Tommy Thomas Terikat Kisah Silam Mahathir Kesal Pilih Beliau Sebagai Peguam Negara



Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kesal melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara setelah menyedari beliau masih terikat ‘kisah silam’ tertentu.
(FMT) – “Kalaulah saya tahu ini akan berlaku, sudah tentu saya akan pilih orang lain. Tetapi, pada masa itu, saya fikir seorang peguam negara yang profesional akan beri sesuatu yang baharu,” kata Mahathir dalam wawancara khas dengan FMT.
“Saya tak sedar yang dia ada ‘kisah silam’, yang nampaknya masih mempengaruhinya,” kata Mahathir, yang tahu Thomas bukanlah penyokongnya semasa beliau dilantik menjadi perdana menteri keempat pada tahun 2018.
Mahathir mengulas beberapa kritikan langsung oleh Thomas terhadap beliau dalam memoirnya, “My Story: Justice in the Wildernes”.
Ia termasuk tindakan Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri tetapi masih mahu memegang jawatan itu secara sementara.
Thomas juga menyifatkan tindakan Mahathir meletak jawatan sebagai sesuatu yang tidak boleh dipertahankan kerana membelakangkan mandat pengundi PRU14.
Mahathir berkata Thomas sebelum ini mengecamnya atas penyingkiran bekas presiden Mahkamah Agung, Salleh Abas, namun masih memutuskan untuk melantik beliau sebagai peguam negara bukan Melayu pertama sejak pembentukan Malaysia pada 1963.
Beliau juga sudah menjangkakan masyarakat Melayu tidak akan menyukai pelantikan Thomas, namun merasakan perlu melantik seorang bukan Melayu kerana peguam negara terdahulu tidak profesional.
“Mereka (peguam negara Melayu) ada buat keputusan yang tidak betul. Contohnya, Najib Razak dikatakan tak buat salah, tapi hari ini kita tahu yang dia didapati bersalah.
“Jadi, tidak betul bila peguam negara (ketika itu) kata dia tak bersalah dan dengan demikian kes tidak dibawa ke mahkamah.
Pada Januari 2016, peguam negara ketika itu, Apandi Ali, membersihkan Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam kes SRC International, dan mengumumkan Najib, yang ketika itu perdana menteri, tidak akan dituduh.
Pada Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang berhubung RM42 juta milik syarikat bekas unit 1MDB itu.
“Saya fikir Thomas akan menjadi seorang peguam negara yang bagus dan profesional, yang akan melaksanakan kewajipannya mengikut undang-undang, bukan kerana dia akan buat apa yang saya suruh,” kata Mahathir.
Mahathir sebelum ini berkata Thomas mengambil keputusan untuk meletak jawatan dengan sukarela, sejurus selepas beliau berundur sebagai perdana menteri Feb lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/02/05/tommy-thomas-terikat-kisah-silam-mahathir-kesal-pilih-beliau-sebagai-peguam-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Kini Kesal Lantik Tommy Tommas Sebagai Peguam Negara

Mahathir Kini Kesal Lantik Tommy Tommas Sebagai Peguam Negara

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 262 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kesal melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara setelah menyedari beliau masih terikat kisah silam tertentu Kalaulah saya tahu ini akan berlaku sudah tentu saya akan pilih orang lain Tetapi...
Bekas Pegawai Jabatan Peguam Negara Buat Laporan Polis Terhadap Tommy Thomas Kerana Fitnah

Bekas Pegawai Jabatan Peguam Negara Buat Laporan Polis Terhadap Tommy Thomas Kerana Fitnah

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 188 hits
Provided by Free Malaysia Today Mohamad Hanafiah Zakaria mahu polis melakukan siasatan terhadap Tommy Thomas atas kesalahan memfitnah PETALING JAYA Seorang bekas pegawai kanan undang undang membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas kerana...
Mahathir Jawab Dakwaan Tommy Thomas

Mahathir Jawab Dakwaan Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 346 hits
DR MAHATHIR MOHAMADSaya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story Justice in the Wilderness Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya Tetapi sebelum saya menjadi Perdana Menteri semula Tommy telah datang bersama Zainu...
Pas Tak Minta Tommy Thomas Dibuang Mahathir

Pas Tak Minta Tommy Thomas Dibuang Mahathir

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 155 hits
Dr Mahathir Mohamad menafikan PAS secara langsung meminta Tommy Thomas digugurkan tetapi akur beliau menerima banyak kecaman kerana bekas peguam negara itu PAS tidak pernah secara langsung minta untuk dia digugurkan Tetapi saya telah terima...
Buku Tommy Papar Betapa Berkuasanya Peguam Negara Tok Mat

Buku Tommy Papar Betapa Berkuasanya Peguam Negara Tok Mat

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 163 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan KUALA LUMPUR Malaysia mesti mempunyai kaedah yang lebih telus dan berwibawa dalam pelantikan jawatan Peguam Negara kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Beliau berkata isi kandungan buku Tommy Thomas ...
Tommy Thomas Salah Tafsir Perlembagaan Kata Peguam

Tommy Thomas Salah Tafsir Perlembagaan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 174 hits
Seorang peguam dari Majlis Peguam Selangor menepis dakwaan bekas peguam negara Tommy Thomas yang peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri tahun lalu tidak bermakna kerajaan akan tumbang secara automatik Muhammad Rafique...
Tommy Thomas Says Nurul Izzah Expressed Family S Distrust Of Dr Mahathir In 2016

Tommy Thomas Says Nurul Izzah Expressed Family S Distrust Of Dr Mahathir In 2016

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 337 hits
Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar had related to Tan Sri Tommy Thomas in a 2016 meeting that her family no longer trusted Tun Dr Mahathir Mohamad according to a reported excerpt from the former attorney general s new book The report by Th...
Ini Cadangan Tun Mahathir Untuk Pilih Pemimpin Terbaik Untuk Mentadbir Negara

Ini Cadangan Tun Mahathir Untuk Pilih Pemimpin Terbaik Untuk Mentadbir Negara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 245 hits
1 284 total views 1 284 views today Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan percaya pemimpin yang taat pada perintah agamanya adalah seorang yang layak untuk mentadbir negara dengan baik dan berkesan Bila seseoran...
Dedah Sehari Selepas Dilantik Mahathir Minta Tommy Thomas Letak Jawatan Segera

Dedah Sehari Selepas Dilantik Mahathir Minta Tommy Thomas Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 282 hits
January 27 2021 Tommy Thomas akan melancarkan autobiografi yang menceritakan pengalaman hidupnya membesar menceburi kerjaya bidang undang undang dan tempoh 20 bulan menjadi peguam negara Bahagian prolog buku My Story Justice in the Wilderne...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools