Bayi Kuning Ketahui Punca Dan Cara Rawatan Yang Betul



Bayi kuning atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai jaundis adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi kelihatan kuning serta menjadi kebimbangan kepada ibu bapa.
Penyakit kuning ini biasanya lebih mudah berlaku dalam kalangan bayi yang lahir pramatang iaitu sebanyak 80 peratus dan 60 peratus berlaku kepada bayi yang lahir matang.
Menurut Pensyarah dan Pakar Genetik, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Surini Yusoff, penyakit bayi kuning terbahagi kepada dua jenis iaitu ‘physiologic jaundice’ dan ‘pathologic jaundice’.
“Physiologic jaundice adalah keadaan bayi yang kelihatan kuning, biasanya berlaku ke atas bayi berumur tiga hari dan akan berakhir dalam hari yang ke tujuh selepas dilahirkan dan ia tidak membahayakan serta akan sembuh tanpa memerlukan rawatan.
“Pathologic jaundice pula adalah keadaan kuning pada kulit bayi yang dapat dilihat seawal hari pertama dilahirkan dan keadaan ini lebih merbahaya serta memerlukan rawatan segera”, ujarnya dalam sesi temubual bersama radio tempatan baru-baru ini.
Surini berkata, penyakit kuning biasanya berlaku apabila organ dalaman bayi seperti hati belum cukup matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna selepas dilahirkan.
“Di dalam hati bayi terdapat sejenis bahan yang dinamakan bilirubin yang berwarna kuning, terbentuk daripada pemecahan sel-sel darah merah di dalam badan dan apabila semakin banyak sel darah merah pecah molekul bilirubin akan bertambah.

“Apabila paras bilirubin tinggi di dalam darah ia akan meninggalkan kesan seperti kerosakan kekal pada sel otak dan akan menyebabkan kerencatan serta perkembangan bayi akan menjadi tidak normal, bayi akan mengalami masalah pendengaran, kekejangan otot serta boleh membawa maut”, ujarnya lagi.
Tambah Surini, antara faktor yang menyebabkan bayi kuning ialah bayi mengalami masalah kekurangan enzim G6PD, masalah darah merah yang mudah pecah, kurang menyusu dan jenis darah berlainan di antara ibu dan anak.
“Rawatan yang selalu dilakukan adalah dengan menggunakan fototerapi iaitu meletakkan bayi di bawah cahaya biru yang berfungsi untuk menukarkan bilirubin berwarna kuning ke dalam keadaan yang lebih mudah larut untuk memudahkannya dikeluarkan melalui air kencing dan najis.
“Susu ibu perlulah diberi secara kerap kepada bayi untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan agar paras bilirubin dapat dikurangkan dengan lebih cepat”, jelas Surini.
Surini turut menasihati ibu bapa supaya cepat bertindak sekiranya melihat tanda-tanda membimbangkan berlaku pada bayi mereka yang mendapat jaundis.
“Rawatan awal boleh menyelamatkan anak daripada mendapat kesan jangka panjang penyakit ini.
“Kebanyakan ibu bapa menjemur bayi mereka di bawah sinaran matahari apabila bayi kelihatan kuning, namun sinaran matahari tidak boleh mengurangkan kuning pada anak sebaliknya boleh mengakibatkan bayi menjadi kering”, ujarnya lagi.
 
Sumber: www.kk.usm.my
The post Bayi Kuning: Ketahui Punca dan Cara Rawatan yang Betul appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/bayi-kuning-ketahui-punca-dan-cara-rawatan-yang-betul/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Bayi Kuning

Punca Bayi Kuning

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 515 hits
PUNCA KEKUNINGAN YANG NORMAL PADA BAYIBilirubin yang berlebihan adalah punca utama penyakit kuning Bilirubin ini berasal dari sel sel darah merah bayi yang pecah semasa bayi dilahirkan Ia adalah proses normal kerana semasa dalam rahem bayi ...
Kembung Perut Bayi Tak Selesa Menangis Tak Kira Masa Ketahui Punca Cara Redakan

Kembung Perut Bayi Tak Selesa Menangis Tak Kira Masa Ketahui Punca Cara Redakan

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 620 hits
Bayi kembung perut sering kali terjadi Bayi secara tiba tiba tidak berhenti menangis walaupun sudah diberikan susu Ini adalah antara ciri bayi mengalami masalah kembung perut atau turut dikenali sebagai kolik Ketahui apa itu kolik bagaimana...
Ada Bayi Beringat Pakai Aircond Aircond Dalam Rumah Kereta Punca Anak Sakit

Ada Bayi Beringat Pakai Aircond Aircond Dalam Rumah Kereta Punca Anak Sakit

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 540 hits
Penggunaan pendingin hawa atau aircond tak boleh dielakkan terutamanya ketika dalam kenderaan atau di rumah Tambahan lagi suhu persekitaran yang panas memang tidak boleh dielakkan Tapi bagi mama papa yang mempunyai anak kecil khususnya yang...
Cara Mudah Untuk Dapatkan Waktu Tidur Lebih Lama Untuk Pasangan Yang Mempunyai Bayi

Cara Mudah Untuk Dapatkan Waktu Tidur Lebih Lama Untuk Pasangan Yang Mempunyai Bayi

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 491 hits
Tahniah jika anda baru menyambut kehadiran cahaya mata yang dinanti nantikan dalam keluarga Kehadiran si comel pasti menceriakan lagi hubungan suami isteri yang sentiasa diwarnai dengan keletah keletahnya yang manja dan mencuit hati Cara Mu...
Info Lengkap Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya

Info Lengkap Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 642 hits
Info Lengkap Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya Hari ni daku nak kongsikan info tentang blogging berdasarkan apa yang ku tahu Nak kata daku ni tahap sifu memang jauh panggang dari api cuma apa yang bakal ku...
Info Punca Dan Cara Mudah Rawat Bibir Kering

Info Punca Dan Cara Mudah Rawat Bibir Kering

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 550 hits
Kenapa Kulit Bibir Mudah Menjadi Kering Bibir tidak seperti kulit dimana ia tidak memiliki kelenjar minyak Oleh sebab itulah bibir sangat mudah kering Jika dibiarkan ia akan menjadi lebih parah dan menjadi pecah pecah dan luka Baca Antara p...
Cara Yang Betul Memasak Tauhu Telur Supaya Tidak Hancur

Cara Yang Betul Memasak Tauhu Telur Supaya Tidak Hancur

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 454 hits
Tauhu telur juga di kenali sebagai tauhu jepun ataupun tofu telur memiliki tekstur yang lembik dan lembut Berbeza dengan tauhu biasa rasa tauhu telur pun tidak terlalu masam dan tidak keras Teksturnya yang lembut kadang kala menjadikan tauh...
Panduan Taharah Memahami Jenis Najis Cara Istinjak Yang Betul

Panduan Taharah Memahami Jenis Najis Cara Istinjak Yang Betul

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 1296 hits
Apakah jenis najis dalam Islam Bagaimana pula cara yang betul menyucikan najis najis tersebut Artikel ini akan membicarakan secara lengkap mengenai soal taharah Panduan ini merangkumi beberapa perkara seperti Perbezaan setiap jenis najis ca...
Cara Dapatkan Kerja Data Entry Ini Cara Betul Memohon Kerja Data Entry Dan Elak Kena Tipu

Cara Dapatkan Kerja Data Entry Ini Cara Betul Memohon Kerja Data Entry Dan Elak Kena Tipu

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 714 hits
Bila sebut tentang kerja data entry apakah bentuk pekerjaan yang bermain di fikiran anda Ada orang yang membayangkan kerja data entry ni kerja senang Senang nak buat duit Cuma perlu key in data rujuk data dari sumber A kemudian key in semul...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Retaining Top Talent For Businesses

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Ahli Parlimen Machang Sedar Diri Dia Mulut Busuk Mulut Longkang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Anwar S Tribute Pre Election Relief Or Long Term Reform

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country

Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Konsert Dia Misha Omar 2025

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat