Rasmi Menteri Pendidikan Baharu Yang Wajib Rakyat Malaysia Kenal Reformasi Pendidikan Negara



RASMI : MENTERI PENDIDIKAN BAHARU YANG WAJIB RAKYAT MALAYSIA KENAL! | REFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Semalam telah diumumkan mengenai kabinet  kerajaan perpaduan yang akan memimpin kerajaan Malaysia. Pengumuman itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengadakan sidang media bagi mengumumkan barisan kabinet yang akan mengemudi kerajaan Malaysia bagi satu penggal.
Pengumuman oleh Perdana Menteri semalam telah memberi jawapan yang jelas kepada rakyat Malaysia siapakah yang akan menjawab Menteri pelbagai bidang. Selain itu, terdapat juga pengumuman yang memberi kejutan kepada rakyat iaitu pelantikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan desa dan wilayah. Hal ini adalah suatu yang mengejutkan kerana beliau merupakan individu yang masih dalam perbicaraan kes mahkamah mengenai rasuah.
Di samping itu, terdapat pengumuman menteri yang lain dan antara yang menjadi tumpuan adalah siapakah yang menjadi Menteri Pendidikan Kerajaan baharu. Semalam PM telah memberi kepercayaan kepada YB Fadhlina Sidek selaku Menteri Pendidikan. Ikuti maklumat dan biodata beliau di bawah.
Dapatkan perkembangan semasa dan info terbaru pengumuman mengenai kerajaan Malaysia di Telegram:

RASMI : MENTERI PENDIDIKAN BAHARU YANG WAJIB RAKYAT MALAYSIA KENAL! | REFORMASI PENDIDIKAN NEGARA Malaysia Mendapat Menteri Pendidikan Yang Baharu Untuk Kerajaan Perpaduan Tahniah diucapkan kepada kerajaan perpaduan atas pengumuman senarai barisan kabinet yang akan mengemudi dan menguruskan hal ehwal kementerian untuk menjaga kebajikan dan memastikan pentadbiran negara kekal stabil. Tumpuan kini diberikan kepada para menteri yang menjawat pelbagai bidang kementerian.
Antara yang menjadi tumpuan adalah Menteri Pendidikan, jom mana Menteri Pendidikan memegang tampuk pentadbiran dalam segi pengurusan sistem pendidikan negara ,sekolah, guru dan murid-murid.
Biodata Menteri Pendidikan Baharu BIODATA FADHLINA SIDEK : MENTERI PENDIDIKAN KERAJAAN PERPADUAN DI BAWAH PIMPINAN PERDANA MENTERI KE-10, ANWAR IBRAHIM
Nama : Fadhlina Sidek
Profesion : Peguam, Senator Dewan Negara
Ahli Parlimen : P47 Nibong Tebal
Tarikh Lahir : 16 Oktober 1977 (45 Tahun)
Status: Berkahwin & mempunyai 5 orang anak
PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (2008) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (2002) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (2001) PENGLIBATAN POLITIK
KETUA WANITA PUSAT, PARTI KEADILAN RAKYAT (2022-2025) MAJLIS PIMPINAN NEGERI PULAU PINANG, PARTI KEADILAN RAKYAT (2021-Kini) PENGERUSI BIRO GUAMAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI WANITA KEADILAN PUSAT, PARTI KEADILAN RAKYAT (2020-2022) Fakta, beliau merupakan anak kepada bekas pengerusi ABIM yang telah meninggal dunia pada tahun 2021 iaitu Sidek Fadzil.
Harapan Rakyat Untuk Menteri Pendidikan Negara Ramai yang mempunyai harapan yang menggunung kepada menteri pendidikan negara. Tugas penting yang perlu digalas oleh Yb Fadhlina Sidek,ini adalah kerana beliau akan memegag portfolio dalam bidang pendidikan yang merangkumi pelbagai jabatan daripada KPM,PPD dan lain-lain yang perlu diberi caknaan.
Yb Fadhlina yang merupakan seorang peguam bakal mengemudi sistem pendidikan negara kita. Beliau perlu bertindak dengan wajar serta mendengar keluhan para guru mengenai sistem pendidikan agar ada penambahbaikan untuk kepentingan negara.
Cikgu Fadhli Pesan Sesuatu Kepada KPM Baharu Baru sahaja dilantik menjadi menteri kanan pendidikan,kini beliau mendapat pelbagai ucapan tahniah dengan harapan dapat memberikan yang terbaik untuk negara. Terbaru, seorang guru yang terkenal, Cikgu Mohd Fadhli Salleh baru sahaja memberi pesan di dalam laman Facebook nya dan berharap Yb Fadhlina Sidek “take note” dengan pesanan beliau kerana gurulah yang tahu keadaan sebenar sistem pendidikan negara kini.
 “Tahniah YB Fadhlina Sidek Sidek yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia.’
Berikut merupakan pesan cikgu Mohd Fadhli kepada Menteri Pendidikan baharu:
Dengar keluhan warga bawahan terutama guru-guru kerana mereka lebih memahami setiap dasar yang diperkenalkan kerajaan. Bersifat terbukalah menerima kritikan membina.  Jangan amalkan budaya lapok yang bersifat punitif, yang hanya mahu mendengar yang manis-manis sahaja. Kaji dengan cermat serta teliti setiap dasar dan perancangan, jangan terburu-buru buat keputusan tanpa dengar maklum balas guru, ibubapa, murid-murid dan seluruh pemegang taruh. Jangan bergantung info pada pegawai khas, pegawai di jabatan semata-mata. Banyaknya hanya mendengarkan yang manis dan menyorok keburukan. Ini yang merosakkan sistem kita. Kembalikan kegembiraan di sekolah, kegembiraan buat murid-murid dan guru-guru serta kembalikan rasa hormat rakyat pada sistem pendidikan kita. Diharapkan juga Menteri Pendidikan baharu ini menjalankan tugas dengan adil dan saksama dan pastikan pelancaran dalam sistem pendidikan negara. Kita benar-benar memerlukan reformasi dalam pendidikan membuang yang keruh ambil yang jernih. Selain Itu, beberapa masalah yang melanda para guru di Malaysia juga perlu diambil berat dan tindakan segera bagi memastikan luahan para guru sentiasa didengari.
Sudah ramai guru yang makan hati dengan sistem pendidikan negara sebelum ini yang mana kebanyakannya tidak berpihak kepada kepentingan guru. Guru juga berhak mendapat perhatian daripada KPM dan mana guru banyak tertekan dan terkesan dengan pelbagai tekanan yang melanda mereka. Isu guru perlu diselesaikan dengan kadar segera.
Baca juga : “Aku Dah Penat..” Luahan guru seluruh Malaysia l Hargailah Usaha Penat Lelah Guru
Sertai telegram sistemguruonline untuk mendapatkan perkembangan isu semasa terkini dan makluman penting mengenai negara Malaysia:
Telegram Info semasa dan makluman terbaru


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2022/12/menteri-pendidikan-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Colours Of Life Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Malaysia

The Colours Of Life Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 350 hits
The Colours of Life Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Malaysia Tahniah YB Fadhlina Sidek di atas pelantikan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia https youtube com shorts I9vIQb QPdY feature share mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terba...
Rasmi Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Rasmi Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 241 hits
TERKINI YDP Agong berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke 10 dijadual 5 petang ini di lstana Negara menurut sebuah kenyataan oleh Istana Negara YDP Agon...
Hari Pertama Kembali Di Pejabat Perdana Menteri Selepas 24 Tahun Reformasi

Hari Pertama Kembali Di Pejabat Perdana Menteri Selepas 24 Tahun Reformasi

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 112 hits
Hari pertama Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan memulakan kerja di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sungguh bermakna selepas 24 tahun tidak berada puncak kuasa Selepas dua dekad hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Bangunan Putr...
Menteri Perlu Elak Bazir Fokus Inisiatif Ringankan Beban Rakyat Kata Pm

Menteri Perlu Elak Bazir Fokus Inisiatif Ringankan Beban Rakyat Kata Pm

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 111 hits
Menteri perlu elak bazir fokus inisiatif ringankan beban rakyat kata PM Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 D
Lebih Dua Dekad Berjuang Ini 10 Fakta Tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke 10 Malaysia

Lebih Dua Dekad Berjuang Ini 10 Fakta Tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke 10 Malaysia

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 317 hits
Teka teki siapa yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 10 berakhir apabila Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim se...
Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 275 hits
TAHNIAH DATO SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 10 Assalammualaikum semua Setelah mengikuti perkembangan Pilihan Raya Umum Ke 15 sejak Penamaan Calon pada 5 November 2022 Sebagai Rakyat Malaysia ini adalah detik paling Ruby teru...
Prof Um Tiada Istilah Perdana Menteri Caretaker Dalam Perlembagaan Malaysia

Prof Um Tiada Istilah Perdana Menteri Caretaker Dalam Perlembagaan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 97 hits
Seorang pakar perlembagaan menolak tanggapan bahawa perdana menteri caretaker boleh dilantik memandangkan tiada satu pun gabungan utama memenangi majoriti kerusi pada pilihan raya umum ke 15 Profesor adjung di Universiti Malaya Philip Koh b...
Pru 15 Siapa Perdana Menteri Baru Malaysia 2022

Pru 15 Siapa Perdana Menteri Baru Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 149 hits
Salam Haii 22 11 22Cantik tarikh hari ni ngam pulak timing22 11 22Kann Tapi sehingga kini masih lagi belum ada pertabalan siapa Perdana Menteri baru Malaysia samadaDSAI Atau TSMY Sama2 kita doakan dan nantikan
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Fam What Happened To The World Cup Tickets

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya