Bekas Peguam Negara Akan Beri Kerjasama Dalam Siasatan Polis


 

February 8, 2021 Tiga kertas siasatan telah dibuka berkaitan memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas, selepas lebih 100 laporan polis dibuat terhadapnya.
Peguamnya Sangeet Kaur berkata, anak guamnya berjanji untuk memberi kerjasama penuh terhadap siasatan tersebut.
“Kami telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara (Abdul Hamid Bador) untuk menyatakan hasrat anak guam kami bagi memberi kerjasama penuh untuk memberi keterangan,” katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun Sangeet berkata pihak polis masih belum menyatakan bila akan mengambil keterangan Thomas.
Ditanya jika sebarang tarikh sudah ditetapkan, dia menjawab “belum”.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed berkata polis menerima 134 laporan dari seluruh negara terhadap buku tersebut, bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’.
Katanya, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan dan ia akan dibuat secara terperinci sebelum mana-mana pihak, termasuk Thomas, dipanggil untuk memberi keterangan.
“Satu daripada kertas siasatan yang dibuka adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.
“Kertas siasatan ketiga dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut),” katanya.
Antara pihak yang membuat laporan polis terhadap Thomas ialah bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali dan bekas Peguam Cara III Mohamad Hanafiah Zakaria.
Ditanya bila Thomas akan dipanggil untuk soal siasat, Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu Malaysiakini yang pegawai penyiasat perlu diberi masa untuk mengendalikan kes ini.
“Ketika semua sudah selesai, kita akan maklumkan,” katanya.
Selain laporan polis, Thomas juga menerima notis tuntutan daripada bekas perdana menteri Najib Abdul Razak berhubung kandungan yang menyentuh kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata Thomas menggambarkan anak guamnya sebagai pembunuh dengan “kesimpulan secara langsung dan sindiran yang sama sekali tidak benar, palsu dan tidak mempunyai asas atau bukti.”
Thomas, menerusi peguamnya, menafikan dakwaan tersebut.
“Anak guam kami menafikan semua dakwaan dalam surat anda. Selain itu, anak guam kami juga menafikan dia melakukan salah laku fitnah (tort of defamation) terhadap anak guam anda,” kata peguamnya menerusi sepucuk surat kepada Muhammad Shafee, bertarikh 4 Feb.
Dalam memoirnya, Thomas antara lain mendakwa Sirul telah memberi bukti berkaitan penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya.
Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, Chong Ton Sin disoal siasat polis berhubung memoir tersebut.
Kementerian Dalam Negeri juga dilaporkan sedang meneliti kandungannya meningkatkan kemungkinan buku itu akan diharamkan.
Idrus Harun, yang menggantikan Thomas sebagai Peguam Negara, turut mengkritik buku itu, dengan menyifatkannya sebagai “penghinaan terhadap institusi undang-undang”.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/bekas-peguam-negara-akan-beri-kerjasama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pegawai Jabatan Peguam Negara Buat Laporan Polis Terhadap Tommy Thomas Kerana Fitnah

Bekas Pegawai Jabatan Peguam Negara Buat Laporan Polis Terhadap Tommy Thomas Kerana Fitnah

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 232 hits
Provided by Free Malaysia Today Mohamad Hanafiah Zakaria mahu polis melakukan siasatan terhadap Tommy Thomas atas kesalahan memfitnah PETALING JAYA Seorang bekas pegawai kanan undang undang membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas kerana...
Pendedahan Bekas Peguam Negara Mengejutkan

Pendedahan Bekas Peguam Negara Mengejutkan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 191 hits
ANWAR IBRAHIM Nama Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut oleh Istana Negara sebagai calon Perdana Menteri interim menggantikan Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan itu pada 24 Februari tahun lalu Bagaimanapun Yang di Pertuan Agong tidak dapa...
Kerjasama Ppbm Pas Umno Untuk Kepentingan Politik Tiada Kebaikan Untuk Negara Kata Dr M

Kerjasama Ppbm Pas Umno Untuk Kepentingan Politik Tiada Kebaikan Untuk Negara Kata Dr M

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 255 hits
PETALING JAYA Kerapuhan kerjasama antara PPBM PAS dan Umno akan terus terurai pada pilihan raya umum akan datang kerana tiga parti itu hanya bersama untuk kepentingan politik masing masing PPBM PAS dan Umno adalah tonggak kerajaan Perikatan...
Kuasa Luar Biasa Peguam Negara

Kuasa Luar Biasa Peguam Negara

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 302 hits
Tommy Thomas dan Kuasa AG Buku Tommy Thomas My Story Justice in the Wilderness telah mengundang pelbagai reaksi pemimpin dan masyarakat Malaysia Saya tidak ingin mengulas tentang isu peristiwa dan pengkisahan beliau Itu memoir beliau dan pa...
Polis Tahan Dua Wanita Bantu Siasatan Kegiatan Ah Long

Polis Tahan Dua Wanita Bantu Siasatan Kegiatan Ah Long

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 231 hits
Polis menahan dua wanita tempatan dalam serbuan berasingan di Bukit Indah dan Gelang Patah di Johor Bahru semalam bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemberi pinjam wang tanpa lesen atau Ah Long Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil...
Bicara Anwar Ibrahim Respon Terkait Siasatan Pihak Polis Keatas

Bicara Anwar Ibrahim Respon Terkait Siasatan Pihak Polis Keatas

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 256 hits
Kuala Lumpur 02 02 2021 9 00pm Anwar Ibrahim Malam ini saya akan memberi respon terkait kenyataan Menteri Dalam Negeri berhubung siasatan pihak polis ke atas saya dan beberapa individu lain Saya turut akan mengulas mengenai pasaran saham te...
Polis Pahang Sedang Mengesan 1 226 Individu Untuk Bantu Siasatan Kes Jenayah Dan Trafik

Polis Pahang Sedang Mengesan 1 226 Individu Untuk Bantu Siasatan Kes Jenayah Dan Trafik

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 421 hits
KUANTAN Polis Pahang ingin mengesan 1 226 individu bagi membantu siasatan kes jenayah dan trafik yang berlaku sekitar negeri ini sejak 2000 sehingga kini Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya telah mengeluarkan war...
Mp Bimbang Siasatan Polis Terhadap Anwar

Mp Bimbang Siasatan Polis Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 269 hits
malaysiakini comDiterbitkan 29 Jan 2021 6 50 pmAhli Parlimen Selayang William Leong mempersoalkan apakah terdapat campur tangan politik di sebalik tindakan polis menyiasat pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim Siasatan berkenaan berhubung keny...
Asing Peranan Peguam Negara Pendakwa Raya Presiden Majlis Peguam

Asing Peranan Peguam Negara Pendakwa Raya Presiden Majlis Peguam

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 222 hits
Presiden Majlis Peguam Salim Bashir KUALA LUMPUR Majlis Peguam mahu kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan setelah Parlimen bersidang semula untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya Presidennya Salim Bashir berkata ia h...
Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Ministry To Address Corruption In Ums Says Deputy Minister

Achey Tantari Baby Feaaa Ragam Raya Chord

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah

Balik Asrama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raikan Hari Raya Bersama Kempen Serlahkan Perayaan Mu Dengan Guardian

Geek Bar Raih If Design Award 2025 Untuk Dua Produk Konsep Inovatif

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Mencari Al Khaliq

Iman Troye Salam Salam Lebaran Chord

Mal Hamka Thamiera Chan Athalia Nadia Rosli Pokai Raya Chord