Beginilah Lim Guan Eng Begitu Juga Mat Sabu




Dikira dari 9 Mei 2018 hingga sekarang, tempoh masanya adalah kurang lebih 31 bulan. 22 bulan Pakatan Harapan menjadi kerajaan memerintah dengan Perdana Menterinya adalah Dr. Mahathir bin Mohamad yang ketika itu adalah juga Pengerusi PH.

Kejatuhan Kerajaan PH bermula dengan perletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri yang secara automatiknya membubarkan jemaah kabinet yang ada pada masa itu. Masa "vacuum" itulah digunakan oleh para pengkhianat bagi menjalankan plot mereka melalui apa yang dikenal sebagai Langkah Sheraton, sehingga tertubuhnya sebuah perikatan kerajaan "kabur" dengan nama Perikatan Nasional.
Kesalahan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Anwar Ibrahim ketika itu ialah kerana mendesak Mahathir yang tidak mahu menunaikan janji supaya menunaikan janji.
Dan ya, hari ini tampak bahawa memang segelintir pimpinan Amanah dan DAP menuding jari kepada Anwar memaksudkan bahawa desakan menunaikan janji itu adalah salah

Berbalik kepada tempoh, selepas 22 bulan, Mahathir tidak lagi bersama PH, Bersatu juga mengambil keputusan keluar dari PH.
Selepas itu baharulah Anwar mengambil-alih kepimpinan Pakatan Harapan. Ditolak 22 bulan dari 31 bulan, bakinya hanyalah 9 bulan! Hingga sekarang, Anwar hanya memimpin PH 9 bulan!
Dan selama 22 bulan sebelum itu, Anwar tiada apa jawatan dan kepentingan pun dalam kerajaan. Hanya kerana sekali kegagalan menolak Bajet, dalam tempoh 9 bulan sahaja Anwar memimpin PH, kamu semua meroyan bagai tidak sedar diri, kenyataan demi kenyataan dikeluarkan.
Apa yang kamu semua tidak sabar dan kejarkan? Kedudukan? Kuasa? Itu sahaja? Bagi saya (dan saya yakin ini juga pendapat majoriti pendokong reformasi), tidak ada gunanya kedudukan dan kuasa itu bila sudah terbukti bahawa selama 22 bulan di bawah telunjuk orang tua itu, agenda reformasi teras yang menjadi perjuangan kami puluhan tahun gagal dilaksanakan

Hanya kerana Bajet 2021 lulus, kamu mula bercakap soal "political reset" pembangkang, anjakan baharu perserikatan pembangkang, "grand coalition" melangkaui PH, PH Plus (2).
Semua idea ini secara jelas mempertikaikan kerangka kepimpinan atasan Pakatan Harapan sedia ada, dengan kata lain, kepimpinan Anwar Ibrahim, yang hanya berumur 9 bulan! Ya saya akui, wujud peluang untuk mengambil-alih semula kerajaan dengan kembali bergabung bersama blok Mahathir. Tetapi seperti yang saya soal tadi, apakah hanya itu kehendak kamu? Pada kuasa dan kedudukan? Sedang kami para pendokong reformasi sudah lama melupa dan melupus kehendak peribadi kami, yang ada hanyalah kehendak perjuangan.
Tiada gunanya kuasa dan kedudukan sama ada ketika 22 bulan PH memerintah, sekarang di bawah Perikatan Nasional atau akan datang dalam impian kamu bersama "grand coalition" jika sampai ke situ pun kita masih diikat dengan dogma lama, orde lama tinggalan 61 tahun pemerintahan Perikatan/Barisan Nasional dahulunya.
20/21 tahun kami menggerakkan perjuangan reformasi adalah untuk merobah tatacara dan tatakelola kerajaan supaya akhirnya kami dapat menutup ketirisan sistem yang selama ini memungkinkan berlakunya salah urus dan salah guna kuasa, korupsi, rasuah serta kezaliman.
Kamu kata pemimpin-pemimpin Umno yang memperdaya Anwar itu sebagai oportunis kuasa, jangan sampai kamu lupa bertanya diri sendiri akan hal yang sama juga. Mahathir pula bagaimana? Apakah kerana dia duduk di kerusi pembangkang, sebahagian dari 108, maka dia sudah menjadi mulia?
Tela'ahlah setiap tutur-katanya, di samping rungutan dan komplennya terhadap Muhyiddin, Najib, Zahid atau Perikatan Nasional, akhir katanya, akhir kalamnya hanya ada dua perkara, pertama dia mahu menjadi Perdana Menteri lagi, kedua dia tidak mahu Anwar menjadi PM, itu sahaja perjuangannya sekarang. Itu bukan "reform," itu kesombongan diri dan dendam peribadi

Kenapa kamu tiba-tiba menjadi tidak sabar, Anwar seperti saya kata baharu memimpin Pakatan Harapan 9 bulan. Hanya kerana dia tidak berjaya mendapatkan sokongan dari beberapa kerat Ahli Parlimen Umno, kamu katakan dia asyik terkejar bayang-bayang.
Dia sudah berusaha, tetapi dia terus-terusan ditahan, di simpang itu, di simpang ini, menggunakan autoriti-autoriti tertentu supaya usahanya itu terdedah kepada kepanjangan masa yang sengaja dicipta bagi memberi ruang kepada musuhnya membuat serangan dan tawaran balas

Apakah kamu sudah dibutakan mata dari melihat ini semua? Sungguh kamu orang yang tidak mengenang budi, sama perangainya dengan anak-anak ikan dalam Angkatan Muda Keadilan baru-baru ini.
Dua puluh tahun kamu angkut sosok ini semasa bebasnya merata-rata, kamu cetak wajahnya merata-rata, kamu tulis namanya merata-rata, kamu jaja mata lebamnya merata-rata, kamu usung isteri dan anaknya merata-rata. Sekali dia gagal kamu sudah anggap dia seperti sepah.
Kenapa dahulu kamu tidak pernah menuding jari kepada Mendiang Pengerusi dan Almarhum Mursyidul Am lama kamu menyalahkan mereka kerana gagal membawa kamu ke Putrajaya?
Atau kerana ketika itu kamu belum merasa empuk kerusi kuasa? Hari ini kamu melihat Anwar seperti tebu, tebu yang sudah habis diperah dan digilis, tinggal sepahnya sahaja, habis madu sepah dibuang
Kalau kamu merasa Mahathir boleh menjadi madu baharu kamu, bersama yang lain seperti Shafie Apdal dan Warisannya, boleh membentuk satu "grand coalition" yang memungkinkan pengambil-alihan kerajaan serta merealisasikan mimpi terdesak kamu untuk kembali jadi menteri, jadi timbalan menteri, jadi setiausaha politik, sedang seorang gurkha tua Umno seperti Tengku Razaleigh Hamzah pun gagal ditariknya, maka teruskanlah..

Bagi kami mudah, perjuangan reformasi jalan terus

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜
Zukri Aksah Ketua Komunikasi NasionalGerakan Reformasi 98 - GERAK 98
MR : Sekali sekali cuba pasang teliga (bang dengor) rumah jiran merintih kesedihan




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/beginilah-lim-guan-eng-begitu-juga-mat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don T Waste Time On Ruling Mps Say Mat Sabu Guan Eng In Veiled Jibe At Anwar

Don T Waste Time On Ruling Mps Say Mat Sabu Guan Eng In Veiled Jibe At Anwar

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 365 hits
Two of Pakatan Harapan s top leaders have warned the coalition against placing its trust in MPs from the ruling bloc to gain power in what appears to be a veiled jibe at PKR president Anwar Ibrahim s recent attempts to get Umno MPs to his s...
Mat Sabu Guan Eng Mahu Singkir Anwar Ketuai Blok Pembangkang

Mat Sabu Guan Eng Mahu Singkir Anwar Ketuai Blok Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 234 hits
Berselindung di sebalik gesaan perlunya PH melakukan anjakan politik baharu dengan mengangkat PH Plus sebagai wadah perjuangan blok pembangkang kenyataan bersama Lim Guan Eng bersama Mohamad Sabu kali ini adalah jelas bertujuan untuk menyin...
Guan Eng Dengan Mat Sabu Macam Perli Anwar Ibrahim Jer Ni

Guan Eng Dengan Mat Sabu Macam Perli Anwar Ibrahim Jer Ni

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 285 hits
Baru sedar diri kena game lagi ker Tak habis korang nak angkat anwar ibrahim duk pusing cerita ada sokongan semua Last sekali keciwa Haritu korang angkat atok sekali atok letak jawatan semua terlingkup Daripada PH sibuk duk pancing orang um...
Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng

Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 447 hits
Menurut sumber kenyataan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan tanpa pengerusinya Anwar Ibrahim semakalm dikhabarkan menimbulkan kemarahan presiden PKR itu sehingga menyebabkan mesyuarat gabungan itu yang dijadualkan semalam dibatalkan...
Anwar Batalkan Mesyuarat Ph Selepas Memarahi Pemimpin Di Belakang Kenyataan Mat Sabu Guan Eng

Anwar Batalkan Mesyuarat Ph Selepas Memarahi Pemimpin Di Belakang Kenyataan Mat Sabu Guan Eng

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 328 hits
Kenyataan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan tanpa pengerusinya Anwar Ibrahim menimbulkan kemarahan presiden PKR itu sehingga menyebabkan mesyuarat gabungan itu yang dijadualkan semalam dibatalkan kata sumber kepada MalaysiaNow Keny...
Selepas Kenyataan Bersama Mat Sabu Dan Guan Eng Ph Terus Tangguh Mesyuarat

Selepas Kenyataan Bersama Mat Sabu Dan Guan Eng Ph Terus Tangguh Mesyuarat

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 248 hits
themalaysialife comMesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijadual berlangsung di bangunan parlimen petang ini dibatalkan dan belum ada tarikh baru ditetapkan Hal itu dimaklumkan beberapa ahli parlimen kepada Malaysiakini sebentar t...
Guan Eng Mat Sabu Buat Nwar Panass

Guan Eng Mat Sabu Buat Nwar Panass

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 304 hits
Pengalaman wartawan dengan Anwar Mat Sabu dan Lim Guan Eng perlu dihormati sebagai ketua parti yang berpengaruh berpenyokong bermaruah bukan yang boleh dipermudahkan atau dipandang sebelah mata Dipertikaikan kenyataan Mat Sabu dan Lim Guan ...
Harapan Needs A Political Reset Stop Wasting Time With Pn Guan Eng Mat Sabu

Harapan Needs A Political Reset Stop Wasting Time With Pn Guan Eng Mat Sabu

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 342 hits
Pakatan Harapan is in need of a political reset following the failure to vote down Budget 2021 said DAP secretary general Lim Guan Eng and Amanah president Mohamad Sabu In a joint statement the duo said the budget vote on Tuesday showed tha...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi