Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal Yapeim


Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal YAPEIM. Di tengah-tengah kehangatan dakwaan skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan keterlibatannya dalam skandal tersebut

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu, dia tidak pernah terlibat dalam apa juga aspek pengurusan Yapeim atau menerima apa-apa imbuhan daripadanya

Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal YAPEIM. "Ramai yang berkongsi satu fitnah dengan cubaan mengaitkan dan memaparkan gambar saya dengan isu berkaitan Yapeim yang mula berlegar di media sosial mutakhir ini

"Pada mulanya, saya hanya mahu mengabaikan isu ini sahaja kerana jelas tiada asasnya!" katanya dalam satu kenyataan hari ini

Dakwa Asyraf, isu Yapeim sebenarnya pernah dijawabnya di Parlimen apabila dibangkitkan beberapa tahun lalu memandangkan agensi itu berada bawah pemantauan Jabatan Perdana Menteri (JPM)

“Sejurus daripada itulah, saya mencadangkan satu pasukan khas (task force) bagi menilai aspek tadbir urus agensi-agensi agama yang dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Tadbir Urus Agensi-Agensi Agama bawah JPM ditubuhkan,” katanya lagi

Tambahnya, ahli jawatankuasa tersebut dilantik dalam kalangan mereka yang profesional dan pakar dalam tadbir urus korporat termasuklah ahli akademik, pegawai tinggi kerajaan, akauntan, peguam, CEO pertubuhan perbankan Islam bagi memastikan kredibiliti dan integriti jawatankuasa tersebut

Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal YAPEIM
“Sebuah Garis Panduan Umum Tadbir Urus Berteraskan Syariah (GTU-s) dikeluarkan [...], dan Yapeim (dicadangkan) menjadi agensi pertama yang harus diperbetulkan aspek tadbir urusnya termasuklah mengemukakan Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) baru yang lebih komprehensif berpandukan amalan terbaik antarabangsa

“Malah, atas persetujuan perdana menteri waktu itu, Yapeim melalui perubahan organisasi dengan dilantik pengurusan baharu untuk menerajuinya,” katanya lagi

Kata Asyraf lagi, GTU-s adalah perkara yang diberi penekanan untuk diteruskan ketika penyerahan tugas kepada menteri dan timbalan menteri JPM yang baharu selepas perubahan kerajaan tahun lalu bagi memastikan amalan tadbir urus terbaik di kalangan agensi

“Sering saya tekankan agensi-agensi ini perlu dilihat "whiter than white" (tidak pernah buat salah) atas harapan dan kepercayaan rakyat yang begitu tinggi kepada institusi-institusi yang berlatarbelakangkan agama

“[...] Jika ada pihak yang cuba menjadikan fitnah sebegini untuk menutup mulut saya daripada menyuarakan isu-isu rakyat, ternyata anda silap. Insya-Allah, saya akan terus istiqamah dan terus lantang membawa suara dan isi hati rakyat [...]” katanya lagi

Pada Ogos tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata Yapeim antara agensi yang berada dalam radar pihaknya dan "tidak akan membiarkan" penyelewengan jika berlaku

Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal YAPEIM
Pada 11 Mei lalu, The Malaysian Insight turut melaporkan dakwaan penyalahgunaan RM1 juta daripada dana anak yatim yang diamanahkan kepada Yapeim bagi membayar yuran guaman peguam yang juga pembantu kepada bekas perdana menteri Najib Razak pada tahun 2017

Bagaimanapun, Yapeim menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan yuran guaman itu diambil daripada dana am dan bukannya dana amal jariah dan melibatkan jumlah yang jauh lebih kecil

Hari ini pula, Yapeim dilaporkan mengalami kerugian RM12 juta menerusi skim gadaian emasnya melibatkan 1,000 pelanggan projek gadaian Islam Ar-Rahnu

Menurut laporan dokumen sulit kerajaan seperti dipetik The Malaysian Insight, kerugian berlaku disebabkan Yapeim gagal membuat lelongan ke atas barang kemas tidak ditebus sebanyak 300 kg dengan nilai RM80 juta, dari 2012 hingga 2014

Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal YAPEIM. Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan dan laporan itu dan telah menghubungi Yapeim untuk mengulas perkara itu. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/



Iklan













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/05/bekas-menteri-nafi-terlibat-skandal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yapeim Nafi Dakwaan Dana Rm1j Anak Yatim Disalah Guna

Yapeim Nafi Dakwaan Dana Rm1j Anak Yatim Disalah Guna

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 335 hits
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia menafikan dakwaan yang mengatakan dana RM1 juta yang dikhususkan untuk membantu anak anak yatim disalahgunakan bagi membayar yuran guaman pada 2017 Penafian itu dibuat selepas The Malaysian Insight...
Sprm Tahan Bekas Pegawai Khas Menteri

Sprm Tahan Bekas Pegawai Khas Menteri

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 289 hits
Mohd Husni Mohd Noor SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan seorang bekas pegawai khas menteri selepas disyaki menjadi dalang mengatur projek di sebuah kementerian termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira kira RM...
Skandal Yapeim Akmal Sedia Dedah Identiti Pemberi Maklumat

Skandal Yapeim Akmal Sedia Dedah Identiti Pemberi Maklumat

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 273 hits
SHAH ALAM Ketua Angkatan Muda Keadilan Akmal Nasir bersedia mendedahkan identiti sebenar pemberi maklumat yang menyalurkan bukti bukti skandal penyelewengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia sekaligus menyelamatkan yayasan itu Namu...
Cermin Gelap Polis Tak Perlu Tunduk Pada Menteri Kata Bekas Ketua Polis Negara

Cermin Gelap Polis Tak Perlu Tunduk Pada Menteri Kata Bekas Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 638 hits
PETALING JAYA Bekas ketua polis negara Musa Hassan berkata polis sepatutnya berpegang kepada prinsip asal bukannya mudah akur dengan keputusan kerajaan dalam peraturan baru cermin gelap kenderaan yang dibantah pelbagai pihak Beliau merujuk ...
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Raymond Tan Sertai Warisan

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Raymond Tan Sertai Warisan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 411 hits
Shafie Apdal menerima borang keahlian Warisan daripada Tan KOTA KINABALU Bekas timbalan ketua menteri Sabah Raymond Tan hari ini menyertai Parti Warisan Sabah kira kira 2 minggu selepas meninggalkan Gerakan Bekas Adun Tanjong Papat itu dite...
Hadi Nafi Beri Restu Pada Menantu

Hadi Nafi Beri Restu Pada Menantu

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 230 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan beliau tidak memberi restu kepada menantunya membuat pendedahan mengenai kartel dedak seperti yang berlaku sekarang Bercakap kepada media di Ampang Selangor hari ini Abdul Hadi berkata belia...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 2

Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More