Bekas Pemandu Ambulans Kkm Terlantar Isteri Cekal Harungi Dugaan


Nizam Zain Bekas petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Abdul Rahman Mohamad Isa terlantar selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika ditemui pada Program Ziarah Ramadan Malaysia Gazette di Apartmen Harmoni, Damansara Damai, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL
PETALING JAYA – Melihat sendiri ketabahan wanita ini melayan suami yang terlantar sejak beberapa tahun lalu sememangnya mengundang simpati yang bukan sedikit.

Dia wanita tabah. Tangannya pantas memasang alat penyedut kahak dan tekun menjalankan kerja-kerja memastikan kahak suaminya, Abdul Rahman Mohamad Isa, 60, dapat dikeluarkan dengan cara yang betul.

Tentunya proses itu tidak mudah dan menuntut ketabahan kerana dia terpaksa melihat sendiri ‘seksa’ yang terpaksa ditanggung suami apatah lagi bunyi kahak dikeluarkan itu adakalanya mengganggu perasaan umpama dia turut merasa sakit ditanggung suaminya.

Ditanya apakah punca Abdul Rahman terlantar, Noor Yasmoon Mohd Noor pantas berkongsi cerita.

Segala-galanya bermula apabila suaminya yang berkhidmat sebagai pemandu ambulans Kementerian Kesihatan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira lima tahun lalu.
Noor Yasmoon Mohd Nor menjalankan kerja-kerja menyedut kahak suaminya yang merupakan bekas petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Abdul Rahman Mohamad Isa di kediamannya di Apartmen Harmoni, Damansara Damai, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 19 MEI 2020Siapa sangka tragedi itu yang pada mulanya hanya memberi kesan kepada kedua belah kaki suaminya berakhir dengan dia terlantar di atas katil menanggung kesakitan selain berhadapan masalah kesukaran bernafas.

Masa depan Abdul Rahman yang pernah meraih anugerah perkhidmatan cemerlang daripada KKM perlahan-lahan menjadi pudar apabila malang yang menimpanya tidak terhenti setakat di kaki.

Dia mula mengidap penyakit-penyakit lain termasuk di bahagian saraf tunjang yang akhirnya menyebabkan dia terlantar dan lehernya ditebuk bagi membolehkan saluran untuk menyedut kahak dan memudahkan pernafasannya.

Sejak itu Abdul Rahman bergantung sepenuhya kepada Noor Yasmoon yang terpaksa berhenti kerja semata-mata untuk menguruskan suaminya termasuk membawanya ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalan pemeriksaan rutin.

Bagi wanita berusia 48 tahun itu, berhenti kerja demi menjaga suami adalah pengorbanan yang dilakukan secara sukarela. Dia diajar selok belok untuk menggunakan perkakasan klinikal serta cara yang betul menguruskan keperluan Abdul Rahman termasuk mencuci berak selain menyuapkan makanan.
Antara Sijil Perkhidmatan Cemerlang yang diterima bekas petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Abdul Rahman Mohamad Isa.Di sebalik berat tanggungan yang dipikul, Noor Yasmoon bersyukur kerana mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang kesemuanya digunakan untuk menyediakan keperluan suaminya termasuk ubat tahan sakit yang perlu dibeli sendiri.

Sesekali Abdul Rahman dilihat mengigil dan menurut Noor Yasmoon itu adalah petanda bahawa suaminya sedang menahan kesakitan di kedua-dua kakinya yang menurut doktor perlu dibedah sekali lagi

Dikurniakan empat orang anak hasil perkahwinan pertamanya, dan dua lagi bersama Noor Yasmoon, perjalanan hidup Abdul Rahman sekarang tidak mampu ditelah kesudahannya.

Tinggal di tingkat tiga pangsapuri kos rendah adakalanya amat menyukarkan setiap kali dia mahu dibawa ke hospital kerana kudrat Noor Yasmoon semata-semata sememangnya tidak mampu untuk menggerakkan Abdul Rahman dari katil ke kerusi roda seterus menuruni anak tangga.

Namun wanita berjiwa kental ini bersyukur kerana kakaknya tinggal selang beberapa pintu dan sering membantu setiap kali dia memerlukan.

Berbekalkan pencen suami dan bantuan JKM dia sekeluarga terpaksa berjimat cermat supaya boleh menampung perbelanjaan perubatan suaminya dan persekolahan dua cahaya matanya.
Noor Yasmoon Mohd Nor“Ssuami pesara kerajaan, peralatan ini (sedut kahak) hospital bagi, semua ini (peralatan klinikal) saya beli, ubat kahak semua saya beli sendiri.

“RM350 itu, cukup tak cukup pandai-pandai berjimat, kakak saya ada bantu lauk-pauk. Macam abang pesara kerajaan, dapatlah pencen RM1,300 sebulan, anak-anak sekolah kita,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, semalam.

Menurut Noor Yasmoon, selepas beberapa bulan kemalangan suaminya masih boleh memandu kereta malah mampu menghantar dan menjemputnya ke tempat kerja di sebuah syarikat pembinaan.

“Lepas kemalangan dulu, abang masih boleh bergerak, masa itu dia pakai besi, boleh bawa kereta, pergi ambil akak kerja.

“Bila kena sakit saraf tunjang, saya kena berhenti sebab tiada orang nak jaga,” katanya yang masih menunggu tarikh temujanji dengan hospital selepas beberapa kali ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Biarpun agak sukar untuk bercakap, namun Abdul Rahman gigih melawan kesakitan bercerita dengan nafas yang tersangkut-sangkut. Butir percakapannya adakala sukar diagak, namun dia kelihatan bersemangat dan sesekali tersenyum melahirkan rasa gembira menerima kunjungan kami.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak berbual bersama bekas petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Abdul Rahman Mohamad Isa pada Program Ziarah Ramadan Malaysia Gazette di Apartment Harmoni, Damansara Damai, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZILDia juga mengangkat jari menunjukkan sijil-sijil penghargaan berserta gambar ketika dia berkhidmat dalam perkhidmatan awam yang digantung rapi di dinding rumahnya itu.

Sementara itu, Jelajah Ramadan MalaysiaGazette sempat menyantuni satu lagi keluarga yang mendiami Apartmen Harmoni di Damansara Damai kelmarin.

Bukan hilang upaya, sebaliknya kediaman itu didiami seorang nenek yang menjaga empat orang cucu, dua daripadanya telah kehilangan ibu akibat barah otak. Turut tinggal di rumah tersebut anak perempuannya yang kini terpaksa bekerja harian apabila dipanggil.

Suami kepada anak perempuannya itu juga mengalami masalah kesihatan sehingga tidak dapat keluar mencari rezeki, lantas tugas tersebut digalas oleh isterinya demi memastikan kelangsungan hidup dan persekolahan anak-anak tidak terjejas.

Rogayah Musa, 65, menjaga kedua-duanya cucunya sejak dua tahun lalu, meskipun kesihatannya sendiri tidak mengizinkan, ditambah pula tidak mempunyai pendapatan tetap. Biarpun hidup dihimpit kesusahan, namun bagi wanita yang pernah bekerja di Temerloh Pahang itu, ada hikmah di sebalik dugaan yang Allah kurniakan.
Rogayah Musa tidak dapat menahan sebak pada Program Ziarah Ramadan Malaysia Gazette di Apartment Harmoni, Damansara Damai, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZILDia dapat menunaikan tanggungjawab menjaga cucu-cucunya ketika anak perempuannya keluar bekerja tanpa perlu berasa risau selain dapat menyediakan makan dan minum seadannya untuk mereka.

Dalam nada sebak, Rohaya umpama menyesali diri kerana menumpang wang zakat yang diperoleh anaknya sebanyak RM650 sebulan.

“Sepatutnya mak cik yang membantu mereka, ini tidak mak cik pula yang menumpang mereka,” katanya yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih di atas kunjungan MalaysiaGazette yang turut menyumbang barang keperluan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/bekas-pemandu-ambulans-kkm-terlantar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Isteri Sekat Nombor Telefon Tidak Mahu Kait Dengan Da I Farhan

Bekas Isteri Sekat Nombor Telefon Tidak Mahu Kait Dengan Da I Farhan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 369 hits
Bekas isteri kepada pendakwah bebas Da i Farhan Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr Erin mengatakan bahawa dia tidak mahu dihubungi atau menghubungi bekas suaminya itu Dr Erin kini sedang berbadan dua yang dijangka ber...
Hiburan Dr Erin Dedah Pergi Jumpa Sendiri Bekas Isteri Untuk Serahkan Kembali Da I Farhan

Hiburan Dr Erin Dedah Pergi Jumpa Sendiri Bekas Isteri Untuk Serahkan Kembali Da I Farhan

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 824 hits
Walaupun sudah banyak pekung pasangan Da i Farhan dan Dr Erin yang terbongkar masih banyak lagi cerita yang tidak habis mengenai kemelut bekas suami isteri ini Terbaru Erin telah berkongsi beberapa tangkapan skrin mesejnya bersama Da i Farh...
Polis Sahkan Tahan Bekas Pegawai Khalid Samad Suami Isteri

Polis Sahkan Tahan Bekas Pegawai Khalid Samad Suami Isteri

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 379 hits
Polis hari ini mengesahkan menahan bekas setiausaha politik bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad serta sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung aduan sebuah firma arkitek mengenai arahan pembangunan palsu Pengarah Ja...
Pemandu Mabuk Allahuakbar Kesian Anak Isteri Arwah

Pemandu Mabuk Allahuakbar Kesian Anak Isteri Arwah

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 457 hits
Suspek kejadian hampir langgar saksi sebelum sempat elakBANGI 3 Syawal 1441H Selasa Kau memang mabuk depan mata aku Celaka betul elok gantung sampai mati Demikian luah saksi kejadian kemalangan maut membabitkan seorang kakitangan Alam Flora...
Aidil Zafuan Akui Raya Teramat Sayu Sekali Netizen Tanya Pasal Anak Dengan Bekas Isteri

Aidil Zafuan Akui Raya Teramat Sayu Sekali Netizen Tanya Pasal Anak Dengan Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 513 hits
JIKA sebelum ini perasaan sedih berjauhan dengan keluarga pada Hari Raya Aidilfitri dapat diketepikan memandangkan lebih fokus memikul tugas mengharumkan nama negara di pentas sukan tanah air Sebaliknya tahun ini sambutan 1 Syawal ternyata ...
Bersama2 Terlantar Atas Katil Gadis Kongsi Ibu Hidup Cekal Tanpa Bantuan

Bersama2 Terlantar Atas Katil Gadis Kongsi Ibu Hidup Cekal Tanpa Bantuan

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 477 hits
Keluarga adalah insan tetap menerima diri kita seadanya walaupun hidup penuh cacat cela Adat hidup berkeluarga hidup pastinya akan ditimpa musibah Walau apapun yang berlaku kasih sayang ibu bapa terhadap anak anaknya tidak akan pudar malah ...
3 Jenis Tuntutan Selepas Bercerai Yang Boleh Dibuat Oleh Bekas Isteri

3 Jenis Tuntutan Selepas Bercerai Yang Boleh Dibuat Oleh Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 685 hits
hi there perkahwinan merupakan ikatan suci antara lelaki dan wanita yang dibenarkan untuk berkahwin setiap insan yang berumahtangga mengimpikan perkahwinan kekal hingga ke syurga namun ada yang terlerai dipertengahan jalan dan untuk itu per...
Memang Taklah Saya Nak Bagi Jumpa Dengan Baby Ni Bekas Isteri Block Nombor Telefon Da 039 I Farhan

Memang Taklah Saya Nak Bagi Jumpa Dengan Baby Ni Bekas Isteri Block Nombor Telefon Da 039 I Farhan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 386 hits
Bekas isteri Da i Farhan Noorainul Naqim Mohd Radzi mengakui bahawa dia dan bekas suami tidak pernah lagi berhubung selepas diceraikan biarpun dirinya kini sedang mengandung anak hasil perkahwinan mereka Bahkan ahli perniagaan yang dikenali...
Hiburan 33 Tahun Chef Wan Tak Lupa Jaga Kebajikan Bekas Isteri

Hiburan 33 Tahun Chef Wan Tak Lupa Jaga Kebajikan Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 293 hits
Meskipun bekas isterinya Norhayate Ayub telah menghembuskan nafas terakhir pada Mac lalu akibat komplikasi buah pinggang dan jantung chef selebriti terkemuka Malaysia Dato Redzuawan atau lebih mesra disapa Chef Wan berkongsi cerita bersama ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti