Harga Telur Baharu Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Mat Sabu


Ramai yang tertunggu-tunggu harga baru telur ayam yang dikhabarkan akan diumumkan oleh Menteri Pertanian Kerajaan Perpaduan, Mohamad Sabu.
Dalam sebuah kenyataan media terkini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah.
Menterinya, Mohamad Sabu, berkata itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sidang media selepas mesyuarat pertama Kabinet, memaklumkan pihaknya sudah berbincang dengan Mohamad dan akan mengumumkan harga telur ayam yang lebih rendah, hari ini.
Anwar berkata, langkah terbabit diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan kepada kartel.
Bagaimanapun, dalam kenyataan Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini, harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu tidak dinyatakan.
Nak telur kekal segar? Dapatkan bekas telur ini sekarang!
KENYATAAN MEDIA
KETERJAMINAN BEKALAN TELUR AYAM DALAM NEGARA
PUTRAJAYA, 6 Disember 2022 – Merujuk kepada Sidang Media YAB Perdana Menteri pada 5 Disember 2022 (Isnin) berkenaan keterjaminan bekalan telur ayam dalam negara, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyedari keperluan bekalan telur ayam yang merupakan makanan seharian berprotein yang popular di kalangan rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata telur ayam sebanyak 968 juta biji sebulan.
Sehubungan itu, sebagai pelan jangka pendek, Kementerian telah mengenalpasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan dalam Negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran. Kementerian juga akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian yang ditetapkan. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan Kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi.
Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukan untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan telur ayam dalam Negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga. Keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil.
Saya juga telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian untuk melihat impak mengimport telur ayam dari sumber luar kepada industri telur ayam tempatan sedia ada, dan Agrobank untuk mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri ini.
Kementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam Negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif. Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak.
YB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU
MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
6 DISEMBER 2022
Sumber: Facebook Mohamad Sabu
Berikut dikongsikan harga maksimum ayam dan telur ayam berkuatkuasa pada 12 Oktober 2022.
Harga Maksimum Ayam & Telur (Mulai 12 Oktober 2022) PENENTUAN HARGA MAKSIMUM AYAM DAN TELUR AYAM BERKUAT KUASA PADA 12 OKTOBER 2022.
I) AYAM
Kabinet memutuskan pemberian subsidi akan diteruskan dengan harga siling runcit baru bagi runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.
II) TELUR AYAM GRED A, GRED B DAN GRED C
Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji;  gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.
Harga Di Sarawak / Sabah
Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, Harga Maksimum Ayam dan Telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah.
Sila rujuk jadual KPDNHEP di atas untuk rujukan.
Perbezaan Ayam Standard & Ayam Super Ayam Standard : Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual DENGAN kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hati dan hempedu)
Ayam Super: Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual tanpa kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hato dan hempedu).
Cara Buat Aduan Harga Barang Jika anda merasa bahawa barang yang anda beli atau servis yang anda terima dikenakan harga yang tidak berpatutan, lakukan aduan dengan segera. Selaku pengguna, anda juga mempunyai hak untuk harga barang yang berpatutan.
Anti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ia merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga. Sebagai contoh, menaikkan harga ayam ketika musim perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina, ataupun menaikkan harga topeng ketika musim jerebu.
Selain itu, dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, bebarapa barangan telah disenaraikan sebagai barangan kawalan. Ambil perhatian terhadap barangan dalam senarai ini supaya anda tidak ditipu dengan caj harga yang lebih mahal. Barangan makanan seperti ayam, telur, dan gula merupakan antara barangan yang sering diletakkan dibawah senarai ini, terutamanya ketika musim perayaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang ingin memgambil kesempatan menaikkan harga pada waktu perayaan.
Harga siling yang ditetapkan akan diumumkan sebelum musim perayaan, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan berita mengenai harga tersebut.
Peniaga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dari harga siling.
Tahukah anda jenis telur ayam yang dikawal harganya di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam?
Sila rujuk infografik di bawah:
Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:
Talian bebas tol (1-800-886-800) Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my Whatsapp  Baca juga:
Harga Maksimum Minyak Masak (8 Oktober – 7 November 2022) Harga Runcit Minyak Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/harga-telur/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=harga-telur

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Telur Anwar Berjanji Mat Sabu Mungkiri Kenapa

Harga Telur Anwar Berjanji Mat Sabu Mungkiri Kenapa

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 287 hits
SHAH ALAM Harga telur ayam terus menjadi tanda tanya apabila Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu masih mengunci mulut meskipun perkara itu telah dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin Anwar s...
Mat Sabu Sangka Terajui Kdn Rupa Rupanya Kementerian Pertanian

Mat Sabu Sangka Terajui Kdn Rupa Rupanya Kementerian Pertanian

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 316 hits
KULIM Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu memberitahu bahawa beliau tidak menyangka akan dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Nak Import Telur Mat Sabu Patut Baca Apa Boss Mydin Kata Ni

Nak Import Telur Mat Sabu Patut Baca Apa Boss Mydin Kata Ni

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 218 hits
Perdana Menteri Ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah memaklumkan Mohamad Sabu akan mengumumkan harga telur baharu yang lebih rendah pada hari Selasa lalu Bagaimanapun kelmarin Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad S...
Bos Mydin Jawab Idea Import Telur Dicadang Mat Sabu Tak Masuk Akal

Bos Mydin Jawab Idea Import Telur Dicadang Mat Sabu Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 181 hits
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akalSeluruh negara mengalami kekurangan bekalan telur sejak kebelakangan ini Gambar hiasanCadangan yang dikemukakan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan telur dengan me...
Mat Sabu Saya Tak Tahu Akan Tersenarai Menteri Kabinet Atau Tidak

Mat Sabu Saya Tak Tahu Akan Tersenarai Menteri Kabinet Atau Tidak

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 134 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim belum memanggil parti komponen Pakatan Harapan untuk membincangkan pembentukan Kabinet kata Presiden Amanah Mohamad Sabu bentuk kerajaan kita belum bincang tetapi kita akan tubuh kerajaan secepat mungkin Untuk ...
Harga Telur Ayam Bakal Diumum Lebih Murah Esok Perdana Menteri

Harga Telur Ayam Bakal Diumum Lebih Murah Esok Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 188 hits
Isu bekalan telur yang berkurangan menjadi bualan di media sosial sejak kebelakangan ini Jika ada dijual pun harganya dikatakan lebih mahal daripada biasa Bagaimana dengan tempat anda Adakah bekalan masih sama atau berkurangan Adakah hargan...
Mat Sabu Jaga Telur

Mat Sabu Jaga Telur

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 204 hits
Sumber luar dikenal pasti untuk tampung bekalan telur Mat SabuNailah HudaDisember 6 2022 16 10 MYTADAKAH SETAKAT ITU SAHAJA IDEA MAT SABUKemungkinan untuk mendapatkan menteri yang hebat juga negara terpaksa import dari luar negara Mat Sabu ...
Mat Sabu Hopes For Further Strengthening Of Ringgit Lower Food Import Cost

Mat Sabu Hopes For Further Strengthening Of Ringgit Lower Food Import Cost

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 172 hits
Amanah president Mohamad Sabu has expressed hope that the ringgit will continue strengthening thus reducing the cost of food imports The change of government and the appointment of Prime Minister saw a sharp increase in our currency and we ...
Agriculture Food Security Ministry Needs More Funds Says Mat Sabu

Agriculture Food Security Ministry Needs More Funds Says Mat Sabu

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 124 hits
Mohamad Sabu said the issue of reasonably priced food items is among the main agendas on his plate PUTRAJAYA The agriculture and food security ministry hopes to be given a higher allocation in the face of a possible economic and food crises...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik