Dine In Sabah Bung Moktar Sokong Penuh Longgar Sop


Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyokong keputusan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung isu melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) di negeri berkenaan.
'Dine in' Sabah: Bung Moktar sokong penuh longgar SOP
Bung Moktar sokong keputusan longgar SOP di Sabah T imbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kekal menyokong penuh keputusan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung isu melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) di negeri ini.

Beliau mengakui memang ada berlaku percanggahan keputusan itu dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pusat, namun yakin masing-masing mempunyai pendapat sendiri dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

"Selaku pemimpin dalam negeri Sabah, keputusan kerajaan ini adalah keputusan bersama setelah kita berbincang. Saya sendiri berdiri teguh di belakang keputusan Ketua Menteri untuk meletakkan SOP Sabah berlandaskan data dan fakta yang kita peroleh dari masa ke masa.

"Tetapi ini bukannya menidakkan kehendak MKN Pusat sebab MKN juga ada sudut tersendiri untuk tujuan yang sama dalam mencegah virus Covid-19 ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan Sabah yang melonggarkan SOP namun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak boleh melonggarkan SOP yang sedang berkuatkuasa.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah turut menjelaskan, walaupun kerajaan Sabah memutuskan untuk melonggarkan SOP namun ia dilaksanakan dengan ketat.

"Setelah kerajaan negeri melihat keadaan di Sabah melalui data-data yang kita peroleh dari masa ke masa, maka kita telah memutuskan untuk melonggarkan sop bagi mempertingkat memulihkan ekonomi Sabah dalam pelbagai industri.

"Bagaimanapun, kita juga meletakkan SOP yang tegas iaitu satu meja tidak melebihi dua orang atau mengikut kapasiti meja untuk dine-in di restoran dan kita masih memperketatkan untuk tidak membuka kawasan yang kita lihat boleh mendatangkan musibah," katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabantangan berharap supaya MKN Pusat melihat perkara itu dari sudut positif.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/06/dine-in-sabah-bung-moktar-sokong-penuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Borneo 02 07 2021 Komitmen Jeffrey Sop Diperketat Sop Dine In Sabah

Awani Borneo 02 07 2021 Komitmen Jeffrey Sop Diperketat Sop Dine In Sabah

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 398 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo 2 Julai 2021 Hari Sabah mungkin boleh jadi realiti tahun depan Tiada varian Delta hanya varian Theta dikenal pas
Bekalkan Segera Vaksin Ke Sabah Rakyat Kecewa Tangguh Temujanji Bung Moktar

Bekalkan Segera Vaksin Ke Sabah Rakyat Kecewa Tangguh Temujanji Bung Moktar

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 312 hits
Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika sidang media di Ibu Pejabat JKR di Sembulan Kota Kinabalu KOTA KINABALU Kerajaan Persekutuan digesa untuk segera membekalkan vaksin ke Sabah yan...
Sabah Must Adopt Sop Issued By Nsc Ismail Sabri

Sabah Must Adopt Sop Issued By Nsc Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 319 hits
The Sabah government must abide by and adopt the standard operating procedure issued by the National Security Council just like other states said Senior Minister Ismail Sabri Yaakob He said the NSC decided that there must be only one SOP to...
Sabah Tidak Patut Longgarkan Sop Pkp Ismail Sabri

Sabah Tidak Patut Longgarkan Sop Pkp Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 336 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan semua negeri sepatutnya melaksanakan satu standard SOP sahaja Sabah tidak patut longgarkan SOP PKP Ismail Sabri KUALA LUMPUR Sabah tidak patut melonggarkan Prosedur Operasi Standard Pe...
Anifah Yong Back Hajiji Over Sabah Sop Issue

Anifah Yong Back Hajiji Over Sabah Sop Issue

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 343 hits
Former foreign minister Anifah Aman and SAPP president Yong Teck Lee are against one size fits all SOPs for the whole country KOTA KINABALU Former foreign minister Anifah Aman wants the federal government to respect the Sabah government s d...
Seminggu Berlalu Sop Sabah Masih Belum Muncul

Seminggu Berlalu Sop Sabah Masih Belum Muncul

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 295 hits
Belum ada sebarang SOP dikeluarkan kerajaan negeri sedangkan beberapa daerah sudah melaksanakan kelonggaran yang diumumkan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor pada 28 Jun lalu KOTA KINABALU Pengumuman Ketua Menteri Hajiji Noor berhubung kelongg...
Sabah Awaiting Gazettement Of Its Phase 1 Nrp S Sop

Sabah Awaiting Gazettement Of Its Phase 1 Nrp S Sop

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 284 hits
State Covid 19 spokesperson Datuk Seri Masidi Manjun said the delay was due to the Federal government advising Sabah to follow the same SOP as the rest of the nation as set by the National Security Council in the face of the lockdown brough...
Sabah Kekal Sop Premis Makanan 7 Pagi Hingga 7 Malam

Sabah Kekal Sop Premis Makanan 7 Pagi Hingga 7 Malam

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 362 hits
KOTA KINABALU Negeri Sabah akan kekal melaksanakan semua prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 di negeri ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ketika dihubungi Sabah Media be...
Sabah Dap Meets Dcm Bung After Severe Flash Floods

Sabah Dap Meets Dcm Bung After Severe Flash Floods

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 308 hits
Sabah deputy chief minister Bung Moktar Radin agreed to a meeting with state DAP reps including Kota Kinabalu MP Chan Foong Hin KOTA KINABALU Sabah DAP elected representatives told deputy chief minister Bung Moktar Radin that Kota Kinabalu ...
Mudah Betul Nak Tanam Pokok Daun Bawang Guna Kotak Telur Je

Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Kerana Seorang Lelaki

Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap

Zahirah Macwilson Kongsi Momen Bersenam Video

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Padang Stadium Darul Makmur Kini Bertaraf Dunia Diiktiraf Fifa