Bekalan Makanan Kurang Menteri Buat Apa



PETALING JAYA: Masalah ketia­daan bekalan telur ayam, ayam segar dan minyak masak peket terus membelenggu dan meresahkan rakyat hingga mencetuskan kebimbangan mereka be­risiko berdepan krisis makanan jika ia tidak ditangani se­gera.
Isu tersebut bukan baharu, se­baliknya sudah berlarutan ham­pir enam bulan dan hingga kini belum ada tanda-tanda penyelesaian.
Ia dijangka bertambah me­run­cing apabila negara sedang memasuki musim tengkujuh yang dalam tempoh tersebut be­ban rakyat bakal ditambah de­ngan kenaikan harga ikan ekoran nelayan tidak boleh ke laut.
Senario tersebut sedang mengganggu rantaian makanan negara dan rakyat menunggu formula Kerajaan Perpaduan menyelesaikan masalah asas itu.
Pensyarah Program Teknologi Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Moha­mad Khairi Mohd. Zainol berkata, kemelut bekalan makanan perlu diberi keutamaan kerajaan kerana ia soal kehidupan rakyat.
Menurut beliau, pengumuman kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi mengatasi masalah tersebut dan memperkenalkan kupon minyak masak peket bersubsidi kepada golongan B40, peniaga-peniaga kecil dan sederhana adalah inisiatif jangka pendek.
Sebaliknya, kata beliau, selepas mampu menstabilkan bekalan telur, ayam dan minyak masak peket, kerajaan perlu mencari langkah jangka panjang bagi memastikan rakyat tidak berulang kali mengeluh dengan masalah kekurangan bekalan makanan.
“Kerajaan Perpaduan kena cari formula bagi memastikan bekalan makanan tidak berulang selain harganya stabil.
“Formula import makanan tidak selamat bukan sahaja rakyat perlu membeli de­ngan harga mahal tetapi lebih dikhuatiri apabila negara sumber tersebut enggan menjual kepada Malaysia kerana mungkin mereka sendiri berdepan masalah kekurangan bekalan di negara sendiri,” kata beliau.
TANAH
Sementara itu, Pensyarah Pengembangan Pertanian dan Komunikasi, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jasmin Arif Shah berkata, Malaysia mempu­nyai banyak tanah terbiar yang boleh dimanfaatkan bagi memperbanyak pengeluaran sumber makanan dalam negara melalui pertanian.
Menurut beliau, jika kena dengan inisiatif atau tawaran kerajaan, diyakini ada kumpulan belia sanggup berjinak dalam sektor pertanian bagi memastikan sekuriti makanan Malaysia selamat.
“Ini adalah pendekatan yang baik dan mampu menjana pendapatan untuk golongan berpendapatan rendah (B40) atau kumpulan belia yang belum ada kerja.
“Setiap negeri ada kawasan terbiar yang sesuai untuk pertanian atau ternakan. Kita perlu pendedahan teknologi yang boleh meningkatkan hasilnya. Oleh itu, integrasi antara kementerian, pusat-pusat penyelidikan dan pendidikan perlu bergerak seiring supaya proses pengembangan teknologi sampai kepada golongan sasaran,” kata beliau.
Selain itu, kata Jasmin, kerajaan perlu merangka strategi bagi memberi pendidikan dan kesedaran kepada belia untuk menceburi bidang pertanian yang juga mampu memberi pendapatan lumayan.
“Belia ini kalau kita tunjukkan cara bertani atau menternak secara moden dan pulangan yang mampu diraih, mungkin ramai sanggup me­ngusahakan,” katanya.
Pensyarah Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Fakulti Pertanian UPM, Prof. Dr. Norsida Man pula berkata, kerajaan perlu memastikan wujud situasi ‘menang-menang’ antara pengeluar bekalan makanan dan pengguna berhubung mi­nyak masak bersubsidi, telur dan ayam segar.
Menurut beliau, Ini bagi memastikan kedua-dua pihak tidak terus terkesan dengan masalah kekurangan bekalan asas.
“Ada kalanya apabila berjuang untuk pengeluar sebab pendapatan mereka rendah sebab harga jualan rendah, pengguna pula terkesan. Kalau berjuang untuk pengguna, pengeluar yang terkesan. Di sini kerajaan perlu ada skil rundingan menang-menang supaya kata sepakat boleh dicapai,” katanya.- UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/12/bekalan-makanan-kurang-menteri-buat-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Menteri Mafs Berhubung Punca Bekalan Telur Kurang Adalah Tidak Benar

Kenyataan Menteri Mafs Berhubung Punca Bekalan Telur Kurang Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 113 hits
SEBENARNYA Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin merujuk kepada posting yang tular di media sosial bertajuk Bekalan Telur Kurang Kerana Ayam Enggan Bersetubuh maklumat melalui akaun media sosial tersebu
Peniaga Makin Kurang Ramai Jadi Penghantar Makanan

Peniaga Makin Kurang Ramai Jadi Penghantar Makanan

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 159 hits
PETALING JAYA Pandemik Covid 19 seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan antara punca mengapa ramai peniaga angkat kaki mencari rezeki di pasar malam sehingga menyebabkan lokasi tumpuan suatu ketika dahulu kini kurang pengun...
Harga Telur Baharu Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Mat Sabu

Harga Telur Baharu Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Mat Sabu

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 305 hits
Ramai yang tertunggu tunggu harga baru telur ayam yang dikhabarkan akan diumumkan oleh Menteri Pertanian Kerajaan Perpaduan Mohamad Sabu Dalam sebuah kenyataan media terkini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bek...
Lantikan Zahid Menteri Kalah Pru15 Jejas Kredibiliti Kabinet Anwar

Lantikan Zahid Menteri Kalah Pru15 Jejas Kredibiliti Kabinet Anwar

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 229 hits
BANGI 8 Jamadilawal 1444H Sabtu Veteran politik Tan Sri Rafidah Aziz mempertikaikan dua isu besar dalam pembentukan Kabinet kerajaan campuran yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam
Biodata Ds Fadillah Yusof Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Biodata Ds Fadillah Yusof Timbalan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 294 hits
Pada 2 Disember 2022 Dato Sri Fadillah Yusof telah diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan bersama Dato Sri Zahid Hamidi oleh Perdana Menteri ke 10 Dato Sri Anwar Ibrahim Selain menyandang jawatan penting tersebut beli...
Terkedu Umno Bantah Senarai Kabinet Anwar Yang Kalah Di Lantik Jadi Menteri

Terkedu Umno Bantah Senarai Kabinet Anwar Yang Kalah Di Lantik Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 328 hits
UMNO bantah senarai Kabinet Anwar Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dijangka dilantik sebagai Senator bagi membolehkan mereka menduduki kerusi menteri Datuk Seri ...
Rasmi Menteri Pendidikan Baharu Yang Wajib Rakyat Malaysia Kenal Reformasi Pendidikan Negara

Rasmi Menteri Pendidikan Baharu Yang Wajib Rakyat Malaysia Kenal Reformasi Pendidikan Negara

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 199 hits
RASMI MENTERI PENDIDIKAN BAHARU YANG WAJIB RAKYAT MALAYSIA KENAL REFORMASI PENDIDIKAN NEGARA Semalam telah diumumkan mengenai kabinet kerajaan perpaduan yang akan memimpin kerajaan Malaysia Pengumuman itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datu...
Tak Perlukan Gaji Perdana Menteri Cukup Dengan Gaji Menteri Kewangan Anwar Ibrahim

Tak Perlukan Gaji Perdana Menteri Cukup Dengan Gaji Menteri Kewangan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 171 hits
Tiada tolok bandingnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh pemimpin yang serba hebat dan memiliki strategi maha luar biasa dalam Malaysia
Kerajaan Perpaduan Perdana Menteri Dicadang Tekankan Pembinaan Negara Bangsa

Kerajaan Perpaduan Perdana Menteri Dicadang Tekankan Pembinaan Negara Bangsa

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 127 hits
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menekankan pembinaan negara bangsa dan bukan hanya tumpu kepada pembangunan material Profesor Kehormat Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord