Bekalan Air Rakyat Dapat Angin Kerajaan Kelantan Harus Beri Diskaun 20 Meter Padu




 Pengerusi NGO Save Kelantan, Datuk Husam Musa mencadangkan agar kerajaan Kelantan memberi diskaun harga air kepada rakyat di negeri itu kerana masalah bekalan air yang gagal disediakan secara sempurna.



Hal itu, kata Husam boleh memberi pampasan buat rakyat yang menghadapi masalah tekanan air rendah dan hanya menerima angin apabila membuka kepala paip.





Kata Husam, Kerajaan Negeri seharusnya memberi diskaun 20 meter padu air sebulan sehinggalah masalah tersebut diselesaikan.





"Bila air tak ada, dia ada angin. Angin tolak meter. Meter berpusing (caj) dikenakan kepada pengguna, air tak ada.





"Pengguna tanggung beban lain, pasang pam bila air tekanan rendah, pasang tangki. Kos yang lebih tinggi kepada rakyat





"Kalau Save Kelantan diberi peluang nasihat kerajaan akan datang dengan anggapan (kerajaan) bertukar tangan kepada yang Save Kelantan sokong, maka saya nak cadang apa yang dibuat di Selangor (air percuma 20 meter padu) dilakukan di Kelantan sehingga tempoh bekalan air diselesaikan.





"Kalau tak boleh 20 meter, 10 meter sebulan pun tidak mengapa. Selangor di bawah PH pernah beri 20 meter padu. Kerajaan Kelantan kenakan caj kepada penduduk, termasuk (biar pun) pusingan meter angin," katanya dalam temubual bersama Sumberkini, malam tadi.





Menjawab pertanyaan nasihat yang boleh diberi kepada pengundi luar Kelantan yang akan pulang mengundi, Husam mencadangkan agar mereka membuat sedikit kerja rumah sebelum memangkah semula Pas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.





"Pengundi Kelantan dari luar mereka bukan tak pandai. Mereka kebanyakannya teknokrat, profesional, peniaga berjaya. Mereka sebenarnya bukan 100% nak kepada Pas. Mereka ada penolakan kepada lawan Pas.





"Sebab kebencian mereka kepada Umno lebih tinggi, jadi mereka pilih Pas. Sebahagian sokong Pas kerana Pas waktu itu bersih, nak bawa agenda Islam.





"Hari ini nasihat saya, kajilah pentadbiran Pas. Adakah benar pentadbiran Pas bila bagi tanah dan lombong, yang dapat orang Melayu dulu, anak Kelantan atau pun dapat kepada orang asing?





"Pentadbiran Kelantan dalam semua segi adakah mereka tak rasuah? Kita tak boleh kata tak rasuah kerana tak ada yang dihadap ke mahkmah. Tetapi perlakuan rasuah itu mungkin berlaku. Dikatakan kerajaan bawa agenda Islam. Apa beza Selangor dan Kelantan dalam syiar Islam? Tak ada beza.





"Masjid di Selangor saya solat Jumaat, bulan Ramadan, lebih meriah lagi kuliahnya daripada Kelantan. Kelantan kuliahnya berunsur politik," kata Husam.





Anak didik bekas Musyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat itu berkata, Pas ketika ini sebenarnya telah kehabisan modal politik terutama perkara yang akan dijanjikan dalam PRU akan datang.





Katanya, selepas Pas memerintah Kerajaan Persekutuan kelemahan mereka terserlah dan hampir tiada janji berkaitan Negara Islam yang mampu mereka realisasikan dalam 2 tahun pemerintahan.





"Dulu nak buat hudud, RUU 355 sekarang tak berbunyi kerana itu hanya agenda politik bukan komitmen. Islam itu luas, termasuk jaga alam sekitar, beri kerja rakyat jelata, hapus masalah sosial. Ini semua islamik





"Kita ambil Dubai dan Abu Dhabi misalnya. Negara kecil sahaja tetapi ada dua syarikat penerbangan. Kita jangankan Kelantan, Malaysia saja syarikat MAS dah nak mati.





"Kelantan banyak ketinggalan dari pelbagai segi, misalnya mahkamah syariah, hakim hakim mahkamah syariah, banyak penangguhan kes dan sebagainya.





"Jadi saya harap rakyat Kelantan di perantauan boleh mengkaji prestasi dan pencapaian kerajaan secara menyeluruh. Jangan tangkap muat, kata Islam, pangkah," kata Husam lagi.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/bekalan-air-rakyat-dapat-angin-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Bekalan Air Kelantan Akibat Kelemahan Kerajaan Pas Husam

Masalah Bekalan Air Kelantan Akibat Kelemahan Kerajaan Pas Husam

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 142 hits
Pihak yang perlu dipersalahkan berhubung masalah berterusan bekalan air di Kelantan adalah kerajaan Pas kerana parti tersebut memerintah Kelantan sejak 3 dekad lalu Cuma sebelum ini Pas menyalahkan peruntukan yang disekat oleh kerajaan BN s...
Rakyat Disaran Beli Ikan Air Tawar Jika Ikan Laut Mahal Mb Kelantan

Rakyat Disaran Beli Ikan Air Tawar Jika Ikan Laut Mahal Mb Kelantan

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 221 hits
inforakyat net28 05 2022Rakyat disaran beli ikan air tawar jika ikan laut mahal MB Kelantan Rakyat Kelantan disarankan untuk membeli ikan air tawar terutamanya ketika harga ikan laut yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini Menteri Bes...
Kerajaan Tidak Cari Punca Sebenar Masalah Bekalan Ayam

Kerajaan Tidak Cari Punca Sebenar Masalah Bekalan Ayam

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 152 hits
Kerajaan tidak cari punca sebenar masalah bekalan ayam EmailDua dasar terbaharu yang dilaksanakan secara serentak berkaitan kekurangan bekalan ayam di pasaran oleh kerajaan BN PN menunjukkan mereka tidak mengenal pasti masalah sebenar berka...
Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022

Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 109 hits
KUALA LUMPUR Banyak pihak berpendapat kerajaan perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha mentadbir urus negara serta menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan bukannya tergesa gesa mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 Penganalisis Politik...
Resipi Nasi Air Kelantan

Resipi Nasi Air Kelantan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 167 hits
Resipi Nasi Air Kelantan Assalamualaikum salam sejahtera Sebenarnya nasi air kelantan ni salah satu makanan yang Murni selalu beli bila balik dari kelas masa belajar di UUM dulu Murni rindu dan teringin sangat nak makan nasi air Kelantan gi...
Contoh Rakyat Sabsidikan Kerajaan Kontrak Maintenance Rm1 42 Juta Sehari Rm519 Juta Setahun

Contoh Rakyat Sabsidikan Kerajaan Kontrak Maintenance Rm1 42 Juta Sehari Rm519 Juta Setahun

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 172 hits
Pagi ini saya terkejut juga baca berita berikut di laman mengenai kontrak RM519 Juta setahun untuk maintenance Istana Negara Berita berikut company offered contract worth RM519m for management of Istana Negara current projects in company s ...
Rakyat Tentukan Kerajaan Mana Cap Ayam

Rakyat Tentukan Kerajaan Mana Cap Ayam

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 140 hits
Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dalam satu hantaran di FaceBook pada Selasa berkata bahawa negara kebelakangan ini berhadapan dengan pelbagai cabaran Ekonominya menunjukkan pemulihan yang sangat perlahan Pelaburan asing hanya sekadar iltiz...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas

Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu