Bekas Pembantu Anwar Bimbang Khabar Angin Sekitar Pertemuan Dengan Menteri Dalam Negeri




PETALING JAYA: Lelaki di sebalik dakwaan serangan seksual melibatkan Anwar Ibrahim bimbang pertemuan antara presiden PKR itu dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin baru-baru ini boleh memberi kesan pada siasatan polis yang sedang berjalan, termasuk dakwaan serangan fizikal melibatkan pembantu ahli politik itu.
Muhammed Yusoff Rawther berkata khabar angin sekitar pertemuan itu membimbangkan. Lelaki ini tahun lepas menuduh pemimpin PKR itu cuba menyerangnya secara seksual. Laporan polisnya terhadap Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung dakwaan serangan fizikal dipercayai masih dalam siasatan.
Yusoff mengulas dakwaan di media sosial mengatakan Farhash juga berada di pertemuan itu, dan fail siasatan melibatkan dia dan majikannya ditimbulkan dalam pertemuan itu.
“Walaupun saya menganggap ia sebagai khabar angin, pengalaman mengajar saya khabar angin di KL selalunya berdasarkan suatu peristiwa,” kata bekas pegawai penyelidikan di pejabat peribadi Anwar ini kepada FMT. Beliau berkhidmat di pejabat di Petaling Jaya itu sehingga Jun tahun lepas.
Farhash ketika dihubungi enggan mengulas. “Maaf, PKR kenakan ‘gag order’,” katanya.
Ketua PKR Perak itu beberapa kali menolak dakwaan dia menyerang Yusoff tahun lepas.
Difahamkan polis menyerahkan penemuan mereka berhubung kes itu kepada Jabatan Peguam Negara, selepas siasatan dibuka semula.
Yusoff beberapa kali bertanyakan tentang status siasatan polis terhadap Farhash dan bimbang akan campurtangan politik.
Laporan perubatan dari Hospital Pantai menyatakan dia mengalami kecederaan dan koyak pada bahu yang memerlukan pembedahan, yang menelan belanja sehingga RM40,000.
Yusoff juga membuat saman sivil terhadap Farhash, yang akan mula bicara pada Oktober.
Minggu lepas, Ketua Whip PKR, Johari Abdul, seorang pengikut setia Anwar dan ahli Parlimen Sungai Petani, mengesahkan Anwar bertemu Hamzah, di sebalik dakwaan pemimpin PKR itu cuba mengajak ahli Parlimen PPBM bersama Pakatan Harapan dalam usaha gabungan itu untuk kembali berkuasa.
Pemimpin parti juga memberikan restu kepada Anwar untuk mengadakan pertemuan seperti itu.
Meskipun belum ada maklumat sama ada Farhash akan didakwa atas tuduhan serangan, Yusoff yakin sebarang pertemuan antara Hamzah dan Anwar tidak akan memberi kesan pada kesnya.
“Saya amat menghormati menteri itu dan tanggungjawab yang beliau galas, dan saya berharap integriti siasatan dan tindakan polis serta Jabatan Peguam Negara tidak terkompromi di sebalik perkembangan itu,” katanya.
Yusoff berkata dia sebagai seorang “mangsa keagresifan tidak wajar oleh ahli-ahli politik tidak bertanggungjawab” cuba menggunakan saluran undang-undang, dan mempertahankan tuduhan jenayah terhadap Anwar dan Farhash yang dilaporkannya.
“Satu laporan dikelaskan sebagai NFA sementara menunggu penemuan bukti lanjut dan satu laporan terhadap Farhash pula, pada pendapat saya, tertangguh dari segi siasatan dan tindakan lanjut pihak berkuasa.”
FMT sudah menghubungi Hamzah untuk mendapatkan responnya. - FMT

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/bekas-pembantu-anwar-bimbang-khabar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perebutan Bakal Pm Anwar Sedia Pertimbang Jawatan Menteri Mentor Untuk Dr M

Perebutan Bakal Pm Anwar Sedia Pertimbang Jawatan Menteri Mentor Untuk Dr M

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 284 hits
Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka untuk berbincang mengenai kedudukan Dr Mahathir Mohamad jika ahli parlimen Langkawi itu bersedia dijadikan menteri kanan atau kedudukan yang seumpama dengannya Bercakap dalam sesi temu bual dengan stesen...
Berita 4 Pembantu Anwar Nafi Mahathir Pilihan Ph Plus

Berita 4 Pembantu Anwar Nafi Mahathir Pilihan Ph Plus

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 301 hits
M KINIDakwaan bahawa Pakatan Harapan sudah bersetuju Dr Mahathir Mohamad menjadi calon perdana menteri manakala Anwar Ibrahim timbalannya adalah tidak benar kata seorang pembantu presiden PKR itu Dihubungi Malaysiakini hari ini Farhash Wafa...
Bekas Menteri Belia Sukan Ph Pula Ke Bukit Aman

Bekas Menteri Belia Sukan Ph Pula Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 454 hits
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipanggil untuk memberi keterangan berhubung temu bual beliau dengan sebuah saluran berita antarabangsa Gambar failSyed Saddiq dipanggil rekod keterangan di Bukit AmanKUALA LUMPUR Polis memanggil bekas Menteri ...
Anwar Terbuka Jika Tun M Menteri Mentor Kerajaan Ph Plus

Anwar Terbuka Jika Tun M Menteri Mentor Kerajaan Ph Plus

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 309 hits
Selepas PKR menolak pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 9 Presiden PKR Anwar Ibrahim terbuka untuk berbincang sekiranya Mahathir mahu menjadi Menteri Mentor dalam kerajaan Pakatan Harapan Plus Beliau berkata demikian dalam se...
Jenayah Kolar Putih Siasat Bekas Menteri Peguam

Jenayah Kolar Putih Siasat Bekas Menteri Peguam

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 336 hits
DUNGUN Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun mendesak agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia serta Polis DiRaja Malaysia melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya ke atas Lim Guang Eng Ketua Pemuda PAS Dungun Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkat...
Shafie Apdal Sebagai Perdana Menteri Tertunai Jika Dapat Sokongan Anwar

Shafie Apdal Sebagai Perdana Menteri Tertunai Jika Dapat Sokongan Anwar

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 600 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila umumkan bersetuju mencalonkan Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri jika PH Plus berkuasa semula manakala Anwar Timbalan Perdana Menteri I dan bekas Menteri Besar K...
Anwar Ibrahim Pemilihan Perdana Menteri Ke 9 Dan Sikap Keadilan

Anwar Ibrahim Pemilihan Perdana Menteri Ke 9 Dan Sikap Keadilan

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 362 hits
Kenyataan ANWAR IBRAHIM sangat jelas Lembu pun boleh faham tapi malangnya ada pemimpin PH Petikan kenyataan Pengerusi PH ANWAR IBRAHIM Anwar mohon maaf pada rakan2 dlm PH kerana dia tidak boleh terima opsyen 2 saya rasa berat untuk biar dip...
Bekas Setpol Terkejut Dr M Temui Anwar Rayu Jawatan Pm

Bekas Setpol Terkejut Dr M Temui Anwar Rayu Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 249 hits
KUALA LUMPUR Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad sangat terkejut bekas majikannya itu sanggup bertemu Presiden PKR Anwar Ibrahim dan sanggup merayu semula jawatan perdana menteri Zahid Md Arip berkata tidak mudah bagi beliau untuk ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba