dr. Abd Latiff agar menunaikan janji letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Mersing sebelum melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Sebagaimana dalam ucapan Datuk di Tenggaroh 03, di hadapan ahli-ahli UMNO, dua tahun yang lepas sebelum Datuk melompat ke Parti PPBM yang mana Datuk akan meletakkan jawatan dahulu sebagai Ahli Parlimen Mersing kalau Datuk nak melompat, Datuk kena tunaikan,” tegasnya dalam satu surat terbuka kepada Abd. Latiff, Rabu.
Youzaimi juga merasa terkilan dan tidak menyangka orang yang selama ini banyak mengajarnya terutama dalam berpolitik telah terpesong daripada landasan yang sebenar politik yang baik.
Katanya, adalah sama sekali tidak patut Menteri Pembangunan Luar Bandar itu sebagai orang yang dahulunya lama dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang sangat tidak boleh diterima oleh ahli-ahli UMNO akar umbi terutamanya di Mersing.
“Yang pertamanya, Datuk mengatakan dalam ucapan di Felda Tenggaroh 05, Alif Mim Nun Tendang Wau adalah Sarkas. Tidakkah Datuk akui yang selama ini, berapa penggal Datuk menjadi Ahli Parlimen Mersing dan memegang jawatan Timbalan Menteri di beberapa kementerian adalah hasil dalam perjuangan Parti UMNO dan BN.
“Yang keduanya, Datuk mengatakan yang UMNO Sabah tidak laku semasa program Datuk bersama MARA,” bidasnya.
Menurut Youzaimi lagi, sememangnya UMNO adalah parti keramat dan bukan parti yang boleh dijual beli tetapi yang boleh dijual beli adalah beberapa ahli Parlimen seperti bekas ketuanya itu sendiri.
“Yang mudah ke sana dan ke sini untuk mencari kepentingan diri sendiri yang mana kalau dahulu Datuk sering mengatakan kepada saya waktu itu sebagai kakitangan Datuk, kita wajib setia dan wala kepada Parti UMNO yang keramat ini,” tegas bekas Pegawai Khas Abd. Latiff itu lagi.
Berikut merupakan surat terbuka Youzaimi kepada Abd. Latiff.
Surat Kepada Datuk Dr. Abd. Latiff Bin Ahmad
(Mantan Boss)
YB. Datuk Dr. Abd. Latiff Bin Ahmad,
Menteri Pembangunan Luar Bandar,
Putrajaya
YB. Datuk,
PARLIMEN MERSING KUBU KUAT UMNO DAN BARISAN NASIONAL
Semoga YB Datuk diberikan kerahmatan oleh Allah bagi menjalankan tanggungjawab yang baik kepada bangsa dan negara.
2. Saya mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada YB Datuk sekiranya kehadiran surat ini mengganggu tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada Datuk. Sebagaimana perkara yang tersebut di atas dan pengajaran yang telah Datuk berikan kepada saya selaku kakitangan Datuk selama lebih 15 tahun berkhidmat kepada Datuk yang Parlimen Mersing ini adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional.
Ini diterjemahkan pada setiap kali Pilihan Raya Umum yang berlaku, tidak pernah parti lain selain Parti Keramat UMNO dalam Barisan Nasional memenangi pilihan raya tersebut dan Datuklah antara wakil rakyat yang telah memenangi kerusi Parlimen Mersing ini selama 4 penggal berturut-turut melalui UMNO dan Barisan Nasional.
3. Saya berasa sungguh sedih dan tidak menyangka orang yang selama ini banyak mengajar saya terutamanya dalam politik telah terpesong daripada landasan yang sebenar politik yang baik. Adalah sama sekali tidak patut Datuk sebagai orang yang telah lama dalam UMNO dan Barisan Nasional telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang sangat2 tidak boleh diterima oleh Ahli2 UMNO akar umbi terutamanya di Mersing.
Yang pertamanya, Datuk mengatakan dalam ucapan di Felda Tenggaroh 05, Alif Mim Nun Tendang Wau adalah Sarkes. Tidakkah Datuk akui yang selama ini, berapa penggal Datuk mejadi Ahli Parlimen Mersing dan memegang jawatan Timbalan Menteri di beberapa Kementerian adalah hasil dalam perjuangan Parti UMNO dan Barisan Nasional. Yang keduanya, Datuk mengatakan yang UMNO Sabah tidak laku semasa program Datuk bersama MARA.
Pada saya, sememangnya UMNO adalah Parti Keramat ini bukanlah parti yang boleh dijual beli tetapi yang boleh dijual beli adalah Ahli2 Parlimen seperti Datuk, yang mudah ke sana dan ke sini untuk mencari kepentingan diri sendiri yang mana kalau dahulu Datuk sering mengatakan kepada saya waktu itu sebagai kakitangan Datuk, kita wajib setia dan wala kepada Parti UMNO yang keramat ini.
4. Oleh itu, saya menyeru kepada Datuk, sebagai bekas boss saya, berpijaklah di bumi yang nyata dan akuilah yang Parlimen Mersing ini adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional. Datuk hanya menggunakan sementara sahaja Parlimen ini, menghabiskan waktu ‘term’ ini dan memang sepatutnya kerusi Parlimen Mersing ini hak UMNO dan Barisan Nasional yang mutlak.
5. Sebagaimana dalam ucapan Datuk di Tenggaroh 03, di hadapan ahli2 UMNO, 2 tahun yang lepas sebelum Datuk melompat ke Parti PPBM yang mana Datuk akan meletakkan jawatan dahulu sebagai Ahli Parlimen Mersing kalau Datuk nak melompat, Datuk kena tunaikan.
Akhir kata, saya memohon maaf jika kedatangan surat ini sekali lagi mengganggu Datuk.
Saya sudahi dengan ucapan terima kasih. Sekian.
Mohd. Youzaimi Bin Hj. Yusof
Ketua UMNO Bahagian Mersing
08 julai 2020 – UMNO ONLINE
The post Bekas Staf Ingatkan Latiff Tunaikan Janji… Letak Jawatan Jika Lompat appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/09/bekas-staf-ingatkan-latiff-tunaikan-janji-letak-jawatan-jika-lompat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Latif Menteri Bersatu Wajar Letak Jawatan

Latif Menteri Bersatu Wajar Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 453 hits
LATIF WAJAR LETAK JAWATAN 1 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius video tular kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menyifatkan UMNO Sabah sebagai sebuah parti yang tidak laku 2 Kenyataan biad...
Amanah Labuan Bubar Selepas Seluruh Jentera Parti Letak Jawatan

Amanah Labuan Bubar Selepas Seluruh Jentera Parti Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 351 hits
LABUAN Seluruh jentera Parti Amanah Negara Bahagian Labuan hari ini mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa serta merta menyatakan kerenah birokrasi dan layanan tidak adil oleh pemimpin parti peringkat pusat sebagai alasan utama mereka me...
Azhar Letak Jawatan Pengerusi Spr Azmi Jalankan Tugas Pengerusi

Azhar Letak Jawatan Pengerusi Spr Azmi Jalankan Tugas Pengerusi

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 289 hits
PUTRAJAYA nbsp nbsp Datuk Azhar Azizan Harun meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya berkuat kuasa pada 29 Jun lepas SPR dalam kenyataan hari ini berkata Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom akan menjalankan tugas tug...
Azhar Harun Letak Jawatan Berakhirkah Reformasi Spr

Azhar Harun Letak Jawatan Berakhirkah Reformasi Spr

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 274 hits
Spekulasi bertiup reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya telah berakhir berikutan perletakan jawatan Pengerusi SPR Azhar Harun yang dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu Menurut Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong di bawah p...
Khairuddin Umum Letak Jawatan Bangsa Agama Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan Bangsa Agama Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 345 hits
SAYA SECARA RASMI ISTIHAR KELUAR PH DAN LETAK JAWATAN SEBAGAI PENYELARAS PARLIMEN JASIN SECARA SERTA MERTA Atas dasar prinsip yang tidak akan bernaung di bawah pemimpin sewel dan berpenyakit maka secara rasminya saya istihar untuk tinggalka...
Letak Jawatan Pm Tun Tersilap Besar Khalid

Letak Jawatan Pm Tun Tersilap Besar Khalid

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 519 hits
KHALID SAMAD TINDAKAN perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahahtir Mohamad pada hujung Februari lalu diakui pemimpin Pakatan Harapan sebagai sesuatu yang tersilap Namun itu perkara yang sudah lama berlalu cuma akhirnya para pemim...
Tabiat Dia Marah Jer Letak Jawatan

Tabiat Dia Marah Jer Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 232 hits
Rupanya ianya salah Guan Eng dan Mat Sabu kenapa anak dia diangkat jadi calon Timbalan Perdana Menteri PM7 pun tak mahu anak dia diangkat buat apa korang berdua paksa dia Jahat betul si Guan Eng dan Mat Sabu Cuba tanya PM7 kenapa dia marah ...
Benarkah Pengerusi Spr Letak Jawatan

Benarkah Pengerusi Spr Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 273 hits
Oleh Syed Ibrahim Syed Noh Di tengah tengah suasana kempen Pilihan Raya Kecil DUN Chini timbul khabar angin bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan Harun telah meletakkan jawatan Sehingga kenyataan saya ini keluar ia te...
Kerana Rencana Ditulis 30 Tahun Lalu Ketua Komunikasi Boeing Letak Jawatan

Kerana Rencana Ditulis 30 Tahun Lalu Ketua Komunikasi Boeing Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 263 hits
Kerana rencana ditulis 30 tahun lalu ketua komunikasi Boeing letak jawatan Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 3
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord