Yapeim Nafi Dakwaan Dana Rm1j Anak Yatim Disalah Guna


Faisal Asyraf 
   
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menafikan dakwaan yang mengatakan dana RM1 juta yang dikhususkan untuk membantu anak-anak yatim disalahgunakan bagi membayar yuran guaman pada 2017.

Penafian itu dibuat selepas The Malaysian Insight semalam melaporkan bahawa dana berkenaan dikatakan disalahgunakan bagi membayar yuran guaman seorang peguam yang merupakan pengarah Yapeim dan pembantu kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

"Dakwaan RM1 juta disalah guna tidak benar dan ia adalah fitnah.

"Yuran guaman itu tidak diambil dari amanah atau dana anak yatim seperti didakwa.

"Yapeim ada dua dana - am dan amal jariah. Wang yang digunakan untuk yuran guaman diambil dari dana am dan ia bukan berjumlah RM1 juta. Jauh lebih kecil," kata ketua jabatan penasihat perundangan Yapeim, Adawiyah Abdul Samad.

Adawiyah bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar yang dibayar bagi yuran guaman itu.

Empat pegawai pengurusan termasuk Adawiyah hadir pada sidang media di pejabat Yapeim di Kuala Lumpur hari ini sebagai mewakili ketua pengarahnya Abibullah Samsudin yang tidak dapat hadir kerana menghadiri program lain.

Tambah Adawiyah, penggunaan wang dari dana am itu diluluskan oleh lembaga pemegang amanah.

Malah, jelas Adawiyah, dana am berkenaan juga turut digunakan untuk membayar gaji dan bonus kakitangan Yapeim.

"Dana am adalah hasil keuntungan yang diperoleh daripada perniagaan seperti hartanah dan (pelaburan) Ar-rahnu. Yapeim mempunyai 213 cawangan Ar-Rahnu di seluruh negara," katanya.
'Tiada kaitan dengan Najib' Adawiyah juga menegaskan bahawa isu berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan Najib.

Semalam, Najib dalam kenyataan di Facebook membidas penggunaan gambar dan namanya dalam laporan The Malaysian Insight berhubung isu itu, dan menyifatkannya sebagai "propaganda jahat" untuk merosakkan imejnya sempena pilihan raya kecil (PRK) Sandakan.

Pada 2017, Kemajuan Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Miskin (Pemangkin), yang merupakan anak syarikat Yapeim memfailkan saman dengan mendakwa yayasan itu menyalahgunakan dana Pemangkin untuk menaja bekas menteri di jabatan perdana menteri ke Eropah, AS dan Australia.

Saman itu bagaimanapun ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu.

Sementara itu, menurut Adawiyah, setahun sebelum itu, Yapeim memfailkan injunksi Mareva terhadap Pemangkin yang meninggalkan yayasan itu dengan dana berjumlah RM2.2 juta.

Injunksi Mareva merupakan injunksi sementara yang bertujuan membekukan aset sementara menunggu penyelesaian mahkamah.

Difahamkan, ahli lembaga pemegang amanah yang baru dilantik pada April lalu memutuskan untuk menyelesaikan kes dengan Pemangkin di luar mahkamah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/yapeim-nafi-dakwaan-dana-rm1j-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Seleweng Rm1 Juta Dana Anak Yatim Fuziah Sahkan Akaun Yapeim Telah Diaudit Firma Audit Terkemuka

Najib Seleweng Rm1 Juta Dana Anak Yatim Fuziah Sahkan Akaun Yapeim Telah Diaudit Firma Audit Terkemuka

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 455 hits
Portal The Malaysian Insight menggunakan gambar Datuk Seri Najib Razak bagi melaporkan berita bekas pembantu beliau yang didakwa kononnya menggunakan wang anak yatim untuk membayar kos guaman Foto IsmawebKUANTAN Timbalan Menteri di Jabatan ...
Yuran Guaman Bukan Dari Dana Untuk Anak Yatim Kata Yapeim

Yuran Guaman Bukan Dari Dana Untuk Anak Yatim Kata Yapeim

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 383 hits
YURAN guaman pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia bukan dari dana amanah untuk anak yatim tetapi daripada hasil pelaburan kata pegawai yayasan itu Ketua Bahagian Perundangan Yapeim Adawiyah Abdul Samad berkata demikian untuk ...
Sambut Bulan Suci Ramadan Sandiaga Santuni 300 Anak Yatim

Sambut Bulan Suci Ramadan Sandiaga Santuni 300 Anak Yatim

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 334 hits
Cawapres nomor urut 02 Sandiaga Salahuddin Uno menyambangi Masjid Jami Al Hikmah Lebak Bulus Jakarta Selatan Kedatangannya itu untuk memberikan santunan terhadap ratusan anak yatim
Pemilik Ecrl Nafi Guna Pelobi Lantik Kontraktor Tempatan

Pemilik Ecrl Nafi Guna Pelobi Lantik Kontraktor Tempatan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 323 hits
Kenyataan itu menegaskan tiada ejen atau pelobi yang telah dilantik untuk memudahkan proses pra kelayakan kontraktor tempatan
Kisah Hafidh Anak Yatim Yang Ibunya Berjualan Mainan Tapi Bisa Raih Nilai Unbk Rata Rata 100

Kisah Hafidh Anak Yatim Yang Ibunya Berjualan Mainan Tapi Bisa Raih Nilai Unbk Rata Rata 100

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 330 hits
Ujian Nasional Berbasis Komputer 2019 untuk tingkat SMA hasilnya sudah diumumkan Raihan membanggakan muncul dari salah satu SMA di Solo yakni SMAN 4 Surakarta Salah satu siswanya Ananda Hafidh Rifai Kusnanto siswa kelas XII IPA 6 ini medapa...
Rm1 Juta Wang Anak Yatim Bayar Yuran Peguam Pembantu Najib

Rm1 Juta Wang Anak Yatim Bayar Yuran Peguam Pembantu Najib

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 522 hits
ISMA WEB PH menang dengan fitnah lepas menang terus fitnah kata bekas PM Portal The Malaysian Insight menggunakan gambar Datuk Seri Najib Razak bagi melaporkan berita bekas pembantu beliau yang didakwa kononnya menggunakan wang anak yatim u...
Rendy Faliq Rayu Sumbangan Untuk Anak Yatim Ibu Tunggal

Rendy Faliq Rayu Sumbangan Untuk Anak Yatim Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 390 hits
Perbezaan agama tidak menghalang penyanyi Rendy Faliq menggerakkan misi mengumpul bantuan berupa barang keperluan harian untuk disalurkan kepada Rumah Titian Kaseh di Titiwangsa di sini Mengambil semangat bersempena keberkatan Ramadan Rendy...
Felda Nafi Dakwaan Peneroka Berisiko Hilang Hak Tanah

Felda Nafi Dakwaan Peneroka Berisiko Hilang Hak Tanah

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 233 hits
Diterbitkan Hari ini 8 41 malam Felda hari ini menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang antara lain mendakwa peneroka tanah rancangan berkenaan berisiko kehilangan hak ke atas tanah mereka sambil menyifatkan dapatan disuarakan dalam ar...
Skmm Nafi Dakwaan Intip Telefon Individu Tertentu

Skmm Nafi Dakwaan Intip Telefon Individu Tertentu

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 247 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menafikan dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu dipantau dan diintip pihak berkuasa di negara ini Loading SKMM dalam satu kenyataan hari ini menegaskan dakwaan itu adalah palsu dan t...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza