Shafie Apdal Sebagai Perdana Menteri Tertunai Jika Dapat Sokongan Anwar


Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila umumkan bersetuju mencalonkan Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri jika PH Plus berkuasa semula manakala Anwar Timbalan Perdana Menteri I dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Timbalan Perdana Menteri II. Shafie Apdal sebagai PM, sukar tanpa sokongan Anwar, PKR

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Shafie Apdal, sukar menjadi Perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) Plus membentuk kerajaan, tanpa sokongan PKR dan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. P enganalisis politik, Mujibu Abd Muis, berkata cadangan melantik Mohd Shafie sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) kembali menjadi kerajaan boleh tertunai jika mendapat sokongan Anwar dan Ahli Parlimen PKR.



Beliau yang juga Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan berkata, cadangan itu boleh menjadi kenyataan jika digerakkan secara kolektif sebagai pakatan pembangkang dengan sokongan sepenuhnya daripada PKR.

"Hendak lantik sesiapa pun jadi Perdana Menteri bukan persoalannya tetapi apakah pakatan itu mempunyai cukup bilangan kerusi di parlimen.

"Cadangan itu juga berisiko tersekat di tengah jalan jika ditolak dengan kuat oleh Anwar dan PKR atau Ahli Parlimen Sarawak termasuk dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS)," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila umumkan bersetuju mencalonkan Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri jika PH Plus berkuasa semula manakala Anwar Timbalan Perdana Menteri I dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Timbalan Perdana Menteri II.

Dr Mahathir mendakwa cadangan supaya Mohd Shafie menjadi calon Perdana Menteri bagi PH dan sekutunya dipersetujui sebulat suara dalam pertemuan tidak rasmi gabungan itu kelmarin.


Bagaimanapun, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang turut hadir pada perbincangan itu menegaskan cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu serta seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH untuk diputuskan secara bersama.

Mujibu berkata, cadangan itu pada dasarnya sukar untuk direalisasikan kerana ditolak oleh Anwar dan PKR serta parti di Sarawak yang menggelarkan idea itu sebagai 'fantasi politik'.

"Barangkali, kedua-dua pihak sudah menghidu yang ini hanya sekadar 'permainan akal' Dr Mahathir," katanya.

Beliau berkata, cadangan dikemukakan Dr Mahathir itu berkemungkinan satu eksperimen hendak menarik sokongan dari Sabah dan Sarawak serta menguji sejauh mana penerimaan warga Borneo dalam politik Malaysia yang didominasi orang Semenanjung.

"Dari segi taktikal, dengan ketiadaan PKR, pembentukan kerajaan PH Plus nampaknya bergantung kepada kerusi dari Sabah dan Sarawak dalam mengimbangi kerusi PKR.

"Dr Mahathir mungkin melihat sokongan AMANAH dan DAP serta bilangan kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang relatifnya kecil tidak akan mampu merampas kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) tanpa sokongan parti dari Sabah dan Sarawak terutamanya WARISAN dan GPS," katanya.

Beliau juga berkata, langkah mencadangkan nama Mohd Shafie mungkin idea terbaik bagi tujuan mengembalikan PH sebagai kerajaan termasuk menarik semula Anwar dalam kerajaan.


"Setakat ini AMANAH dan DAP nampaknya bersetuju, tetapi usaha dibuat untuk menarik Anwar kembali dalam kerajaan PH dengan mencadangkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri I mungkin ditolak oleh Anwar," katanya
.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/06/shafie-apdal-sebagai-perdana-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebuah Portal Dakwa Shafie Apdal Peroleh 62 Peratus Sokongan Sebagai Perdana Menteri Ke 9

Sebuah Portal Dakwa Shafie Apdal Peroleh 62 Peratus Sokongan Sebagai Perdana Menteri Ke 9

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 312 hits
Pada waktu ini politik negara seakan akan melalui satu lagi gelombang pertukaran kerajaan apabila pihak pembangkang semakin rancak merancang untuk memastikan kerajaan menjadi milik mereka Terbaru nama Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri...
Shafie Apdal Sebagai Pm Sukar Tanpa Sokongan Anwar Pkr

Shafie Apdal Sebagai Pm Sukar Tanpa Sokongan Anwar Pkr

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 315 hits
Oleh MohdAnwar Patho RohmanDatuk Seri Anwar Ibrahim Foto fail NSTPKUALA LUMPUR Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal sukar menjadi Perdana menteri jika Pakatan Harapan Plus membentuk kerajaan tanpa sokongan PKR dan Presidenny...
Rancangan Dr M Lantik Shafie Sebagai Perdana Menteri Lucu Kata Bung Moktar

Rancangan Dr M Lantik Shafie Sebagai Perdana Menteri Lucu Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 411 hits
Mahathir berkata cadangan untuk menamakan Shafie sebagai perdana menteri disokong oleh pemimpin Amanah dan DAP
Shafie Apdal Sebagai Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm 1 Dan 2 Tun M

Shafie Apdal Sebagai Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm 1 Dan 2 Tun M

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 339 hits
Persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak formal antara Shafie Mohamad Sabu Tan Kok Wai dan Lim Guan Eng kata Tun Mahathir KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa cadangan menamakan...
Semua Pimpinan Parti Menzahirkan Sokongan Kepada Yab Perdana Menteri

Semua Pimpinan Parti Menzahirkan Sokongan Kepada Yab Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 236 hits
Ketua ketua parti yang mendokong kerajaan Perikatan Nasional telah mengadakan satu pertemuaan petang tadi di Putrajaya Menerusi perkongsian di laman Facebook Perdana Menteri semua pimpinan parti menzahirkan sokongan kepada YAB Perdana Mente...
Nik Amar Sindir Anwar Duk Gila Nak Jadi Perdana Menteri

Nik Amar Sindir Anwar Duk Gila Nak Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 391 hits
Pimpinan PAS menasihatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim supaya keluar meninggalkan Pakatan Harapan dan menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sehingga habis penggal pilihan raya umum ke 14 Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata i...
Sayap Pemuda Pkr Mahu Anwar Tolak Shafie Sebagai Calon Pm

Sayap Pemuda Pkr Mahu Anwar Tolak Shafie Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 413 hits
June 28 2020 2 59 PMSetiausaha Pemuda PKR Ahmad Syukri Ab Razak berkata sayap itu berpegang pada keputusan Majlis Pimpinan Pusat parti itu yang memilih Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal perdana menteri PETALING JAYA Walaupun Dr Mahathir M...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order