Rakyat Kecewa Apa Ubatnya


KALAU tengok tanda pagar atau hashtag di twitter semalam ia memberi gambaran seolah-olah kemarahan rakyat sudah memuncak. Mengejutkan apabila tanda pagar seperti itu menjadi trending.

Sebenarnya rakyat bukannya marah, tetapi lebih kepada kecewa dengan situasi total lockdown yang sudah hampir sebulan dilaksanakan tetapi seolah-olah tidak memberi kesan apa-apa kerana kes positif harian tetap tinggi. Sedangkan kehidupan harian mereka semakin terhimpit.

Mereka kecewa kerana ketika pergerakan rakyat disekat, kedai tidak boleh dibuka, pasar tani dan pasar malam tidak boleh beroperasi ada pula kilang-kilang yang bukan dalam kategori essential atau perlu dibenarkan beroperasi.

Contohnya kluster Besgrade di Pokok Sena, Kedah. Ia sebenarnya hanya membabitkan sebuah kilang plywood yang menyumbangkan kepada 27 kes positif harian. Adakah plywood juga dalam kategori perlu? Itu yang rakyat tidak faham dan kecewa. Kilang-kilang bukan dalam kategori perlu yang terus dibenarkan beroperasi menyumbang kepada kes positif harian yang tinggi. Kalau tengok kepada statistik, negeri-negeri yang ada kawasan perindustrian terus mencatatkan kes harian yang tinggi.

Sedangkan rakyat sudah banyak berkorban. Sudahlah Hari Raya Aidilfitri lalu tidak dapat diraikan, kini kemungkinan Hari Raya Aidiladha juga tidak dapat disambut. Ekonomi rakyat juga semakin meruncing. Kakitangan kerajaan mungkin selamat kerana pendapatan tidak terjejas. Tetapi bagi pekerja swasta dan yang bekerja sendiri mereka sudah habis berjimat. Malah ada yang berkata mereka sudah tidak ada apa lagi untuk dikais.

Di kampung-kampung para petani tidak dapat menjual hasil pertanian kerana tidak boleh rentas daerah. Pasar tani serta pasar malam yang menjadi tempat mereka menjual hasil tuaian kini tidak dibenarkan beroperasi. Penanam pisang terpaksa menjual hasil di bawah harga kos hingga terpaksa menanggung kerugian. Pekebun timun ada yang terpaksa membuang hasil tuaian ke dalam parit kerana peraih tidak boleh rentas daerah dan permintaan jatuh merudum.

Rakyat hairan ketika mereka berkorban dan menanggung apa juga kesan negatif daripada total lockdown, pandemik ini tetap tidak surut-surut. Malah ada hari ia meningkat. Kenapa selepas hampir sebulan total lockdown dilaksanakan kes-kes positif Covid-19 ini tetap tidak turun-turun? Di mana yang tidak kenanya? Adakah total lockdown ini benar-benar dilaksanakan atau hanya lockdown sekerat-kerat?

Kes-kes bunuh diri turut meningkat ekoran tekanan hidup disebabkan pandemik ini. Semua ini memberi kesan negatif kepada rakyat. Tentu ada yang akan berkata apa yang berlaku itu tidak memberi gambaran atau sikap keseluruhan rakyat terhadap kerajaan dan cara pendemik Covid-19 ditangani. Tetapi ia tidak boleh dikais ke bawah karpet begitu sahaja. Tindakan drastik dan menyeluruh perlu diambil bagi meredakan kebimbangan, keresahan dan ketakutan yang dialami rakyat kini.

Oleh: Aznan Bakar Pengarang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/rakyat-kecewa-apa-ubatnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekalkan Segera Vaksin Ke Sabah Rakyat Kecewa Tangguh Temujanji Bung Moktar

Bekalkan Segera Vaksin Ke Sabah Rakyat Kecewa Tangguh Temujanji Bung Moktar

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 277 hits
Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika sidang media di Ibu Pejabat JKR di Sembulan Kota Kinabalu KOTA KINABALU Kerajaan Persekutuan digesa untuk segera membekalkan vaksin ke Sabah yan...
Lockdown Yang Gagal Akhirnya Rakyat Derita

Lockdown Yang Gagal Akhirnya Rakyat Derita

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 302 hits
MOHD ALI HASHIMKerajaan sepatutnya membuat penelitian dan kajian terperinci secara total sebelum melaksanakan lock down sepenuhnya yang hanya pada nama tapi tidak pada hakikatnya Malah kegagalan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Perger...
Agenda Awani Rayuan Rakyat Kepada Semua Ahli Parlimen

Agenda Awani Rayuan Rakyat Kepada Semua Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 239 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Keh Keh Parti Yang Dia Sokong Pun Dah Di Tolak Rakyat Takat Makan Gaji Buta Baik Dok Diam

Keh Keh Parti Yang Dia Sokong Pun Dah Di Tolak Rakyat Takat Makan Gaji Buta Baik Dok Diam

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 254 hits
NIZAM AKABanyak bunyi pula Tim Menteri JPM makan gaji buta ni Cuba Tim Menteri ini tunjukkan satu jasa yang telah disumbangkan untuk negara semenjak dilantik sebagai Tim Menteri Ada Yg ada hanya makan gaji buta Sedarlah diri tu Kamu capai t...
Padam Fatwa Amanat Hadi Rakyat Berhak Diberi Penjelasan Takkan Menteri Agama Buat Diam Pulak

Padam Fatwa Amanat Hadi Rakyat Berhak Diberi Penjelasan Takkan Menteri Agama Buat Diam Pulak

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 279 hits
Pada 22 Jun 2021Oleh Sheikh Umar Baghrib AliSaya merujuk berita sepertimana dilaporkan https www malaysiakini com news 579910 berhubung dakwaan memadam fatwa Amanah Hadi di laman sesawang JAKIM yang tular di Twitter baru baru ini Sebagai se...
Transfer Duitnow Bank Rakyat

Transfer Duitnow Bank Rakyat

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 244 hits
TRANSFER DUITNOW BANK RAKYAT Pernahkah anda menggunakan perkhidmatan DuitNow Melalui DuitNow anda boleh memindahkan duit ke akaun yang telah anda daftarkan Mungkin ramai antara kita belum memahami sistem DuitNow ini Bank Rakyat melalui perb...
Iqiyi Partners With Citf For Iqiyi Bersama Rakyat Malaysia Campaign

Iqiyi Partners With Citf For Iqiyi Bersama Rakyat Malaysia Campaign

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 317 hits
Partnership to help accelerate immunisation efforts led by the COVID 19 Immunisation Task Force iQiyi s 3 000 titles of beloved Asian content made free for Malaysians who get vaccinated RM1 5 million worth of free iQiyi VIP subscription vou...
Hiburan Saya Takut Jarum Tapi Tiara Jacquelina Minta Rakyat Tak Bazirkan Dos Vaksin

Hiburan Saya Takut Jarum Tapi Tiara Jacquelina Minta Rakyat Tak Bazirkan Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 212 hits
Pelakon dan penerbit berprofil tinggi Puan Sri Tiara Jacquelina berkongsi sebuah video hantaran di akaun Instagramnya dimana beliau sedang mendapatkan suntikan vaksin COVID 19 AdvertisementMenurut Tiara beliau seseorang yang amat takut deng...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Perbandingan Gambar Banjir Bah Kuning Dengan Situasi Terkini Di Kelantan

Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

Surah Al Kahfi Terjemahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

10 Cctv Rumah Yang Murah Tapi Berkualiti Bawah

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk