Bayi Besar Susah Nak Bersalin Bayi Kecil Mudah Bersalin Benar Ke


Ada sesetengah orang kata bahawa saiz perut yang kecil adalah petunjuk kepada proses bersalin yang mudah? Bagaimana pula dengan perut bersaiz besar? Adakah ia mitos?
Bermula dari saat perut mula kelihatan, pasti anda perasan ada mata-mata yang memandang ke arahnya bukan? Usah resah dengan situasi seperti itu. Sama seperti bayi, perut ketika hamil pun ada pelbagai saiz dan bentuk. Jangan percaya mitos yang tidak benar!

Lazimnya, bagi kehamilan pertama, perut anda kelihatan “kemas”. Namun, semakin ramai jumlah anak yang pernah dikandungi, otot di bahagian perut menjadi lebih longgar lalu menjadikan perut melebar. Perlu anda tahu, saiz perut juga bergantung kepada kedudukan bayi di dalam rahim dan amaun air ketuban yang ada. Tidak kira besar atau kecil saiz perut anda, pokok pangkalnya anda dan bayi yang dikandungi sihat dan selamat.
BERAT IBU KURANG, BAYI JADI KECIL?
Pada awal usia kehamilan, doktor akan memeriksa Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda. Idealnya, BMI berat badan normal adalah di antara 19 dan 25. Sekiranya anda berat badan anda dikesan kurang dan sepanjang hamil tidak mengamalkan pemakanan yang mencukupi,ia berkemungkinan besar memberi kesan kepada saiz bayi.
Janin mungkin mengalami masalah kurang berat badan juga. Malah, dia juga mungkin boleh dilahirkan sebelum tempoh usia matang iaitu sebelum 36 minggu. Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
BERAT BERLEBIHAN MENGUNDANG KOMPLIKASI?
Jika anda hamil dengan BMI lebih daripada 30, ada pelbagai komplikasi yang bakal anda depani. Antaranya tekanan darah tinggi, diabetes dan praeklampsia. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan mengamalkan diet dengan mengehadkan pengambilan makanan. Namun, pengambilan lemak dan gula yang terhad dapat membantu anda mengawal berat badan dalam kadar yang munasabah lalu mengurangkan risiko masalah kesihatan sama ada untuk tempoh jangka pendek mahupun panjang kepada bayi dalam kandungan.
BAYI BESAR, LAHIR SUSAH?
Saiz bayi tidak mempengaruhi kelancaran proses bersalin. Biasanya, kesukaran yang mungkin dialami adalah tertakluk kepada kedudukan bayi serta tahap anda mengawal diri dan kesakitan yang dialami sepanjang kontraksi berlangsung.
Apa pun jua saiz bayi, apa yang anda perlukan ialah sokongan kuat, kekal bertenang. Kecuali ibu telah disahkan mempunyai saiz pelvis yang kecil dan bayi besar atau memang bayi bersaiz besar.
BAYI KECIL, MUDAH LAHIR?
Terdapat salah tanggapan bahawa bayi yang bersaiz kecil lebih mudah untuk dilahirkan. Namun, tiada kajian yang dapat membuktikan tanggapan ini. Sebenarnya, kebanyakan bayi bersaiz kecil boleh mengambil masa yang lebih lama untuk memulakan proses kelahiran berbanding bayi yang bersaiz besar.
BAYI KECIL KURANG SIHAT?
Perlu anda tahu bahawa terdapat perbezaan antara bayi yang bersaiz kecil kerana tidak berkemampuan membesar dengan baik ketika dalam rahim jika dibandingkan dengan bayi yang sememangnya mempunyai genetik saiz kecil. Oleh sebab itulah, sepanjang kehamilan saiz rahim anda dipantau oleh doktor setiap kali pemeriksaan antenatal dilakukan.
Jika bayi anda kecil tetapi sesuai dengan anda yang mengandungkannya, maka perkembangan kehamilan akan berjalan seperti biasa. Namun, jika perkembangan rahim terbatas dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan, maka anda akan dirujuk kepada doktor yang lebih pakar bagi membolehkan pemantauan yang lebih rapi dilakukan.
MORNING SICKNESS TERUK, BAYI JADI KECIL?
Bayi mendapatkan keperluan khasiat pemakanannya daripada anda. Bukan bayi yang perlu dikhuatirkan jika anda mengalami morning sickness yang teruk, sebaliknya diri anda sendiri! Biasanya, masalah muntah akan menjadi lebih baik sekitar minggu ke-12.
Alahan yang dialami biasanya menjadi teruk jika anda tidak makan dalam tempoh tertentu. Jadi, cuba makan dalam amaun yang sedikit tetapi kerap dan jangan lupa untuk minum air dalam jumlah yang mencukupi. Apabila loya yang dialami sangat teruk, anda mungkin perlu ditahan di hospital untuk membolehkan cecair intravena dimasukkan ke tubuh bagi menghalang masalah penghidratan.
Jangan bimbang, ia tidak memberi kesan kepada bayi kerana hanya morning sickness yang benar-benar kritikal  (hyperemesis gravidarum) memberi kesan kepada perkembangan bayi. Rujuk doktor sekiranya ia teruk dan memudaratkan kesihatan anda.
SEJARAH BAYI BESAR DALAM KELUARGA ADA HUBUNG KAIT?
Tidak kira sama ada bayi besar atau kecil, ia ada hubung kaitnya dengan faktor genetik. Sebagi contoh, jika ibu mempunyai berat badan berlebihan, maka bayi pun berkemungkinan bersaiz yang sama.
Sama juga halnya jika ibu tidak makan secara sihat, maka ia boleh memberi kesan kepada bayi dan menjadikannya bayi bersaiz kecil. Pemakanan dan gaya hidup anda memainkan peranan dalam menentukan saiz bayi.
Jika sejarah keluarga ada yang menghidap diabetes, doktor akan meminta anda menjalani ujian toleransi gula kerana dikhuatiri bayi boleh bersaiz besar jika anda pun menghidap diabetes ketika hamil.
PERUT BESAR BERI BEBAN?
Secara teori, peningkatan berat badan boleh meningkatkan risiko haemorrhoid atau varicose vein. Ia akan menyebabkan bahagian kaki berasa tidak selesa. Walau sebesar mana pun saiz perut anda, ia tidak akan mendatangkan masalah sekiranya anda menjaga kesihatan diri dan sentiasa melakukan senaman secara berkala.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bayi Besar Susah Nak Bersalin, Bayi Kecil Mudah Bersalin? Benar Ke? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-besar-susah-nak-bersalin-bayi-kecil-mudah-bersalin-benar-ke/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susah Sangat Nak Sendawakan Bayi Fokuskan Pada Bahagian Kiri Belakang Badan Bayi Antara Petuanya

Susah Sangat Nak Sendawakan Bayi Fokuskan Pada Bahagian Kiri Belakang Badan Bayi Antara Petuanya

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 364 hits
Selalu kalau selepas menyusukan si manja ibu ada cuba sendawakan bayi tak Jika tidak ini cara mudah sendawakan bayi yang boleh dicuba Percayalah pasti mereka takkan meragam Ketahui cara mudah sendawakan bayi Bahagian penting dalam sesi peny...
Susah Nak Dapatkan Baju Melayu Untuk Anda Lelaki Bersaiz Besar Jangan Bimbang Di Bob Rock Lovelily Ada

Susah Nak Dapatkan Baju Melayu Untuk Anda Lelaki Bersaiz Besar Jangan Bimbang Di Bob Rock Lovelily Ada

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 545 hits
Hi Korang Seriously untuk mereka yang bersaiz comel nieh sebenarnya agak payah mendapatkan baju dan seluar tak kira untuk apa jua aktiviti Kalau ada pun harga harganya amat mahal dan rekaannya tidak berapa menepati citarasa mereka ini Ingat...
Bersalin Kali Ni Sangat Lancar Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Azrinaz Luah Rasa Syukur

Bersalin Kali Ni Sangat Lancar Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Azrinaz Luah Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 360 hits
Tahniah diucapkan buat personaliti televisyen Azrinaz Mazhar Hakim yang selamat menimang bayi perempuan pada Jumaat lalu Semalam menerusi Instagramnya Azrinaz menyampaikan khabar gembira itu pada seluruh pengikutnya Malah ibu cantik ini jug...
Susah Sangat Nak Ajar Anak Minum Air Kosong Bibir Teruk Menggelupas Ini Tipnya

Susah Sangat Nak Ajar Anak Minum Air Kosong Bibir Teruk Menggelupas Ini Tipnya

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 283 hits
Berbanding air kosong air manis buat anak lebih tertarik Namun bila diberikan air kosong anak mula liat dan menolak untuk minum Akibatnya jumlah air dalam badan yang sepatutnya diambil anak tidak mencukupi Mulalah bibir menggelupas teruk da...
Suami Jangan Ambil Mudah Emosi Isteri Baru Bersalin Kalau Isteri Mengadu Dengarlah

Suami Jangan Ambil Mudah Emosi Isteri Baru Bersalin Kalau Isteri Mengadu Dengarlah

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 341 hits
Meroyan istilah masalah psikiatri yang khusus buat ibu selepas bersalin Gerun kalau ia benar benar terjadi dan jika tidak dirawat dari awal kerana boleh memberikan kesan yang serius kepada ibu dan bayi Jadi ibu selepas bersalin jangan ambil...
Mama S Choice Produk Penjagaan Diri Sebelum Dan Selepas Bersalin Selamat Halal Dan Semula Jadi Untuk Ibu Dan Bayi

Mama S Choice Produk Penjagaan Diri Sebelum Dan Selepas Bersalin Selamat Halal Dan Semula Jadi Untuk Ibu Dan Bayi

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 314 hits
Assalamualaikum Setelah bercuti hujung minggu hari ini kembali untuk mengadap kerja dan paling tidak dilupa untuk update blog Serius mood memang tak de Minggu lepas memang hari yang sangat sibuk buat Fiza sampaikan tiada masa untuk diri sen...
Video Dengan Mesin Pun Nak Gaduh Gaya Amy Search Cakap Bahasa Cina Undang Gelak Besar Netizen

Video Dengan Mesin Pun Nak Gaduh Gaya Amy Search Cakap Bahasa Cina Undang Gelak Besar Netizen

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 526 hits
Kalau kita yang tak pandai berbahasa Cina ni mungkin akan bingung apabila mendengar atau membaca arahan yang diberikan dalam bahasa tersebut Memang kena panggil translator untuk terjemahkan Tapi lain pula gelagat Amy Search atau nama sebena...
Masih Bayi 13 Anak Artis Ini Laris Manis Jadi Model Iklan Dan Endorse Kerap Diincar Brand Besar

Masih Bayi 13 Anak Artis Ini Laris Manis Jadi Model Iklan Dan Endorse Kerap Diincar Brand Besar

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 300 hits
Sudah menghasilkan pundi pundi sejak dini sejumlah artis mengaku sengaja tabungkan hasil endorsement untuk masa depan sang anak
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat