Cara Dapatkan Kerja Data Entry Ini Cara Betul Memohon Kerja Data Entry Dan Elak Kena Tipu


Bila sebut tentang kerja data entry, apakah bentuk pekerjaan yang bermain di fikiran anda?

Ada orang yang membayangkan kerja data entry ni kerja senang. Senang nak buat duit. Cuma perlu key in data, rujuk data dari sumber A kemudian key in semula data tersebut dalam bentuk yang dikehendaki oleh majikan.
 
Secara ringkasnya, memang betul itulah dia kerja data entry. Anda akan bermain dengan data, dan menguruskan data tersebut, susun dalam bentuk yang boleh difahami.
 
Kerjanya tidaklah sukar, tapi memerlukan ketelitian yang tinggi dan pada masa yang sama, anda perlu mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam mengendalikan sistem operasi yang digunakan oleh pihak majikan.

 
Sumber data Saya nak cerita tentang sumber data atau punca dari mana data diambil terlebih dahulu.
 
Kerja data entry ini ada pelbagai. Jangan terkejut kalau setiap kerja data entry, walaupun namanya sama, tetapi cara kerjanya semua berbeza.
 
(i) Semak data dalam bentuk cetakan kemudian key in dalam bentuk digital Ada kerja yang memerlukan anda buat semakan pelbagai jenis dokumen. Dokumen tersebut boleh jadi adalah kertas peperiksaan, resit, invois dan sebagainya yang ditulis secara manual dalam bentuk cetakan.
 
Bagi memastikan data tersebut mudah dicari, maka pihak majikan mahukan data-data tersebut diwujudkan dalam bentuk digital dan dimasukkan dalam sistem database yang memudahkan proses pencarian maklumat dimasa akan datang.
 
Tugas anda, pastikan anda buat semakan betul-betul apa maklumat yang diperlukan lalu anda taip semula dalam sistem database yang dibangunkan oleh pihak majikan.
 
Adakah kerjanya susah? Tak susah. Cuma perlu teliti, perlu buat kerja dengan pantas dan pada masa yang sama kena pastikan tiada kesalahan dilakukan!
 
(ii) Cari data dari pelbagai laman web dan persembahkan dalam satu bentuk maklumat yang berguna Ada juga kerja yang memerlukan anda untuk merujuk pelbagai laman web bagi mencari data yang berguna untuk membantu majikan menyiapkan projek yang sedang dijalankan.
 
Dalam situasi ini, anda perlu ada skil mencari maklumat. Tahu menggunakan laman web carian seperti Google, Yahoo dan juga Bing!
 
Sesetengah maklumat agak tersembunyi, dan tak cukup sekadar google je.

Sekurang-kurangnya anda perlu tahu bagaimana cara untuk menggunakan Google Advance Search ketika membuat carian maklumat.
 
(iii) Kumpul data melalui kerja-kerja membuat survey kepada responden dan masukkan data dalam sistem database  Ya, kena buat survey.
 
Bergantung kepada bentuk survey yang dikenalikan oleh syarikat. Anda mungkin perlu hubungi beberapa nombor telefon dan minta persetujuan mereka untuk dijalankan survey.
 
Ada juga survey yang dijalankan secara online, yang mana anda masih lagi perlu distribute soalan survey kepada kelompok responden yang anda sasarkan.
 
Setelah mereka jawab, anda perlu kumpulkan semua jawapan dan kumpulkan data-data tersebut dalam satu bentuk yang boleh difahami.
 
Contohnya, kalau soalan survey dalam bentuk pilih jawapan A,B,C atau D, anda perlu buat peratusan, berapa peratus yang jawab A untuk soalan 1, berapa ramai yang pilih jawapan selain A, iaitu B, C dan juga D.
 
