Hadi Nafi Beri Restu Pada Menantu


Anne Muhammad dan Mariam Nizar

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan beliau tidak memberi restu kepada menantunya membuat pendedahan mengenai "kartel dedak" seperti yang berlaku sekarang.

Bercakap kepada media di Ampang, Selangor hari ini Abdul Hadi berkata beliau tidak pernah berbuat demikian dan kenyataan dibuat Zaharudin Muhammad di luar pengetahuannya.

“(Saya) restu itu, tak betul... saya tak ada restu,” tegasnya pasda sidang media sebelum majlis berbuka puasa anjuran PAS Pusat di De Palma Ampang hari ini.

Anggota Parlimen Marang itu juga berkata, pendedahan "kartel dedak" yang dikisahkan secara bersiri oleh menantunya itu boleh diibaratkan sebagai filem lama yang sengaja ditayangkan semula.

"Itu (isu didedahkan Zaharudin) filem lama yang sudah ditayang, ia sudah selesai.

"Kita anggap perkara itu dah selesai, ia melibatkan disiplin," ujar Abdul Hadi.

Hadir sama dalam sidang media itu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, tiga naib presiden, Mohd Amar Nik Abdullah, Iskandar Abdul Samad, dan Idris Ahmad, serta setiausaha agung, Takiyuddin Hassan.

Langgar disiplin parti

Isu "kartel dedak" mula memanas selepas Zaharudin memuat naik siri hantaran di media sosial sejak beberapa hari lalu menceritakan mengenai isu melibatkan beberapa pemimpin kanan PAS.

Antara yang disebut secara jelas ialah dua anggota parlimen PAS iaitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Dr Khairuddin Aman Razali yang masing-masing mewakilli kawasan Bachok, Kelantan, dan Kuala Nerus, Terengganu.

Turut dilibatkan dalam dakwaan Zaharudin ialah Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan.

Beliau turut mengaitkan isu penerimaan wang daripada Umno atau orang Umno itu dengan dua tokoh lain yang tidak dinamakan secara jelas.

Semalam Zaharudin - yang mengaku menjadi "komander" untuk menyingkirkan kumpulan "jebon" sebelum ini - memberitahu pendedahannya mengenai kumpulan terbabit direstui Abdul Hadi.

Baca Zaharudin dakwa dapat restu Hadi

Nik Abduh pula sebelum ini mendakwa Abdul Hadi merestui beliau agar tidak bercakap benar semasa ditanya mengenai kesahihan audio satu ucapan dalam majlis dihadirinya bersama Zaharudin beberapa tahun lalu.

Zaharuddin menerusi kenyataan di Facebook juga menjelaskan tindakannya mendedahkan gerakan "kartel dedah" itu bertujuan mengelak serangan parti lawan serta menjarakkan pimpinan PAS daripada isu wang Umno.

Sementara itu mengulas isu sama, Takiyuddin berkata Jawatankuasa Disiplin PAS sudah menerima aduan mengenai tindakan yang dipercayai melanggar peraturan parti
Takiyuddin Hassan"Kita dimaklumkan, kita terima aduan berhubung perlanggaran tatatertib parti.

"Jawatankuasa Disiplin PAS akan buat keputusan. Aduan itu akan disiasat dan dibuat pendakwaan," katanya.

Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu menambah itu tersebut tidak wajar diungkit semula.

Katanya ada kemungkinan Zaharudin akan dikenakan tindakan disiplin jika jawatankuasa yang menyiasat aduan tersebut berpendapat ia adalah perlu.

Sementara itu Nik Abduh ketika ditemui sebelum bermulanya sidang media dan ditanya isu "kartel dedak" itu enggan mengulas lanjut.

Beliau sebaliknya mengarahkan pemberita bertanya kepada Abdul Hadi terus.

"Jangan tanya saya, pergi tanya di dalam (bilik sidang media) di sana ada semua jawapan," katanya ringkas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/hadi-nafi-beri-restu-pada-menantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zaharudin Dakwa Dapat Restu Hadi

Zaharudin Dakwa Dapat Restu Hadi

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 382 hits
Sebab itulah kata bekas AJK Pusat PAS terbabit dia tidak pernah menarik balik pendedahan pernah dibuatnya mengenai dedak sebelum ini
Hadi Benarkan Saya Dedah Kartel Dedak Kata Menantu

Hadi Benarkan Saya Dedah Kartel Dedak Kata Menantu

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 335 hits
May 12 2019 11 45 PMZaharudin Muhammad berkata Hadi Awang membenarkan beliau mendedahkan kartel dedak dan tidak memintanya menarik balik dakwaannya di Facebook selepas mendengar penjelasannya PETALING JAYA Zaharudin Muhammad yang merupakan ...
Semuanya Dari Dedak Pas Bukan Suci Lihat Teks Menantu Hadi Dan Nik Abdoh

Semuanya Dari Dedak Pas Bukan Suci Lihat Teks Menantu Hadi Dan Nik Abdoh

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 668 hits
SEMUANYA BERPUNCA DARI DEDAK UMNO Perang saudara di antara menantu Hadi iaitu us Zaharudin Din ayam dengan Nik Beduh nampaknya berterusan Isunya semua pasal dedak umno Geng2 Nik Beduh tuduh Din Ayam yg rakam dan sebarkan rakaman suara Nik B...
Menantu Hadi Dedah Rahsia Kartel Dedak

Menantu Hadi Dedah Rahsia Kartel Dedak

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 657 hits
Bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu juga menyatakan sedia mendedahkan lebih banyak bukti bahawa tindakan Nik Abduh tak mendapat restu pimpinan tertinggi mereka
Pas Dalam Kacau Kartel Dedak Dan Kaki Hasut Lagakan Hadi Dan Menantu

Pas Dalam Kacau Kartel Dedak Dan Kaki Hasut Lagakan Hadi Dan Menantu

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 768 hits
Suka Halaman Dah maklumkan kepada SUA tentang media sendiri yang melaga lagakan saya dengan tok guru Page Mujahid Siber 2 menggambarkan saya seolah olah menentang tok guru page rasmi tok guru sendiri dilihat sebagai tidak restu spin konteks...
Btn Tunggu Restu Ojk Caplok Pt Pmn Ivestment Management

Btn Tunggu Restu Ojk Caplok Pt Pmn Ivestment Management

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 207 hits
Maryono melanjutkan meski sudah mendapat persetujuan pemegang saham BTN belum melakukan transaksi pembelian saham PNM Investment Management karena harus mendapat persetujuan dari OJK
Pembentukan Holding Bumn Infrastruktur Dan Perumahan Tunggu Restu Jokowi

Pembentukan Holding Bumn Infrastruktur Dan Perumahan Tunggu Restu Jokowi

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 224 hits
Direktur Perencanaan dan Pengembangan PTPP M Aprindy mengatakan semua pembentukan holding ini sudah melalui proses yang panjang dan melibatkan banyak pihak
Wan Saiful Nafi Ph Nak Hapuskan Ptptn

Wan Saiful Nafi Ph Nak Hapuskan Ptptn

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 318 hits
foto sumber internetKUALA PERLIS 29 April Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional akan mengeluarkan satu kertas konsultasi rakyat yang mempunyai dua bahagian dalam tempoh dua minggu lagi Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata bahagian...
Simeone Restu Penghijrahan Griezmann Bazookapenaka My

Simeone Restu Penghijrahan Griezmann Bazookapenaka My

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 292 hits
Diego Simeone berterima kasih kepada Antoine Griezmann untuk lima tahun yang indah beraksi buat Atletico Madrid dan merestui penghijrahan penyerang itu Griezmann mengesahkan Selasa lalu dia mahu meninggalkan Wanda Metropolitano penghujung m...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun