Beauty Of Togetherness Di Dolly Dim Sum Sempena Tahun Baru Cina
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekaian. Tahun Baru Cina yang akan tiba tak lama lagi sama-sama kita meraikan "Beauty of Togetherness". Dalam kehidupan moden dengan jadual yang sibuk, tiada apa yang membawa kita lebih banyak kegembiraan daripada masa bersama kawan-kawan dan keluarga untuk makanan yang lazat
Kali ni apa kata kalau korang sambut Tahun Baru Cina dengan makan sedap di semua cawangan Dolly Dimsum berhampiran anda. Tahun ini dengan lampu merah (merah melambangkan nasib dan kemakmuran), dan untuk merayakan perayaan yang paling lazat Dolly Dimsum membawakan HAPPINESS SET
Bermula dari 22 Jan hingga 19 Feb, menu perayaan khas ini korang boleh dapati di semua cawangan kedai Dolly Dim Sum. Set menu makan malam juga akan disediakan supaya anda dapat memastikan tetamu atau kawan anda tidak perlu risau tentang apa yang hendak dipesan! Happiness set ini bermula dari RM60++ per pax dan untuk 6 orang satu kumpulan dinning.
Kalau tahun baru cina tak ada Yee Sang tak sah dan dalam set ini akan ada sekali Luna Yu Sang dimana tahun ini kebanyakan Yee Sang akan ada sekali dengan kulit Ikan Rengup dan juga homemade plum sauce. Menurut kepercayaan orang cina makin tinggi kita menggaul Yee Sang ni makin cepat hasrat baik tertunai.
Kemudian dalam set ini juga korang akan dapat beberapa menu menarik seperti Har Gao Dumpling, Spicy Szechuan Dumpling, Sweet and Sour Beancurd Skin Roll, Yam Croquette, Golden Chicken Nugget, Prawn Cheong Fun, Stir-Fried Australian Asparagus dan Salted Fish Fried Rice. Juga ada beberapa dessert yang enak seperti Lucky Carrots dan juga minuman special untuk tahun baru ini iaitu Lunar Blossom
Sebagai tanda penghargaan kepada anda pelanggan setia Dolly Dimsum, bermula dari 4 hingga 7 Feb 2019, setiap perbelanjaan dalam satu resit RM200 anda layak untuk menerima sebotol Homemade Dolly Pineapple Tarts. Stok sangat terhad setiap hari jadi jangan ketinggalan untuk mencubanya. Maha dah pergi makan kat cawangan terbaru mereka iaitu di Sunway Pyramid dan sangat cantik restoran tu
Tempahan atau pertanyaan umum, sila hubungi nombor cawangan masing-masing yang disenaraikan di bawah atau e-mel
[email protected] untuk pertanyaan pertanyaan
Cawangan Restoran Dolly Dimsum :-Avenue-K 03-2181-3830IOI City Mall 012-2642-018 NU Sentral 03-2273-1450 Pavilion Elite 03-2110-5019 Sunway Putra 011-1040-5617 Sunway Pyramid 012-201-8161
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/01/beauty-of-togetherness-di-dolly-dim-sum.html