Ramai Tak Sedar Tabiat Rendam Pinggan Semalaman Bahaya Untuk Anda


Ramai Tak Sedar, Tabiat Rendam Pinggan Semalaman Bahaya Untuk Anda
Pinggan mangkuk merupakan antara barangan yang paling kerap digunakan setiap hari, sama ada pada waktu pagi, petang mahupun malam.
Tidak kira sama ada menikmati hidangan bersama keluarga di rumah atau bersendirian, aktiviti itu pasti berakhir dengan satu perkara yang kurang digemari oleh kebanyakan orang iaitu mencuci pinggan.
Kerja mencuci pinggan mungkin kelihatan mudah, namun apabila keletihan atau terlalu sibuk, ramai yang memilih untuk menangguhkan dahulu tugas tersebut.
Kebiasaannya, langkah yang sering diambil ialah merendam pinggan mangkuk di dalam air dengan anggapan kotoran akan menjadi lembut dan mudah ditanggalkan pada keesokan harinya.
Namun begitu, tanpa disedari, tabiat kecil yang kelihatan tidak berbahaya ini sebenarnya boleh mendatangkan risiko kesihatan.
Justeru, kali ini SK akan kongsikan sebab mengapa anda tidak boleh biarkan pinggan mangkuk direndam dalam sinki semalaman.
Apa masalahnya kalau biarkan pinggan mangkuk kotor dalam sinki? Menurut Reader’s Digest, sinki dapur yang nampak biasa itu sebenarnya dipenuhi dengan bakteria, terutamanya jika anda baru saja menyiang ayam mentah atau memanggang daging.
“Sebagai seorang ahli mikrobiologi, saya melihat sinki dapur sebagai tempat perlindungan bagi mikrob dan tempat pemindahan mikroorganisma
“Kajian menunjukkan bahawa sinki dapur menjadi tempat pengumpulan pelbagai jenis bakteria yang tidak diingini, termasuk koliform najis, patogen bawaan makanan dan juga bakteria dari kulit,” kata penulis The Germ Code dan The Germ File, Jason Tetro.
Antara punca utama sinki mudah dipenuhi bakteria ialah kerana makanan mentah yang kita kendalikan setiap hari sememangnya mengandungi kuman. Sebab itu penting untuk memastikan makanan dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan.
Rendam atau tinggalkan pinggan yang kering? Sebenarnya, keadaan menjadi lebih teruk sekiranya pinggan dibiarkan terendam dalam air suam yang kotor berbanding jika dibiarkan kering bertimbun.
“Bakteria membiak dengan cepat dalam persekitaran yang lembap dan suam,” kata profesor bersekutu di School of Public Health, University of Nevada, Las Vegas, Brian Labus.
Namun menurutnya lagi, biarkan pinggan dalam sinki kering pun bukan idea yang baik. Persekitaran kering mungkin menghalang bakteria daripada membiak dengan cepat, tapi itu tak bermaksud bakteria tak boleh hidup dan terus aktif kemudian.
“Kalau ada sisa makanan yang tertinggal, ia boleh menarik serangga yang membawa bakteria ke bahagian lain dapur,” tambahnya.
Adakah tabiat ini boleh membuatkan kita jatuh sakit? Menurut Reader’s Digest, air rendaman yang penuh dengan bakteria dalam sinki boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Bakteria seperti E. coli dan salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serta masalah pada sistem penghadaman, malah dalam kes tertentu boleh menjejaskan buah pinggang.
Sementara itu, Staphylococcus aureus boleh menyebabkan jangkitan kulit. Terutamanya kalau anda membasuh pinggan tanpa sarung tangan dan ada luka kecil atau kulit terkopek pada jari.
Macam mana bakteria itu boleh buat kita sakit? Kebiasaannya, bakteria berpindah tanpa kita sedar dan ia boleh berpindah melalui span, tangan, atau botol air yang kita guna.
Difahamkan, kuman dalam sinki boleh menyebar ke permukaan lain dan makanan berhampiran melalui percikan air kotor atau sentuhan langsung.
“Kalau anda ambil air minum atau isi jag dari paip semasa ada pinggan kotor yang sedang direndam, risiko untuk terkena bakteria daripada pinggan tu jauh lebih tinggi,” jelas Labus.
Selain itu, semakin lama kotoran dan bakteria dibiarkan dalam sinki, semakin susah untuk betul-betul membersihkannya.
“Kalau barang-barang direndam dalam air yang dah penuh dengan bakteria berbahaya, proses membersihkan kawasan tu jadi lebih sukar,” tambahnya.
BACA: Bukan Sekadar Selera, Ini 5 Sebab Badan Anda ‘Minta’ Makanan Pedas
Sumber: Reader’s Digest
The post Ramai Tak Sedar, Tabiat Rendam Pinggan Semalaman Bahaya Untuk Anda appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/05/ramai-tak-sedar-tabiat-rendam-pinggan-semalaman-bahaya-untuk-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Game Paling Bahaya Untuk Kanak Kanak

10 Game Paling Bahaya Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 108 hits
Selepas insiden tragik penikaman pelajar di SMK Bandar Utama beberapa sekolah Cina di Kuala Lumpur seperti dan di Klang telah berkongsi senarai 10 permainan video berbahaya di Facebook bagi memberi amaran kepada ibu bapa Menurut hantaran tu...
Sabun Pencuci Pinggan Limau Kasturi Buatan Sendiri Yang Jimat Berkesan

Sabun Pencuci Pinggan Limau Kasturi Buatan Sendiri Yang Jimat Berkesan

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 137 hits
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur Tanpa sabun pencuci pinggan minyak dan kotoran pada pinggan mangkuk cawan serta periuk belanga memang sukar dibersihkan Lagi kerap masak dan makan di rumah lagi banyak sabun pencuci pingg...
Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 130 hits
Siapa sini yang ada koleksi skincare dan mekap yang bertimbun timbun Angkat tangan Kadang kadang kita teruja sangat bila beli sampai tak sedar ada yang dah duduk dalam laci berbulan bulan malah bertahun tahun lamanya Sama macam makanan prod...
Bahaya Game Roblox Keburukan Sisi Gelap Yang Ibu Bapa Kena Tahu

Bahaya Game Roblox Keburukan Sisi Gelap Yang Ibu Bapa Kena Tahu

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 274 hits
Roblox merupakan permainan yang popular dalam kalangan kanak kanak di Malaysia Satu kes terkini menggemparkan negara apabila seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah akibat dikelar dan ditikam di Kampung Parit Nipah Laut B...
Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini

Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 204 hits
Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini ALOR SETAR Enam sungai di Kedah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 8 malam ini Menurut laman rasmi Public Info Banjir di Kedah Sungai Laka di Kampung Padang Pasir Kubang Pa...
Ramai Selalu Buat Mekanik Dedah Bahaya Cas Telefon Terlalu Kerap Dalam Kereta

Ramai Selalu Buat Mekanik Dedah Bahaya Cas Telefon Terlalu Kerap Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 117 hits
Ramai Selalu Buat Mekanik Dedah Bahaya Cas Telefon Terlalu Kerap Dalam Kereta Dalam dunia moden hari ini telefon pintar telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian Daripada kerja komunikasi hinggalah kepada hiburan dan navigasi jal...
Ramai Buat 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh Rosakkan Otak

Ramai Buat 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh Rosakkan Otak

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 111 hits
Ramai Buat 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh Rosakkan Otak Umum diketahui otak merupakan organ paling penting dalam tubuh manusia Namun ramai yang tidak sedar bahawa beberapa tabiat harian yang kelihatan remeh sebenarnya boleh perlahan lah...
Dua Penyanyi Dangdut Maut Dalam Kemalangan Di Sulawesi Selatan

Terengganu Suami Isteri Nyaris Maut Geng Lembu Melintas Di Lpt2

Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

The End Of Guesswork How Vape Detectors Deliver Proof Not Just Suspicion In Schools

3 Cabinet Posts Up For Grabs With A 4th To Go Vacant When Tengku Zafrul S Senatorship Expires On Dec 2

Jambatan Sejarah Rumah Jambatan Kecil Abad Ke 17 Di Ambleside

Perpaduan Zaman Kucing Berusia 630 Tahun Dan Anak Kucing Di Atas Ch Teau De

Lantaklah Itu Antara Saya Dan Allah Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita Yusuf Bahrin Beri Respon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Toshiba B65 Nec Vk24 Laptop

Passport Malaysia Ketiga Terkuat Di Dunia

A Brief Biodata

Tahap Kesejahteraan Psikologi Nieyl

Lirik Lagu Lagu Bila Sampai Waktu Faizal Tahir Mimpi

Jeram Dusun Sungai Mahang Nilai Port Healing Dekat Dengan Rumah