Kenapa saya cerita ini semua? Saya dapati, masih ada individu yang salah anggap dengan kerja-kerja data entry. Mereka menganggap kerja data entry sebagai satu bentuk pekerjaan yang sangat senang, cuma perlu copy paste data sahaja, dan pada masa yang sama boleh hasilkan income mudah sehingga ribuan ringgit setiap bulan.
 
Saya memang tak nafikan, kita memang boleh hasilkan ribuan ringgit dengan melakukan kerja-kerja data entry, dengan syarat kita memohon kerja yang betul.
 
Katakanlah satu hari nanti, anda temui iklan kerja data entry yang menawarkan pendapatan ribuan ringgit melakukan kerja-kerja yang mudah, semudah copy paste, tapi sebelum anda boleh mulakan kerja tersebut, anda kena bayar dulu sejumlah wang sebabnya wang ini adalah untuk anda dapatkan senarai syarikat yang berikan kerja kosong kepada anda, maka dekat situ anda kena berhati-hati. 
 
Kenapa mesti nak rahsiakan nama syarikat yang memberikan kerja, sedangkan syarikat tersebut memang memerlukan pekerja, dan kerja data entry ini sentiasa ada orang yang memohon.
 
Bagaimana cara untuk memohon kerja data entry untuk elak kena tipu? Bukanlah saya nak kata semua iklan kerja data entry yang terdapat di internet ini kebanyakkannya adalah iklan tipu, tak… bukan macam tu.
 
Cuma apa yang saya nak sampaikan ialah, pada mereka yang tak biasa melihat iklan kerja kosong bekerja sebagai kerani data entry, individu seperti ini cukup mudah untuk dijadikan target dan jadi mangsa penipuan.
 
Saya amat menggalakkan anda membaca iklan-iklan kerja kosong yang real, yang memang diiklankan oleh syarikat yang betul yang mana mereka ini memang betul-betul memerlukan pekerja.
 
Dalam posting ini, saya sarankan anda hanya melihat iklan kerja kosong menerusi sumber-sumber laman web ini sahaja.
 
(1) Laman web kerja kosong Maukerja.My Anda boleh ke laman web mereka menerusi pautan ini https://www.maukerja.my.

Laman web Maukerja.my ini merupakan salah satu laman web yang boleh dipercayai jika anda ingin mencari kerja kosong. Ada banyak syarikat ternama yang mengiklankan peluang kerja kosong melalui laman web ini.
 
Untuk menggunakan laman web ini, anda perlu daftar sebagai ahli terlebih dahulu. Seterusnya apabila pendaftaran anda telah pun selesai, boleh mula membuat carian kerja kosong menggunakan website tersebut.
 
Proses carian sangatlah mudah. Lihat pada screenshot dibawah.

Masukkan kata kunci “data entry” kemudian pada Job Type anda boleh set kepada Part-Time ataupun Full time kemudian tekan butang find job.
 
Scroll down untuk melihat iklan-iklan kerja data entry yang masih lagi available.
 
Pada waktu saya buat carian, ada kerja kosong berkaitan dengan Data Entry yang ditawarkan oleh syarikat Merdeka Strategic Development Center atau biasa dikenali dengan nama Merdeka Center.

Kadar upah yang ditawarkan adalah sekitar RM50 – RM100 untuk sehari bekerja. Kita andaikan yang anda boleh bekerja 20 hari dalam sebulan, dan pendapatan sehari anda ialah RM100, maka gaji yang anda bakal terima adalah sebanyak RM2,000.
 
Kan saya dah kata, kerja data entry memang boleh hasilkan income ribu-ribu ringgit. Mana ada tipu.
 
Untuk kerja dengan Merdeka Center ini, ini adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh pemohon jika layak diterima bekerja.
Key in the completed questionnaire after verified Double entry for quality check purpose (if need) Data cleaning and logic check Beginner in SPSS or want to learn new things  
(2) Laman web carian kerja Jobstreet.com.my Sebelum muncul laman web maukerja, website Jobstreet adalah website carian kerja yang paling popular. Sehingga ke hari ini, saya masih lagi melanggan newsletter dari Jobstreet, just in case ada kerja kosong yang saya minat nak apply satu masa nanti.
 
Dekat sini juga ada banyak kerja kosong dalam bidang data entry.

Pada waktu catatan ini saya tulis terdapat 628 kekosongan kerja kosong dalam bidang data entry yang anda boleh mohon. Anda hanya perlu hantar resume anda jika minat nak isi kekosongan kerja-kerja tersebut.
 
Kebanyakkan kerja yang diiklankan menawarkan gaji sekitar RM1,500 – RM2,000++
 
Kalau anda tidak merancang untuk memohon kerja data entry pada waktu ini, saya sarankan anda baca sahaja iklan-iklan kerja kosong yang dipaparkan dilaman web Jobstreet ini.
 
Cuba biasakan diri baca iklan kerja kosong, lihat syarat kelayakkan, tanggungjawab yang perlu dijalankan beserta dengan tawaran upah.
 
Bila kita dah biasa tengok iklan kerja kosong yang real, senang kita nak kenalpasti iklan kerja kosong yang menipu.
 
(3) Laman web carian kerja antarabangsa Upwork.com Ini dia tempat yang anda patut tuju kalau nak buat kerja data entry dari rumah.
 
Buat permohonan kerja secara online dan mula bekerja hanya dari rumah. Menerusi laman web upwork.com ini, anda akan mula bekerja dengan majikan dari seluruh dunia yang menawarkan peluang kerja melalui laman web tersebut.
 
Layari laman web upwork.com

Sebelum anda boleh mula buat carian kerja kosong melalui laman web upwork ini, seperti biasa anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.
 
Pendaftaran adalah percuma sahaja. Sebelum ini, laman web Upwork ini dikenali dengan nama Odesk.com

Saya telah mula mendaftar sebagai ahli di laman web upwork sejak saya mula-mula dapatkan Panduan Jobdirumah sekitar tahun 2013 yang lalu.
 
Selepas anda daftar akaun, lengkapkan profile anda dan lepas tu boleh mula gunakan enjin carian yang mereka sediakan untuk mencari kerja kosong. Dalam contoh ini, saya mencari peluang kerja kosong data entry.

Bila kita tulis sahaja Data Entry, terus muncul cadangan kerja yang lebih spesifik iaitu
Data Entry Microsoft Excel Data Entry Internet Research Data Entry Virtual Assistant Data Entry Administrative Support Data Entry Microsoft Excel Internet Research Data Entry Administrative Support Virtual Assistant Data Entry Virtual Assistant Internet Research Data Entry Email Handling  
Dari sini baru saya nampak, rupa-rupanya ada terlalu banyak jenis kerja data entry. Saya pilih sahaja data entry dan tekan search.

Dekat sini ada lagi banyak iklan kerja kosong. Cuba tengok bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna biru. Ada terdapat 4,401 iklan berkaitan data entry yang diiklankan di laman web ini.
 
Ini salah satu contoh iklan yang saya buka.

Majikan yang iklankan kerja kosong ni mencari pekerja yang boleh buat kerja data entry dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran untuk buat research.
 
Individu yang bakal menjadi majikan kita adalah orang dari Bangladesh! Kalau kat negara kita ni, kita lihat ada banyak orang Bangladesh yang bekerja dengan majikan tempatan, tapi kalau di dunia online, tak mustahil untuk kita pula bekerja dengan majikan orang Bangladesh.
 
Apa masalahnya? Yang penting kita buat kerja yang betul dan berusaha untuk dapatkan pendapatan yang halal, kan? Satu lagi, iklan kerja tersebut bukan scam dan kita akan dibayar setelah siap kerja.
 
Baiklah, saya kira cukup dulu sampai sini perkongsian saya ini. Tiga laman web ini adalah laman web yang boleh dipercayai dan selamat untuk memohon kerja data entry sama ada nak kerja secara full time ataupun part-time.
 
Tapi, kalau anda buat permohonan menerusi laman web selain daripada yang saya kongsikan disini, nasihat saya berhati-hatilah. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa penipuan scammer.
 
 
The post Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/cara-dapatkan-kerja-data-entry/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Cloud Betul Atau Tipu

Duit Cloud Betul Atau Tipu

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 465 hits
Pendedahan Sebenar Applikasi Duit Cloud Betul Atau Tipu Pernah dengar atau terbaca tentang Duit Cloud Mungkin anda pernah ternampak atau terdengar Duit Cloud yang sekarang tengah heboh yang konon boleh buat duit yang banyak dengan cara yang...
Bayi Kuning Ketahui Punca Dan Cara Rawatan Yang Betul

Bayi Kuning Ketahui Punca Dan Cara Rawatan Yang Betul

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 1359 hits
Bayi kuning atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai jaundis adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi kelihatan kuning serta menjadi kebimbangan kepada ibu bapa Penyakit kuning ini biasanya lebih mudah berlaku dalam kalangan bayi yan...
Info Lengkap Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya

Info Lengkap Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 557 hits
Info Lengkap Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya Hari ni daku nak kongsikan info tentang blogging berdasarkan apa yang ku tahu Nak kata daku ni tahap sifu memang jauh panggang dari api cuma apa yang bakal ku...
Cara Yang Betul Memasak Tauhu Telur Supaya Tidak Hancur

Cara Yang Betul Memasak Tauhu Telur Supaya Tidak Hancur

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 413 hits
Tauhu telur juga di kenali sebagai tauhu jepun ataupun tofu telur memiliki tekstur yang lembik dan lembut Berbeza dengan tauhu biasa rasa tauhu telur pun tidak terlalu masam dan tidak keras Teksturnya yang lembut kadang kala menjadikan tauh...
Cara Dapatkan Tiket Kapal Terbang Murah

Cara Dapatkan Tiket Kapal Terbang Murah

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 473 hits
Berikut antara cara dapatkan tiket kapal terbang murah Berdasarkan pemgalaman sendiri cara ini boleh dipakai untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah dari biasa Kredit to melancongturki dot comTempah tiket awal pagi jam 5Tempah tiket har...
Cara Dapatkan Siaran Digital Myfreeview

Cara Dapatkan Siaran Digital Myfreeview

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 371 hits
Cara dapatkan Siaran Digital MyFreeview Dah heboh kan pasal siaran Myfreeview ni Ada ke yang dah guna Actually umi pun sebelum The post appeared first on
Cara Elak Litar Pintas

Cara Elak Litar Pintas

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 1605 hits
Tips keselamatanBuat pengetahuan semua untuk mengelakkan kejadian litar pintas ELCB yang berada dikotak suis utama benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada dirumah memeriksa sekurang2nya sebulan sekali Kejadian litar pintas bo...
Cara Dapatkan Lencana Top Fan Di Facebook Page

Cara Dapatkan Lencana Top Fan Di Facebook Page

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 606 hits
Cara Dapatkan Lencana Top Fan Di Facebook Page Jika anda aktif di laman sosial facebook dan selalu beriteraksi dalam page page di facebook sudah pasti anda akan menerima satu notifikasi Cara Dapatkan Lencana Top Fan Di Facebook Page Anda te...
Cara Mudah Untuk Dapatkan Waktu Tidur Lebih Lama Untuk Pasangan Yang Mempunyai Bayi

Cara Mudah Untuk Dapatkan Waktu Tidur Lebih Lama Untuk Pasangan Yang Mempunyai Bayi

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 449 hits
Tahniah jika anda baru menyambut kehadiran cahaya mata yang dinanti nantikan dalam keluarga Kehadiran si comel pasti menceriakan lagi hubungan suami isteri yang sentiasa diwarnai dengan keletah keletahnya yang manja dan mencuit hati Cara Mu...
Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam