Berilah Lebih Banyak Kail Dan Ikan Dalam Belanjawan 2021


Zaini Othman  PENULIS merupakan antara jutaan rakyat Malaysia yang amat teruja ketika ingin melangkah masuk ke tahun 2020. Sejak dari kecil sudah didendangkan dengan Wawasan 2020 dan pastinya pada tahun yang sekian lama dinantikan diharapkan dapat melihat pelbagai ‘impian hebat’ Malaysia akan menjelma di depan mata. Memetik ungkapan Nordin Ahmad dalam salah satu filem lakonannya ‘ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari’, itulah yang penulis boleh simpulkan kepada realiti sebenar ditempuh rakyat dan negara pada tahun 2020. Malaysia tidak terkecuali dari dibadai pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan kisah selebihnya kita semua sedia ketahui apa yang telah dan sedang negara ini lalui. Pelbagai pihak terkesan dengan impaknya kerana ia menjejaskan sektor ekonomi negara dalam skala yang besar. Perniagaan gulung tikar, pekerja diberhentikan dan gaji dipotong antara kisah keluh-kesah rakyat pasca Covid-19 yang semakin terhimpit hidup mereka kerana kehilangan punca pendapatan.
Mengambil data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sehingga 28 Oktober lalu, seramai 90,470 orang telah hilang pekerjaan pada tahun ini berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO. Beberapa hari lalu juga, syarikat penerbangan Malindo Air menjadi bualan netizen apabila menyaksikan krew syarikat penerbangan tersebut saling mengucapkan selamat tinggal di sosial media sebagai tanda telah tamat perkhidmatan secara rasmi. Dilaporan di media, sekitar 2,200 kakitangan Malindo Air ditamatkan perkhidmatan bagi mengecilkan kos operasi syarikat berkenaan dan langkah yang sama sebenarnya turut dilaksanakan oleh pelbagai lagi syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang menerima tempias buruk akibat Covid-19.
Atas sebab itu, Belanjawan 2021 ini amat dinantikan oleh rakyat Malaysia, penganalisis dan pemerhati ekonomi dan semestinya juga para pelabur untuk melihat ‘bekal’ yang disediakan negara untuk mengharungi tahun hadapan yang pastinya lebih mencabar. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz menyatakan lebih 6,600 cadangan berkaitan Belanjawan 2021 telah diterima oleh kementeriannya sehingga 2 November sejak konsultasi diadakan bermula Julai lalu. Cadangan yang diterima adalah hasil sesi konsultasi belanjawan bersama parti politik, wakil perniagaan, individu dan laman sesawang Belanjawan 2021 sendiri.
“Secara amnya, cadangan tertumpu kepada sokongan dan bantuan yang diperlukan untuk mengatasi kesan-kesan Covid-19 menjelang tahun 2021. Antara sektor dengan cadangan tertinggi, termasuklah kesihatan, sokongan pekerjaan, pendidikan dan industri Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS). Kementerian sedang memperhalusi kesemua cadangan untuk disertakan dalam Belanjawan 2021 yang bakal diumumkan pada Jumaat, 6 November ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. 
Rakyat mengharapkan belanjawan yang akan dibentangkan nanti sebuah belanjawan yang inklusif, komprehensif dan paling utama dapat membantu meringankan bebanan kewangan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Memainkan sentimen memberi kail atau ikan tidak lagi sesuai dalam keadaan semasa kerana waktu ini rakyat memerlukan kedua-duanya. Falsafah kail dan ikan selalu dijadikan bahan hujahan bagi menjustifikasikan alasan untuk menjadikan rakyat lebih berjaya, berdaya saing, mandiri dan tidak lagi bergantung kepada orang lain, mereka seharusnya diberikan kail bukannya lagi ikan oleh pemerintah (kerajaan). 
Tetapi hanya dengan sebatang kail ditangan tanpa adanya ilmu memancing misalnya pengetahuan mengenai ikan, mengenal jenis umpan yang sesuai, di mana lubuk ikan berada atau jenis mata kail dan tali pancing yang boleh digunakan, akhirnya menatijahkan kail di tangan hanyalah sia-sia. Atas sebab itu, kail harus diberi bersama dengan pakej pengetahuan bagi memastikan si penerima dapat mempelajari proses menjadi pemancing yang baik. Kelak ikan yang dipancing bukan sahaja untuk mengisi perutnya sekeluarga,tetapi boleh menjadi sumber pendapatan seperti dijadikan ikan pekasam untuk dijual.
Menjadi pemancing yang baik memerlukan sedikit masa, justeru sepanjang proses itu dia perlu terus dibantu dengan diberikan ‘ikan’ oleh kerajaan. Begitulah keadaannya yang diharapkan rakyat dalam Belanjawan 2021 ini, sudah semestinya pelbagai inisiatif dan insentif disediakan untuk rakyat menjana pendapatan, tetapi sebelum hasilnya dapat dituai, pemberian bantuan kewangan amat diharapkan.
Sama ada bantuan tunai yang diberikan nanti datangnya dari kocek kerajaan sendiri seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), pihak bank melanjutkan tempoh moratorium secara automatik atau rakyat diberikan lampu hijau untuk mengeluarkan sedikit duit tabungan mereka dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), percayalah semua bentuk bantuan kewangan seumpama ini amat diharapkan oleh rakyat untuk diumumkan oleh Menteri Kewangan pada Jumaat nanti. 
Melalui pengamatan penulisa, kerajaan sudah berusaha sehabis baik sebelum ini melalui pelan rangsangan ekonomi PRIHATIN, PRIHATIN PKS+, PENJANA dan KITA PRIHATIN bermula Mac lalu. Apa yang pasti, Belanjawan 2021 adalah kesinambungan pencapaian kepada pakej-pakej tersebut yang bermatlamatkan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. Moga rakyat tersenyum gembira petang Jumaat nanti.
 (*)  Zaini Othman, Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik USIM serta Exco Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/berilah-lebih-banyak-kail-dan-ikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 460 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan Tiada Wow Sabah Patut Dapat Lebih Banyak

Belanjawan Tiada Wow Sabah Patut Dapat Lebih Banyak

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 301 hits
KOTA KINABALU Pakar ekonomi berpendapat Sabah sepatutnya mendapat peruntukan lebih banyak daripada RM5 1 bilion diumumkan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini Fi...
Belanjawan 2021 Lebih 2 Bilion Dana Disalurkan Untuk Pelbagai Inisiatif Lestari

Belanjawan 2021 Lebih 2 Bilion Dana Disalurkan Untuk Pelbagai Inisiatif Lestari

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 321 hits
Pelbagai inisiatif baru diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi Menarik sekali tumpuan yang besar turut diberikan ke arah pembangunan lestari negara Dana terbesar sebanyak 2 bilion diperuntukkan untuk Green Technology Fi...
Belanja Lebih Untuk Pulih Lebih Pantas Kata Panel Forum Belanjawan 2021

Belanja Lebih Untuk Pulih Lebih Pantas Kata Panel Forum Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 254 hits
Belanja lebih untuk pulih lebih pantas kata panel forum Belanjawan 2021 Dikemas kini 21 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 N
Lebih 6 000 Cadangan Diterima Daripada Sesi Konsultasi Belanjawan 2021 Kata Tengku Zafrul

Lebih 6 000 Cadangan Diterima Daripada Sesi Konsultasi Belanjawan 2021 Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Lebih 6 600 cadangan diterima daripada sesi konsultasi Belanjawan 2021 bersama parti politik dan juga melalui lawan sesawang Belanjawan 2021 sehingga 2 November kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata ini ...
Kerajaan Terima Lebih 6 000 Cadangan Belanjawan 2021

Kerajaan Terima Lebih 6 000 Cadangan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR 2 NOV Lebih 6 600 cadangan telah diterima daripada sesi konsultasi Belanjawan 2021 bersama parti politik dan juga melalui lawan sesawang Belanjawan 2021 sehingga 2 November kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku ...
Lebih Baik Bagi Kail Dari Bagi Ikan

Lebih Baik Bagi Kail Dari Bagi Ikan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 189 hits
Jika trend lama juga diulangtayang golongan tidak berkemampuan tetap tiada perubahan dan hanya menunggu mesin ATM bila bantuan dihulur MP patut debat soal ini kerana yang diperlukan ialah dana untuk perniagaan kecil kecilan kerana itu kemam...
Ini Contoh Komen Belanjawan 2021 Daripada Tukang Fitnah Dan Geng Perosak Muafakat Nasional

Ini Contoh Komen Belanjawan 2021 Daripada Tukang Fitnah Dan Geng Perosak Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 313 hits
Pertanda atau pertunjuk ekonomi negara akan perlingkup di zaman Muhyiddin Yasin berdasarkan nasihat Profesor Ungku Abd Aziz Abd Hamid mantan Naib Chanselor Universiti Malaya seorang pakar Ekonomi 2 Jika kamu ada satu ringgit kamu belanja 70...
Anwar Kritik Lagi Belanjawan 2021 Katanya Pula Belanjawan Ini Tiada Gambaran Cara Pulih Ekonomi

Anwar Kritik Lagi Belanjawan 2021 Katanya Pula Belanjawan Ini Tiada Gambaran Cara Pulih Ekonomi

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 323 hits
Kelemahan paling ketara dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan petang tadi adalah tidak memberi gambaran tentang bagaimana untuk memacu pertumbuhan ekonomi menurut Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim Anwar berkata demikian dalam reaksi segera ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator