Anwar Batalkan Mesyuarat Ph Selepas Memarahi Pemimpin Di Belakang Kenyataan Mat Sabu Guan Eng



(Malaysia Now) – Kenyataan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) tanpa pengerusinya, Anwar Ibrahim menimbulkan kemarahan presiden PKR itu sehingga menyebabkan mesyuarat gabungan itu yang dijadualkan semalam dibatalkan, kata sumber kepada MalaysiaNow.
Kenyataan dikeluarkan Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam dilihat sebagai kritikan keras terhadap Anwar berhubung beberapa pengumuman beliau sudah mendapat cukup sokongan untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Difahamkan, ketua pembangkang itu turut memarahi seorang pemimpin kanan PH kerana “disyaki” menyediakan deraf kenyataan bersama itu.
“Anwar marah pemimpin itu di MP lounge selepas Mat Sabu dan Guan Eng keluarkan kenyataan yang mempersoalkan strategi politiknya untuk bekerjasama dengan ahli-ahli Parlimen Umno bagi menumbangkan Muhyiddin Yassin,” kata kepada MalaysiaNow, merujuk kepada tempat makan khas ahli-ahli Parlimen.

Menurut sumber, Anwar mengatakan kenyataan bersama itu dikeluarkan tanpa berbincang dengan PH terlebih dahulu.
“Disebabkan itu, Anwar batalkan mesyuarat PH,” katanya.
Percubaan MalaysiaNow untuk menghubungi pemimpin kanan PH itu tidak berjaya.
Semalam, Mohamad dan Lim mengatakan PH tidak perlu lagi membuang masa mengharapkan sokongan ahli-ahli Parlimen Umno untuk menumbangkan kerajaan PN.
“Undian Belanjawan pada hari Selasa mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 ahli Parlimen dengan berdasarkan hanya 92 ahli Parlimen PH. Andai kata berdasarkan 108 ahli Parlimen PH Plus betapa kuat laginya,” kata Mohamad dan Lim dalam satu kenyataan semalam.
Mohamad dan Lim juga menggesa PH untuk bekerjasama dengan parti pembangkang di luar gabungan itu, dipercayai merujuk kepada Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad dan Warisan pimpinan bekas ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal.
Satu sumber dari Amanah memberitahu MalaysiaNow, selepas Anwar gagal membuktikan beliau mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan” seperti didakwanya apabila mengadap Yang di Pertuan Agong pada 13 Oktober, ramai pemimpin PH mula mempersoalkan kepimpinannya.
“Yang paling melukakan hati pemimpin PH apabila Anwar senyap-senyap bekerjasama dengan Zahid dan Najib tanpa berbincang dengan pemimpin PH.
“Apabila kami bertanya, Anwar kata dia perlu buat senyap-senyap untuk kembalikan mandat rakyat PH sebagai kerajaan, tengoklah sekarang berjaya ke?” kata sumber itu merujuk kepada kerjasama ahli Parlimen Port Dickson itu dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Najib Razak.
MalaysiaNow pada Oktober mendedahkan Zahid dan Najib menulis surat kepada Istana Negara bagi menyokong Anwar menjadi perdana menteri sekali gus menumbangkan kerajaan PN.
Sehingga kini, Zahid dan Najib tidak pernah menafikan berhubung surat kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dilihat MalaysiaNow itu.
Sebelum itu pada 23 September, Anwar mengumumkan mempunyai sokongan yang “kukuh dan meyakinkan” bagi menumbangkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.
Bagaimanapun ketika mengadap Sultan Abdullah pada 13 Oktober, ahli Parlimen Port Dickson itu gagal membuktikan dakwaan mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menjadi perdana menteri.
Minggu lepas MalaysiaNow menyiarkan sebahagian daripada perbualan pemimpin kanan PKR yang merasa tertipu dan kecewa dengan Anwar.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/18/anwar-batalkan-mesyuarat-ph-selepas-memarahi-pemimpin-di-belakang-kenyataan-mat-sabu-guan-eng/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Kenyataan Bersama Mat Sabu Dan Guan Eng Ph Terus Tangguh Mesyuarat

Selepas Kenyataan Bersama Mat Sabu Dan Guan Eng Ph Terus Tangguh Mesyuarat

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 234 hits
themalaysialife comMesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijadual berlangsung di bangunan parlimen petang ini dibatalkan dan belum ada tarikh baru ditetapkan Hal itu dimaklumkan beberapa ahli parlimen kepada Malaysiakini sebentar t...
Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng

Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 430 hits
Menurut sumber kenyataan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan tanpa pengerusinya Anwar Ibrahim semakalm dikhabarkan menimbulkan kemarahan presiden PKR itu sehingga menyebabkan mesyuarat gabungan itu yang dijadualkan semalam dibatalkan...
Don T Waste Time On Ruling Mps Say Mat Sabu Guan Eng In Veiled Jibe At Anwar

Don T Waste Time On Ruling Mps Say Mat Sabu Guan Eng In Veiled Jibe At Anwar

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 348 hits
Two of Pakatan Harapan s top leaders have warned the coalition against placing its trust in MPs from the ruling bloc to gain power in what appears to be a veiled jibe at PKR president Anwar Ibrahim s recent attempts to get Umno MPs to his s...
Mat Sabu Guan Eng Mahu Singkir Anwar Ketuai Blok Pembangkang

Mat Sabu Guan Eng Mahu Singkir Anwar Ketuai Blok Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 218 hits
Berselindung di sebalik gesaan perlunya PH melakukan anjakan politik baharu dengan mengangkat PH Plus sebagai wadah perjuangan blok pembangkang kenyataan bersama Lim Guan Eng bersama Mohamad Sabu kali ini adalah jelas bertujuan untuk menyin...
Guan Eng Dengan Mat Sabu Macam Perli Anwar Ibrahim Jer Ni

Guan Eng Dengan Mat Sabu Macam Perli Anwar Ibrahim Jer Ni

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 273 hits
Baru sedar diri kena game lagi ker Tak habis korang nak angkat anwar ibrahim duk pusing cerita ada sokongan semua Last sekali keciwa Haritu korang angkat atok sekali atok letak jawatan semua terlingkup Daripada PH sibuk duk pancing orang um...
Mahathir Nak Jumpa Anwar Tapi Dia Tak Nak Yang Kena Balik Mat Sabu Pemimpin Amanah

Mahathir Nak Jumpa Anwar Tapi Dia Tak Nak Yang Kena Balik Mat Sabu Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 277 hits
Selepas sembilan bulan Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan Amanah dan DAP kini dilihat sudah mula hilang sabar Menurut seorang pemimpin kanan parti Amanah ini selepas tiada sebarang kemajuan yang dilakukan PH...
Ph Hanya Diperalatkan Pembangkang Perlu Anjakan Kata Guan Eng Mat Sabu

Ph Hanya Diperalatkan Pembangkang Perlu Anjakan Kata Guan Eng Mat Sabu

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 341 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa Pakatan Harapan berhenti membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan Perikatan Nasional oportunis yang memperalatkan mereka Dua pemimpin ...
Guan Eng Mat Sabu Buat Nwar Panass

Guan Eng Mat Sabu Buat Nwar Panass

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 283 hits
Pengalaman wartawan dengan Anwar Mat Sabu dan Lim Guan Eng perlu dihormati sebagai ketua parti yang berpengaruh berpenyokong bermaruah bukan yang boleh dipermudahkan atau dipandang sebelah mata Dipertikaikan kenyataan Mat Sabu dan Lim Guan ...
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Warga Emas Skim Pelaburan Emas Palsu Elak Jadi Mangsa

Pengundi Dun Mahkota Pilih Wakil Rakyat Hari Ini

Resepi Ikan Singgang

Mahkota Poll A Test For Dap To Ensure Chinese Voters Back Bn

Saturday Jokes 231

Lirik Lagu Adiwira Firdaus Rahmat Faizal Tahir


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Gejala Kekurangan Vitamin D

Selalulah Istighfar Walau Apa Keadaanmu

Hariz Danial Materialistik Chord

Murshid Nazri Angan Chord

Makanan Sedap Di Penang Dari Nasi Kandar Ke Cendol Semua Ada

Rasmi Hizbulloh Umum Hassan Nasrullah Pergi Menghadap Ilahi Al Fatihah