Masalah Bekalan Air Kelantan Akibat Kelemahan Kerajaan Pas Husam




 Pihak yang perlu dipersalahkan berhubung masalah berterusan bekalan air di Kelantan adalah kerajaan Pas kerana parti tersebut memerintah Kelantan sejak 3 dekad lalu.

Cuma sebelum ini, Pas menyalahkan peruntukan yang disekat oleh kerajaan BN sebagai alasan. Bagaimanapun apabila Pas berada dalam Kerajaan Persekutuan rakyat Kelantan tetap juga menghadapi masalah bekalan air.

Bagi mantan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa, masalah air jelas berpunca daripada kelemahan Kerajaan Negeri Pas dan agensi yang diamanahkan menguruskan bekalan air, iaitu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) gagal bertindak bijak dalam mencari punca masalah.

Katanya, masalah bekalan dengan mudah boleh diselesaikan sekiranya punca air dicari dan kemudahan mengeluarkan air dibina secara betul.

"Kegagalan AKSB urus air ini menjadi punca masalah bekalan air

"AKSB banyak bina telaga. Ada 37 loji. Kebanyakan telaga memakan belanja besar tetapi bila siap air tak boleh dikeluarkan. Sebagai contoh, saya telah menyenaraikan telaga baru siap yang kapasiti pengeluaran ikut reka bentuknya 117 juta liter air

"Tetapi kapasiti dari 5 telaga yang sepatutnya 117 juta liter itu hanya keluarkan 50 juta liter sehari. Tak sampai separuh kapasiti asal. 67 juta liter tak keluar. Pasal apa? Saya bukan pakar industri air tetapi dari perbincangan dengan pakar lain adalah kerana reka bentuk yang salah.

"Tidak diadakan satu kajian menyeluruh terhadap sumber air di tempat nak dibuat loji. Bila loji siap kapasiti air dalam bumi tidak memadai dengan apa yang hendak dikeluarkan. Bila dipam maka tak keluar penuh," kata Husam dalam temubual eksklusif bersama Sumberkini, malam tadi.

Selain itu, Pengerusi NGO Save Kelantan itu juga mendedahkan kelemahan telaga jejari yang dianggap oleh pihak AKSB berpotensi menyelesaikan masalah bekalan air.

Katanya, telaga itu bersifat cetek dan dipasang jari jari di kiri kanan telaga untuk memasukkan air bawah tanah ke perigi utama.

"Kebanyakan yang gagal dari jenis telaga jejari ini. Tetapi AKSB terus berulang kali bina telaga jejari.

"Telaga ini harganya lebih mahal dari telaga lain. Kapatisi pula tak sampai tujuan kerana itu kita ada masalah tak cukup air," ujarnya.

Menurut Husam, pada ketika ini berdasarkan akaun pengguna terdapat keperluan air 512 juta liter. Pihak AKSB hanya mampu keluarkan 458 juta liter. Tidak cukup 50 juta liter tetapi ianya boleh diatasi sekiranya telaga dibina dengan cara yang betul.

Bagaimanapun, katanya terdapat satu lagi masalah iaitu paip bocor. Masalah tersebut, tegas Husam menyebabkan separuh daripada bekalan air hilang ke dalam tanah.

Begitu juga masalah paip kecil. Misalnya di Parlimen Kubang Kerian yang mengalami tekanan rendah kerana saiz paip hanya 4 inci, sedangkan bekalan perlu diberikan kepada 50,000 akaun pengguna.

"Masalah paip pecah dan kecil ini sepatutnya telah diatasi. AKSB bukan tak baiki paip. Sebelum baiki (dengan peruntukan) RM125 juta kebocoran 40%, bila dah baiki naik 52%. Tak tahu apa sebabnya.

"Oleh kerana itu kalau kita tahu masalah utama paip bocor maka elok tukar paip dulu. Kalau lebih banyak tangki pun tetapi separuh terbuang dalam tanah tak selesai masalah

"Bila buat tangki atau loji, projek ini dibiayai oleh PAAB. Bila siap, loji akan diuruskan AKSB tetapi kena bayar kos itu balik. Namun kalau baiki paip, PAAB beri geran tak payah bayar kerana insfrastruktur paip bukan komersial dan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

"Kalau orang lain uruskan AKSB, dia akan buat pelan ganti paip dulu kerana air cukup. Kenapa nak buat loji dan tidak baiki paip? Nampak cara pengurusan AKSB ini ada unsur unsur ketidakcekapan," kata Husam lagi.

Namun dengan Kerajaan Negeri yang tidak mahu mengakui kelemahan maka Husam tidak nampak perkara itu akan diselesaikan dalam masa terdekat melainkan berlakunya perubahan politik.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/masalah-bekalan-air-kelantan-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekalan Air Rakyat Dapat Angin Kerajaan Kelantan Harus Beri Diskaun 20 Meter Padu

Bekalan Air Rakyat Dapat Angin Kerajaan Kelantan Harus Beri Diskaun 20 Meter Padu

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 212 hits
Pengerusi NGO Save Kelantan Datuk Husam Musa mencadangkan agar kerajaan Kelantan memberi diskaun harga air kepada rakyat di negeri itu kerana masalah bekalan air yang gagal disediakan secara sempurna Hal itu kata Husam boleh memberi pampasa...
Kerajaan Tidak Cari Punca Sebenar Masalah Bekalan Ayam

Kerajaan Tidak Cari Punca Sebenar Masalah Bekalan Ayam

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 193 hits
Kerajaan tidak cari punca sebenar masalah bekalan ayam EmailDua dasar terbaharu yang dilaksanakan secara serentak berkaitan kekurangan bekalan ayam di pasaran oleh kerajaan BN PN menunjukkan mereka tidak mengenal pasti masalah sebenar berka...
Kisah Air Kelantan

Kisah Air Kelantan

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 222 hits
Asraf JefryIsu air Kelantan rasanya kalau anda selalu ikuti FB saya anda sudah tahu teknologi Boring Air Senang cerita macam buat air telaga tapi lubangnya lebih kecil Boring air boleh dikatakan penyelesaian untuk isu air di Kelantan tetapi...
Gandum Pas Buat Kecoh Lupa Ker Siapa Kerajaan Sekarang

Gandum Pas Buat Kecoh Lupa Ker Siapa Kerajaan Sekarang

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 163 hits
Isu ni patut dibawa ke kabinet alternatif penyelesaian dibincangkan untuk jangka masa panjang dan pendek Situasi geopolitik yang tidak menentu dan boleh membawa pelbagai lagi ancaman PAS memilih menjadi hero luar gelanggang walaupun pada ha...
Hiburan Macam Gulai Daging Kawah Tular Gambar Di Twitter Netizen Terkejut Tengok Tangki Air Di Kelantan

Hiburan Macam Gulai Daging Kawah Tular Gambar Di Twitter Netizen Terkejut Tengok Tangki Air Di Kelantan

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 232 hits
Tular sekeping foto di Twitter baru baru ini di mana ramai tertipu kerana sekali pandang ia nampak seperti satu jenis lauk yang dimasak dalam kuantiti yang banyak Namun alangkah terkejutnya masing masing apabila mendapat tahu gambar yang di...
Tahniah Harakah Siar Berita Tepung Tak Ada Kerja Kerajaan Pas Juga La Ya

Tahniah Harakah Siar Berita Tepung Tak Ada Kerja Kerajaan Pas Juga La Ya

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 115 hits
MOHD SHAH RIMTahniah HARAKAH kerana melaporkan beritaTEPUNG TIADA KENAPA BEKALAN BERKURANGAN
Dap Rep Asks Why Pas Allowed Bon Odori In Kelantan Back In 2018

Dap Rep Asks Why Pas Allowed Bon Odori In Kelantan Back In 2018

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 360 hits
DAP s Banting state assemblyperson Lau Weng San questioned the inconsistency of PAS which allowed the Bon Odori dance in Kelantan four years ago but is now advising Muslims not to attend the Bon Odori festival in Shah Alam next month Lau sa...
Husam Wants Kelantan To Explain Alleged Glc Logging In Virgin Jungle Reserve

Husam Wants Kelantan To Explain Alleged Glc Logging In Virgin Jungle Reserve

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 194 hits
An NGO has called on the Kelantan government and the state s Forestry Department to provide answers on alleged logging activities by a state owned company at the Nenggiri Forest Reserve Save Kelantan chairperson Husam Musa said he has been ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari