Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Raymond Tan Sertai Warisan


Tracy Patrick Shafie Apdal (tengah) menerima borang keahlian Warisan daripada Tan.KOTA KINABALU: Bekas timbalan ketua menteri Sabah, Raymond Tan hari ini menyertai Parti Warisan Sabah kira-kira 2 minggu selepas meninggalkan Gerakan.

Bekas Adun Tanjong Papat itu diterima masuk ke dalam Warisan oleh Presiden Warisan Shafie Apdal, yang juga ketua menteri Sabah, dalam satu majlis makan tengahari di Sandakan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Tan membuat keputusan untuk menyertai Warisan kerana beliau merasakan masih boleh menyumbang kepada negeri selagi dikehendaki oleh ketua menteri.

“Selepas pilihanraya tahun lepas, saya berfikir kerana umur saya sudah meningkat, mungkin masanya untuk saya bersara. Tapi jika diperlukan untuk membantu ketua menteri, atas permintaan beliau, saya akan melakukannya,” katanya.

Tan menjadi wakil rakyat Tanjong Papat selama 24 tahun sebelum tewas kepada DAP pada pilihan raya umum tahun lalu. Sejak kekalahan itu, Tan tidak muncul di khalayak ramai sebelum penampilannya hari ini untuk sertai Warisan.

Mengulas spekulasi beliau sepatutnya bertanding pada pilihan raya kecil Sandakan, Tan menjelaskan ia adalah budi bicara parti, tetapi dia menolak keputusan itu.

Oleh kerana seorang ahli tertakluk pada keputusan pimpinan, Tan membuat keputusan untuk meninggalkan Gerakan.

“Saya tidak akan menjelaskan sebab. Ia tidak penting. Ia sudah selesai. Pilihan raya kecil sudah pun separuh jalan. Apa yang boleh saya katakan ialah saya minta maaf,” katanya.

Sementara itu, Shafie berkata Tan bertemu beliau baru-baru ini untuk memberitahu secara peribadi hasrat Tan untuk menyertai Warisan.

“Saya amat berbesar hati kerana bekas timbalan ketua menteri itu mahu bekerjasama dengan kerajaan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

Shafie berharap penyertaan Tan ke dalam Warisan akan memberi manfaat kepada kerajaan, kerana selain pernah bertugas sebagai peguam, Tan juga seorang ahli politik yang berpengalaman.

Sebelum acara petang ini, satu mesej tersebar di WhatsApp yang mengatakan penyertaan Tan ke dalam Warisan bukan tanpa balasan.

Mesej itu mendakwa Shafie dipaksa untuk bersetuju dengan syarat-syarat seperti melantik Tan sebagai salah seorang daripada 6 Adun dilantik dan juga mengangkat Tan sebagai menteri kesihatan dan kesejahteraan rakyat yang baru.

Shafie menafikan perkara ini dan berkata Tan tidak pernah meminta jadi calon pilihan raya atau Adun dilantik.

“Beliau hanya mahu membantu kerana beliau berpengalaman dan saya fikir ini cara terbaik. Saya melihat ini sebagai satu perkembangan positif bukan sahaja kepada calon kami di Sandakan tetapi juga kepada Warisan,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/bekas-timbalan-ketua-menteri-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjumpaan Bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah

Perjumpaan Bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 255 hits
Tujuan perbincangan adalah berkaitan Program Centre For Economic Growth dan ruang kerjasama dalam aktiviti Pembangunan Sosioekonomi
Ex Sabah Dcm Raymond Tan Joins Warisan 2 Weeks After Quitting Gerakan

Ex Sabah Dcm Raymond Tan Joins Warisan 2 Weeks After Quitting Gerakan

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 235 hits
Former Sabah deputy chief minister Raymond Tan hands his application letter to Warisan president and Chief Minister Shafie Apdal in Sandakan today KOTA KINABALU Former Sabah deputy chief minister Raymond Tan joined Warisan today about two w...
Timbalan Menteri Ph Bagi Petua Pada Najib Kekal Relax Hadapi Perbicaraan Kes 1mdb

Timbalan Menteri Ph Bagi Petua Pada Najib Kekal Relax Hadapi Perbicaraan Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 344 hits
Pada 29 April 2019 dilihat menengking seorang anggota polis yang cuba menghalang seorang pemuda yang mendakwa sebagai pelajar daripada meluru ke arah bekas Presiden UMNO itu untuk bertanyakan soalan Cuba ingat kembali saat saat indah ada ku...
Mahkamah Khas Boleh Bicarakan Raja Kata Bekas Ketua Hakim Negara

Mahkamah Khas Boleh Bicarakan Raja Kata Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 337 hits
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad memaklumkan pindaan perlembagaan membolehkan Raja dibicarakan di mahkamah khas Foto Astro Awani Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan sesiapapun melebihi undang undang negara termasuk Raj...
Pm Tun Mahathir Mohamad Umumkan Timbalan Sebagai Ketua Polis Negara Baharu

Pm Tun Mahathir Mohamad Umumkan Timbalan Sebagai Ketua Polis Negara Baharu

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 639 hits
Esok merupakan hari persaraan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan hari ini Perdana Menteri telah mengumumkan Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara yang baharu Perdana Menteri berkata Yang di Pertuan Agong Al ...
Bagaikan Tahu Ajal Menjemput Isteri Bekas Kpn Tan Sri Musa Hasan Beli Sendiri Alat Kelengkapan Jenazahnya

Bagaikan Tahu Ajal Menjemput Isteri Bekas Kpn Tan Sri Musa Hasan Beli Sendiri Alat Kelengkapan Jenazahnya

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 802 hits
Bagaikan Tahu Ajal Menjemput Isteri Bekas KPN Tan Sri Musa Hasan Beli Sendiri Alat Kelengkapan Jenazahnya
Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun Akan Bersara Pada 3 Mei Ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun Akan Bersara Pada 3 Mei Ini

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 464 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini telah membuat kunjungan hormat ke tempat Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin Kunjungan hormat ini dilakukan berikutan Mohamad Fuzi bakal bersara wajib pada Jumaat ini bersamaa...
Timbalan Menteri Dalam Negeri Azis Jamman Cedera Dalam Kemalangan

Timbalan Menteri Dalam Negeri Azis Jamman Cedera Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 248 hits
Astro Awani Mohd Azis dilaporkan stabil tetapi masih dirawat selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya Gambar fail KUNDASANG Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman cedera ringan selepas terbabit dalam satu kemalangan di Nab...
Sprm Tahan Bekas Pegawai Khas Menteri

Sprm Tahan Bekas Pegawai Khas Menteri

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 243 hits
Mohd Husni Mohd Noor SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan seorang bekas pegawai khas menteri selepas disyaki menjadi dalang mengatur projek di sebuah kementerian termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira kira RM...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint