Belanjawan 2021 Penentuan Nasib Rakyat Dan Muhyiddin



SEJAK kelmarin, Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-59 menjadi tumpuan utama seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia sendiri.
Lebih-lebih lagi pada saat AS berdepan krisis ekonomi dan kesihatan terburuk dalam sejarah susulan ancaman pandemik Covid-19, kedudukan penyandang Presidennya, Donald Trump boleh diibaratkan seperti ‘telur di hujung tanduk’ dek dakwaan beliau gagal ‘mengawal’ keadaan di negara itu.
Di Malaysia, keadaan politik tidak jauh beza dengan AS.
Bermula dengan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen ‘meyakinkan’ untuk menubuhkan kerajaan baharu pada 13 Oktober lalu.
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula terus menunjukkan tanda-tanda pergolakan dan tidak kukuh sehingga kini.
Ditambah dengan keputusan parti sekutu, UMNO yang mempertimbangkan keputusan menarik sokongan kepada kerajaan PN sebelum ini, ramai menjangkakan kerajaan Muhyiddin akan tumbang sebelum pembentangan Belanjawan 2021 dilaksanakan.
Seperti nasib Trump, keadaan kerajaan Muhyiddin juga diklasifikasikan sebagai ‘tenat’ oleh sebilangan pemerhati politik, lebih-lebih lagi setelah usaha beliau untuk memohon perkenan proklamasi darurat daripada Yang di-Pertuan Agong ditolak.
Meskipun UMNO akhirnya melaksanakan gencatan politik dan berikrar terus menyokong kerajaan PN demi menjunjung titah Seri Paduka Baginda yang meminta semua pihak berhenti ‘berpolitiking’, kebimbangan usul Belanjawan 2021 tidak diluluskan masih tinggi.
Justeru, tidak keterlaluan penulis menjangkakan usul pembentangan Belanjawan 2021 pada hari ini bakal diikuti 32.7 juta rakyat Malaysia dengan penuh harapan, debaran dan kecurigaan.
Penuh harapan kerana rakyat mendambakan intipati Belanjawan 2021 merangkumi pelbagai aspek keperluan mereka seperti mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, memberi suntikan besar dalam menjana ekonomi domestik dan menyalur bantuan bersesuaian untuk menyejahterakan rakyat.
Penuh debaran dan kecurigaan pula kerana majoriti rakyat bimbang ahli-ahli Parlimen termasuk pemimpin blok kerajaan masih lagi berpolitik sehingga menyebabkan intipati belanjawan bermotifkan habuan politik atau senario lebih buruk, usul tidak diluluskan.
Pada masa sama, usul Belanjawan 2021 yang julung kali bakal dibentang kerajaan PN juga semakin tersepit dengan situasi negara dibebani dengan jumlah hutang agak besar.
“Situasi itu bertambah buruk dengan kedudukan kerajaan sedia ada yang tidak stabil, menyebabkan ada kemungkinan intipati belanjawan dibentangkan akhirnya menjurus usaha kerajaan untuk terus kekal berkuasa berbanding memfokuskan kebajikan rakyat,” kata penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.
Ahmad Atory Hussain Walaupun terdapat kemungkinan besar usul belanjawan akhirnya diluluskan, kerajaan PN masih berdepan pelbagai rintangan kerana ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) secara konsensus mengemukakan syarat tertentu sebelum menyokong usul terbabit.
“Syaratnya termasuklah memberikan peruntukan sama rata kepada ahli Parlimen pembangkang demi pembangunan rakyat di kawasan mereka kerana adalah tidak demokratik menghukum rakyat hanya kerana berbeza ideologi politik.
“UMNO pula dilihat berbelah bahagi dalam menyokong usul belanjawan dibentangkan Muhyiddin kerana beliau difahamkan masih enggan memenuhi beberapa tuntutan penting parti itu.
“Arahan kepimpinan tertinggi UMNO untuk menyokong usul belanjawan tidak semestinya bakal diikuti semua ahli Parlimen parti itu. Mungkin juga ada yang tidak hadir dengan pelbagai alasan untuk menggagalkan usul berkenaan,” kata penganalisis politik daripada Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar sewaktu dihubungi meluahkan keyakinan usul Belanjawan 2021 yang bakal dibentang akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.
Kamaruddin Jaafar “Mungkin ada parti pembangkang yang tolak (usul Belanjawan 2021), tetapi (tidak mustahil) ada juga yang akan sokong. Oleh itu saya percaya belanjawan akan diluluskan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, usul Belanjawan 2021 kali ini sangat penting kerana ia menunjukkan komitmen jelas kerajaan PN dan 221 ahli Parlimen sendiri (satu lagi kerusi Parlimen Batu Sapi dikosongkan) dalam membuktikan kebajikan rakyat diutamakan sewaktu berhadapan cabaran krisis kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19.
“Saya yakin kerajaan akan membuat keputusan-keputusan berani dalam Belanjawan 2021 demi kepentingan rakyat.
“Antara keputusan berani itu termasuklah persediaan menjadikan belanjawan defisit demi memastikan rakyat dapat menerima manfaat lebih selain agenda meneruskan projek-projek pembangunan berimpak tinggi demi mencetuskan kembali ekonomi domestik,” katanya.
Dalam pada itu, bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui terdapat perbincangan diadakan antara blok ahli Parlimen PH dengan kerajaan PN untuk mencari jalan penyelesaian terbaik memastikan usul Belanjawan 2021 dapat diluluskan.
“Ada beberapa perkara disarankan PH untuk dimasukkan dalam usul Belanjawan 2021 iaitu peruntukan vaksin Covid-19 dan perbelanjaan tambahan untuk Kementerian Kesihatan (KKM).
“Selain itu, kami turut mencadangkan kerajaan memberi bantuan pekerjaan kepada rakyat yang hilang pekerjaan sewaktu pandemik Covid-19, moratorium pinjaman bank dilanjutkan, pemberian bantuan kewangan tambahan kepada golongan B40 dan mempertingkatkan jaringan infrastruktur capaian internet di seluruh negara,” katanya kepada Sinar Harian.
Lee Boon Chye Di sebalik sesi perbincangan diadakan dengan wakil kerajaan PN, Boon Chye bagaimanapun agak terkilan apabila Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sehingga kini masih belum memberikan maklum balas terhadap senarai cadangan dikemukakan ahli Parlimen PH itu.
“Berikutan itu, semua ahli Parlimen PH terpaksa menunggu sesi pembentangan Belanjawan 2021 esok (hari ini) bagi mengenal pasti sama ada intipatinya benar-benar memenuhi keperluan rakyat termasuk rakyat kawasan kami atau tidak.
“Sekiranya inti patinya tidak bersifat adil, kami pastinya tidak akan menyokong usul belanjawan berkenaan. Untuk itu, kami turut bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk berdepan pilihan raya mengejut sekiranya usul itu tidak lulus,” katanya.
Boon Chye turut menolak dakwaan kononnya blok ahli Parlimen PH menyertakan tuntutan pemberian peruntukan ahli Parlimen dianggarkan berjumlah keseluruhan RM300 juta untuk dipenuhi kerajaan PN sebagai syarat menyokong usul Belanjawan 2021 diluluskan.
INFO: BELANJAWAN MALAYSIA DALAM TEMPOH LIMA TAHUN
Belanjawan 2016
Peruntukan: RM267.2 bilion
Belanjawan 2017
Peruntukan: RM260.8 bilion
Belanjawan 2018
Peruntukan: RM280.25 bilion
Belanjawan 2019
Peruntukan: RM314.5 bilion
Belanjawan 2020
Peruntukan: RM297 bilion
The post Belanjawan 2021: Penentuan nasib rakyat dan Muhyiddin appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/06/belanjawan-2021-penentuan-nasib-rakyat-dan-muhyiddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 460 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan Selangor 2021 Realiti Hidup Rakyat Bersama Covid 19

Belanjawan Selangor 2021 Realiti Hidup Rakyat Bersama Covid 19

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 331 hits
SHAH ALAM 3 NOV Belanjawan Selangor 2021 dibentangkan Jumaat lalu bertepatan realiti baharu kehidupan didepani rakyat dalam suasana pandemik Covid 19 Dato Menteri Besar berkata susulan itu pengalaman tiga bulan dikenakan Perintah Kawalan Pe...
Belanjawan 2021 Bantuan One Off Tak Bantu Selesai Masalah Rakyat

Belanjawan 2021 Bantuan One Off Tak Bantu Selesai Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 297 hits
BANGI 21 Rabiulawal 1442H Sabtu Walaupun Belanjawan 2021 berfokus kepada rakyat namun terdapat beberapa kelompongan yang perlu dipertimbang semula oleh kerajaan sebelum ia diluluskan Ini kerana pendekatan kerajaan melalui belanjawan tahun h...
Belanjawan 2021 Rakyat Sabah Menderita Tidak Boleh Tunggu Tahun Hadapan Najib

Belanjawan 2021 Rakyat Sabah Menderita Tidak Boleh Tunggu Tahun Hadapan Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 498 hits
Najib berkata Sabah perlu diberi perhatian khusus kerana catat kadar kemiskinan tertinggi dan kadar pertumbuhan terendah dalam Malaysia Belanjawan 2021 Rakyat Sabah menderita tidak boleh tunggu tahun hadapan Najib Bekas Perdana Menteri Datu...
Belanjawan 2021 Harus Fokus Untuk Memenuhi Keperluan Ekonomi Rakyat Malaysia Jauhi Agenda Politik Ph

Belanjawan 2021 Harus Fokus Untuk Memenuhi Keperluan Ekonomi Rakyat Malaysia Jauhi Agenda Politik Ph

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 362 hits
Pakatan Harapan telah selesai mengadakan pertemuan pertama dengan Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk membincangkan Belanjawan 2021 Pakatan Harapan memandang belanjawan tahunan negara sebagai tugas uta...
Muhyiddin Tak Perlu Bimbang Akan Sokongan Barisan Nasional Terhadap Belanjawan 2021

Muhyiddin Tak Perlu Bimbang Akan Sokongan Barisan Nasional Terhadap Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu bimbang dengan sokongan Barisan Nasional terhadap Belanjawan 2021 kata anggota Majlis Tertinggi UMMO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata BN...
Belanjawan 2021 Kawal Covid19 Elak Menular Muhyiddin Yassin

Belanjawan 2021 Kawal Covid19 Elak Menular Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 266 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kerajaan akan menumpukan usaha memerangi habis habisan pandemik Covid 19 dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November depan Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan yan...
Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Hidup Rakyat

Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 263 hits
November 10 2020DEWAN Muslimat PAS Malaysia ingin turut sama sama mengetengahkan tema Teguh Kita Menang Bersama yang digunakan dalam Rang Undang Undang Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 Ia menegaskan kebersamaan rakyat dan kerajaan dalam...
Belanjawan 2021 Amat Penting Kepada Rakyat Agong

Belanjawan 2021 Amat Penting Kepada Rakyat Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR 25 OKT Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang adalah amat penting kepada rakyat Menurut bagind...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities