Bekas Adun Tanding Bebas Pemecah Undi Paling Bahaya Kata Penganalisis


Penganalisis berkata bekas Adun seperti Fairuz Renddan serta Rina Jainal mampu hakis undi parti besar sekali gus mengubah keputusan.
Fairuz Renddan dan Rina Jainal masing-masing pertahan kerusi Pintasan serta Kukusan di bawah tiket bebas pada PRN Sabah 29 Nov ini.KOTA KINABALU: Bekas Adun penggal lalu bertanding bebas pada PRN Sabah 29 Nov ini mampu memberi cabaran besar kepada calon parti, kata penganalisis
Bekas Adun Pintasan Fairuz Renddan antara calon mempertahankan kerusi di bawah platform bebas menentang pencabarnya termasuk Presiden Usno Pandikar Amin Mulia, mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Turut berbuat demikian bekas Adun Kukusan Rina Jainal yang meletakkan jawatan daripada Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) susulan penggantungan, yang didakwa bertujuan menghalangnya mempertahankan kerusi dimenangi, pada PRN 2020.
Arvin Tajari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata walaupun calon bebas lazimnya dilihat sebagai pemecah undi, namun beliau berpandangan tekanan berbeza apabila bekas wakil rakyat berada di platform itu.
“Sebahagian besar calon bebas tidaklah memberikan tentangan kuat kepada parti besar, melainkan calon bebas ‘Gelombang Hitam’ dan penyandang DUN sebelum ini seperti Adun Pintasan (Fairuz) dan Kukusan (Rina).
“Selain itu, ramai merasakan calon bebas lain kurang memberi impak besar kepada parti politik seperti GRS, Warisan, dan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada FMT.
PRN Sabah ke-17 menyaksikan 74 calon menawarkan diri bertanding tiket bebas. Seramai 596 calon layak bertanding di 73 DUN.
Penyelidik Borneo Geo-Politics & Electoral Studies (GeoPES) Syahruddin Awang Ahmad senada dengan Arvin yang berpandangan calon bebas mempunyai ketokohan seperti bekas penyandang kawasan yang mampu menyerap undi parti lain.
“Calon bebas bertindak sebagai ‘pemecah undi’ yang menyerap sokongan pengundi terutamanya secara tradisional menyokong parti utama.
“Lebih-lebih lagi jika calon itu mempunyai ketokohan tempatan kuat, latar belakang parti sama atau penyandang jawatan yang popular,” katanya sambil menjelaskan keadaan itu lazimnya di kerusi marginal.
Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), berpandangan calon bebas yang menang berpotensi menjadi ‘kingmaker’ dalam pembentukan kerajaan negeri, sekiranya tiada satu parti mempunyai majoriti.
“Dalam sejarah politik Sabah, wakil bebas sering menjadi sasaran parti besar untuk diserap demi menstabilkan majoriti.
“Namun, ada juga kemungkinan calon bebas memilih kekal neutral sebagai blok kecil menekan isu lokal.
“Hal ini menunjukkan calon bebas boleh berfungsi sebagai aktor transaksional, di mana kedudukan mereka selepas pilihan raya bergantung pada rundingan politik pasca keputusan,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/11/bekas-adun-tanding-bebas-pemecah-undi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Naib Presiden As Paling Berpengaruh Dick Cheney Meninggal Dunia

Bekas Naib Presiden As Paling Berpengaruh Dick Cheney Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 162 hits
Bekas Naib Presiden AS Paling Berpengaruh Dick Cheney Meninggal Dunia WASHINGTON Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat paling berpengaruh Dick Cheney dilaporkan meninggal dunia pada usia 84 tahun lapor CNN News Menurut kenyataan keluarga Che...
Xpeng Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia

Xpeng Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 233 hits
XPENG kini membawa revolusi kecerdasan buatan ke dunia fizikal dengan memperkenalkan robot humanoid generasi baharu Next Gen IRON Inovasi ini menandakan lonjakan besar dalam bidang robotik yang menggabungkan reka bentuk ultra realistik deng...
10 Game Paling Bahaya Untuk Kanak Kanak

10 Game Paling Bahaya Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 159 hits
Selepas insiden tragik penikaman pelajar di SMK Bandar Utama beberapa sekolah Cina di Kuala Lumpur seperti dan di Klang telah berkongsi senarai 10 permainan video berbahaya di Facebook bagi memberi amaran kepada ibu bapa Menurut hantaran tu...
Hubungan Baik Dengan Hajiji Lancar Tugas Bantu Rakyat Kata Calon Pn

Hubungan Baik Dengan Hajiji Lancar Tugas Bantu Rakyat Kata Calon Pn

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 159 hits
Aliakbar Gulasan hargai peruntukan GRS sebagai Adun dilantik dan nafi dakwaan khianati parti ketika krisis politik 2022 Pesuruhjaya PAS Sabah Aliakbar Gulasan menolak dakwaan pihak yang melabelnya pengkhianat dan kekal dalam kerajaan kerana...
Ramai Tak Sedar Tabiat Rendam Pinggan Semalaman Bahaya Untuk Anda

Ramai Tak Sedar Tabiat Rendam Pinggan Semalaman Bahaya Untuk Anda

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 113 hits
Ramai Tak Sedar Tabiat Rendam Pinggan Semalaman Bahaya Untuk Anda Pinggan mangkuk merupakan antara barangan yang paling kerap digunakan setiap hari sama ada pada waktu pagi petang mahupun malam Tidak kira sama ada menikmati hidangan bersama...
Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 238 hits
Siapa sini yang ada koleksi skincare dan mekap yang bertimbun timbun Angkat tangan Kadang kadang kita teruja sangat bila beli sampai tak sedar ada yang dah duduk dalam laci berbulan bulan malah bertahun tahun lamanya Sama macam makanan prod...
Berhenti Lah Buat Fitnah Kata Pmx Anwar Ibrahim Malas Membaca

Berhenti Lah Buat Fitnah Kata Pmx Anwar Ibrahim Malas Membaca

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 164 hits
Saya sendiri biasa menghadiah buku buku perkembangan Islam di China Dan lain lain buku sebanyak 2 beg pada PMX atas sebab dia saya tahu seorang pembaca buku buku contemporary yang tegar lagi istiqamah Saya biasa bertandang ke rumah dia di S...
Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025

China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia