Skandal Yapeim Akmal Sedia Dedah Identiti Pemberi Maklumat


SHAH ALAM – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir bersedia mendedahkan identiti sebenar pemberi maklumat yang menyalurkan bukti-bukti skandal penyelewengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) sekaligus menyelamatkan yayasan itu.
Namun, beliau berkata, perkara tersebut bersyarat iaitu pemberi maklumat tersebut diberikan perlindungan dan penghormatan sewajarnya.
“Saya merujuk kepada laporan media berkenaan satu laporan penstrukturan semula Yapeim yang antara lain mengesahkan kebenaran pendedahan demi pendedahan mengenai penyelewengan dan ketirisan yayasan itu pada tahun 2015.
“Saya amat berterima kasih kepada pemberi-pemberi maklumat yang telah mengambil risiko menyalurkan maklumat tepat kepada Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dan rakyat Malaysia kerana memilih peralihan kuasa kerajaan sekaligus membolehkan skandal-skandal rasuah disiasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 2015, Akmal atas kapasiti Pengarah NOW mendedahkan penyelewengan dana dan salah guna di yayasan itu.
Beliau kemudian disaman fitnah oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom namun mahkamah pada Julai 2016 membatalkan saman tersebut dengan alasan Jamil tidak boleh mengemukakan saman atas kapasiti menteri.
Mengulas lanjut, beliau meminta kerajaan meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat supaya majikan, pekerja dan masyarakat dapat memberikan pengiktirafan kepada mereka yang mengambil risiko sebagai pemberi maklumat.
Jelasnya, laporan diterbitkan turut membuktikan skandal Yapeim yang berlaku sebelum ini lebih teruk daripada yang disangka.
“Umum mengetahui bagaimana wang tersebut disalahguna oleh mereka yang terlibat ke luar negara, pembelian alat golf simulator dan bayaran gaji serta bonus yang melampau.
“Pendedahan laporan terbaru ini pula menunjukkan penyelewengan turut berlaku dalam urusan perniagaan seperti Ar-Rahnu dan pembelian syer syarikat yang tidak menguntungkan,” katanya.
Menurutnya, mereka yang terlibat dengan perkara ini wajar diambil tindakan tegas dan perlu memulangkan semula wang serta imbuhan yang diselewengkan.
“Ini kerana Yapeim merupakan sebuah yayasan kebajikan yang bergantung kepada sumbangan orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan bertujuan untuk membantu golongan memerlukan seperti anak yatim dan fakir miskin.
“Sudah menjadi harapan agar yayasan itu dipulihkan kembali kepada tujuan asal, perlu mempunyai tanggungjawab dan integriti kepada para penyumbang. Struktur yayasan ini perlu di reformasi sepenuhnya supaya skandal sebegini tidak berulang,” katanya.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/skandal-yapeim-akmal-sedia-dedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal Yapeim

Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal Yapeim

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 417 hits
Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal YAPEIM Di tengah tengah kehangatan dakwaan skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan keterlibatannya dalam skand...
Polis Sri Lanka Dedah Identiti 9 Penyerang Semuanya Islam

Polis Sri Lanka Dedah Identiti 9 Penyerang Semuanya Islam

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 420 hits
Kumpulan terbabit menempatkan seorang pengebom bunuh diri di setiap lokasi serangan kecuali Hotel Shangri La di mana ia adalah dua pengeboman bunuh diri Gambar failCOLOMBO Polis Sri Lanka pada Rabu menamakan sembilan individu yang mendalang...
Laporan Dedah Pimpinan Yapeim Terima Bonus Setinggi Rm400 000

Laporan Dedah Pimpinan Yapeim Terima Bonus Setinggi Rm400 000

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 579 hits
Diyana Ibrahim Laporan penstrukturan semula Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam yang diperolehi oleh The Malaysian Insight mendedahkan pengarah menerima anggaran bonus RM400 000 sementara pegawai kanan dibayar RM250 000 BONUS tahunan setinggi...
Individu Dedah Gambar Terbaru Aliff Aziz Skandal Tidur Bersama

Individu Dedah Gambar Terbaru Aliff Aziz Skandal Tidur Bersama

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 1021 hits
Nampaknya kontroversi gambar panas diantara Aliff Aziz dan gadis bernama Nismell terus hangat diperkatakan apabila kali ini gambar intim mereka bermesraan pula The post appeared first on
Yapeim Sedia Bantu Perkukuh Graduan

Yapeim Sedia Bantu Perkukuh Graduan

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 530 hits
Potensi kerjaya dalam bidang ini sangat meluas memandangkan perkhidmatan sama disediakan bank komersial seperti Bank Rakyat Agro Bank Bank Islam dan lain lain
Hiburan Ruhainies Belum Sedia Dedah Wajah Kekasih Takut Kena Tempias Populariti

Hiburan Ruhainies Belum Sedia Dedah Wajah Kekasih Takut Kena Tempias Populariti

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 348 hits
Pelakon Ruhainies begitu terbuka mengenai kisah percintaannya dengan teman lelaki dikenali sebagai Mr E yang merupakan ahli perniagaan menetap di London serta mempunyai tiga cawangan butik di tanah air Ruhainies sering berkata buah hatinya ...
Kartel Dedak Saya Dedah Agar Presiden Pimpinan Tak Terpalit

Kartel Dedak Saya Dedah Agar Presiden Pimpinan Tak Terpalit

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 388 hits
MALAYSIAKINI Susulan kritikan terhadap pendedahan yang dibuatnya berkenaan kartel dedak menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tampil menjelaskan sebabnya berbuat demikian Beliau berkata niatnya mendedahkan perkara itu hanyalah untuk menge...
4944 Ppim Dedah Penggunaan Pelekat Khas Elak Kereta Piang Dikesan Berita Harian 15 5 19

4944 Ppim Dedah Penggunaan Pelekat Khas Elak Kereta Piang Dikesan Berita Harian 15 5 19

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 531 hits
KUALA LUMPUR Beberapa ejen pemilikan semula atau lebih dikenali sebagai ejen tarik kereta dikesan menggunakan pelekat khas bagi melindungi kenderaan yang ditarik tetapi tidak diserahkan kepada bank Pelekat kebal memaparkan logo kumpulan kon...
Aliff Aziz Pun Tak Tahu Dia Tu Minah Indon Sumber Dedah Siapa Meri Meifina

Aliff Aziz Pun Tak Tahu Dia Tu Minah Indon Sumber Dedah Siapa Meri Meifina

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 3271 hits
Pasti ramai yang sudah tahu gambar Aliff Aziz bercium dengan seorang wanita berstatus janda anak satu dan merupakan seorang model tersebar di laman media semalam LIHAT LIHAT Sumber yang kami perolehi wanita itu bukanlah seorang model sepert...
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down