Bayi 7 8 Bulan Mula Nak Ikut Itu Normal Nak Elak Menangis Kena Tinggal Cuba Buat Ini


Bayi  takut berpisah biasa terjadi. Apa yang mama papa boleh lakukan untuk menghadapi kelakuan ini. Ketahui 5 strategi menghadapinya.
Tengok mama pakai tudung atau papa bersiap nak keluar, dia pun mulalah tidak tentu arah. Mula menangis minta didukung. Alasannya apa? Takut untuk berpisah atau nak ikut serta ke mana mama atau papa pergi. Takut untuk berpisah atau seperation anxiety ini biasanya bermula seawal 6 atau 7 bulan dan berlarutan apabila si kecil berusia 10 hingga 18 bulan dan seterusnya 2 tahun.

PUNCA BAYI TAKUT UNTUK BERPISAH
Bayi yang lebih muda daripada 4 hingga 6 bulan biasanya akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan orang yang menjaganya, asalkan keperluannya dipenuhi. Bayi pada umur 4 antara 7 bulan akan mengembangkan rasa “keabadian objek” atau permanence object. Mereka menyedari bahawa ibu bapa ada walaupun mereka tidak dapat melihat.
MEREKA TIDAK FAHAM KONSEP MASA
Bayi belajar bahawa ketika mereka tidak dapat melihat mama atau papa, itu bermakna mereka telah pergi. Mereka tidak memahami konsep masa, jadi mereka tidak tahu yang mama akan kembali dan boleh menjadi kecewa dengan ketiadaannya. Sama ada ibu berada di dapur, di bilik tidur seterusnya atau di pejabat, semuanya sama bagi mereka yang mungkin menangis sehingga mama kembali.
Anak-anak antara umur 8 bulan dan 1 tahun berkembang menjadi anak-anak yang lebih bebas, namun lebih tidak pasti tentang perpisahan dengan ibu bapa. Ini adalah apabila kegelisahan pemisahan berkembang, dan kanak-kanak mungkin menjadi gelisah dan kecewa apabila seorang ibu bapa cuba meninggalkan.
FASA BERBEZA
Fasa ini dilalui bayi sehingga usia yang berbeza-beza. Sesetengah bayi meneruskannya sehingga antara 18 bulan dan 2½ tahun. Ada yang tidak pernah mengalaminya. Dan bagi bayi lain, kemungkinan tekanan tertentu yan gmencetuskan perasaan takut untuk berpisah seperti baru pertukar taska atau berpindah taska baru, menerima kehadiran adik baru, berpindah ke tempat baru, atau ketegangan yang berlaku di rumah.
Apa pun, mama dan papa perlulah mengambil ketakutan ini dari sudut positif. Ini juga menunjukkan bonding antara anda dan bayi telah berjaya mewujudkan kelekatan (attachment) yang positif dan mereka akan faham bahawa anda akan kembali.

5 STRATEGI HADAPI ANAK TAKUT UNTUK BERPISAH
Ketakutan untuk berpisah ini selalunya akan menyebabkan tangisan dan tekanan emosi kepada si kecil malah berlarutan dan tidak boleh dipujuk. Ada yang menangis sehingga tertidur.Walau pun ia memberikan impak besar, ibu bapa perlu ambil langkah bijak untuk menghadapi waktu genting ini.
1.PASTIKAN MASA YANG SESUAI
Cuba elak daripada menyerahkan bayi kepada orang yang tidak dikenalinya pada usia 8 bulan hingga 1 tahun. Sekiranya ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan, maka cuba pastikan anda meninggalkan si kecil ketika dirinya dalam keadaan kenyang, cukup rehat dan selesa. Elakkan waktu genting ini ketika dirinya sedang kelaparan, keletihan atau tidak selesa kerana ia menyebabkan efek kepada emosinya. Jadualklan waktu perpisahan ini selepas waktu tidur dan makannya.
2.LATIH
Mama dan papa boleh latih si manja untuk berjauhan atau berpisah daripada si manja secara berperingkat. Jika anda merancang untuk meninggalkannya di taska atau pengasuh dalam masa terdekat, anda boleh ajak pengasuh untuk berjumpa lebih awal dan berkenalan supaya kelak nanti bayi tidak terlalu terkejut.
3.BERPERINGKAT
Cuba buat secara berperingkat masa anak di rumah pengasuh atau daycare. Misalnya beberapa ini si manja tinggal di rumah pengasuh selama 3-4 jam, minggu depan boleh cuba hingga 8 jam pula. Ia adalah strategi untuk mengelakkan bayi mengalami ketakutan untuk berpisah yang berlarutan.
4.BERTENANG
Si kecil akan menangis, mengamuk dan memanggil anda merayu untuk mengikut. Tapi mama dan papa kena kental.  Mama dan papa perlu bertenang dan cuba akhiri perpisahan setiap hari dengan kata-kata yang manis dan pelukan. Cuba bertenang dan yakinkan dia bahawa anda akan kembali mengambilnya nanti. Berikan perhatian kepadanya apabila anda melambai dan lihat tepat pada wajahnya semasa mengatakan “Mama akan ambik adik nanti. Adik duduk elok-elok dengan ibu (pengasuh) ye”.
5.PENGASUH MAIN PERANAN
Minta pengasuh untuk menenangkan bayi anda dengan mengajaknya bermain dengan permainan yang disukainya, memujuknya dan memeluknya. Pengasuh dan penjaga memainkan peranan penting untuk membantu bayi anda melalui fasa perpisahan ini.

FASA INI AKAN BERLALU
Percaya bahawa fasa takut nak berpisah ini akan berakhir nanti. Mama dan papa perlulah yakin dan mengambilnya dari sudut positif, Banyakkan bersabar melayani kerenah si kecil.
Mama dan papa juga perlu percaya kepada instinct. Sekiranya bayi mengamuk tidak mahu berpisah dengan anda dan mendapatinya tertekan dengan selera si manja berkurangan atau mengalami masalah untuk tidur dalam jangkasa masa yang lama, ambil langkah untuk memeriksa sekiranya ada sesuatu yang meragukan.
Artikel berkaitan: Sandar Pada Bahu, Duduk, Dukung Atau Meniarap. Guna 4 Cara Mudah Ini Untuk Sendawakan Bayi
The post Bayi 7-8 Bulan Mula Nak ‘Ikut’ Itu Normal. Nak Elak Menangis Kena Tinggal Cuba Buat Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-7-8-bulan-mula-nak-ikut-itu-normal-nak-elak-menangis-kena-tinggal-cuba-buat-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Takut Dan Fobia Nak Bagi Orang Pegang Anak Lepas Ni Bayi 5 Bulan Dijangkiti Penyakit Kulit

Saya Takut Dan Fobia Nak Bagi Orang Pegang Anak Lepas Ni Bayi 5 Bulan Dijangkiti Penyakit Kulit

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 583 hits
The ReporterSeringkali dinasihatkan ibu bapa usah terlalu membenarkan orang lain menyentuh anak anak kecil mereka terutamanya bayi Bukan sombong bukan juga kedekut tetapi demi keselamatan anak anak yang umum tahu sistem keimunan badan merek...
Kami Nak Menetap Terus Di Bulan Nasa Lancar Misi Untuk Tinggal Di Bulan Dan Jelajah Marikh

Kami Nak Menetap Terus Di Bulan Nasa Lancar Misi Untuk Tinggal Di Bulan Dan Jelajah Marikh

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 330 hits
Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan merancang untuk menghantar kru mereka ke permukaan bulan menjelang tahun 2024 Angkasawan NASA Nick Hague dan Drew Morgan telah menjalankan misi spacewalk pertama sejak beberapa lalu Angka...
Resepi Boba Pearls Homemade Mudah Je Kalau Nak Cuba

Resepi Boba Pearls Homemade Mudah Je Kalau Nak Cuba

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 384 hits
Assalamualaikum semua Baru baru ni agak viral dengan kan Sejak sejak viral ni banyak pula gerai bubble milk tea tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan Baru baru ni saya adalah mencuba resepi nak Tapi yang lainnya pearl yang saya buat...
Paksu Janji Akan Jaga Awak Macam Baba Jaga Mangsa Maut Dalam Pergelutan Tinggalkan Bayi 4 Bulan

Paksu Janji Akan Jaga Awak Macam Baba Jaga Mangsa Maut Dalam Pergelutan Tinggalkan Bayi 4 Bulan

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 692 hits
Kuala Lumpur 11 Ogos Paksu janji paksu akan jaga awak dengan baik Sharifah Dian Malika binti Syed Muhammad Danial paksu akan sentiasa ada untuk awak macam mana baba ada untuk awak demikian luahan adik ipar mangsa yang maut dalam pergelutan ...
Kami Warga Pantai Pun Tak Berani Nak Pergi Ke Gunung Itu

Kami Warga Pantai Pun Tak Berani Nak Pergi Ke Gunung Itu

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 306 hits
Kami Warga Pantai Pun Tak Berani Nak Pergi Ke Gunung Itu Umum mengetahui bahawa jasad milik gadis Ireland yang telah hilang iaitu Nora Anne Quoirin selamat ditemui Menurut pihak berkuasa badan remaja berusia 15 tahun itu ditemui tanpa seura...
Pertama Kali Jadi Ibu Paniknya Bila Bayi Menangis Tanpa Henti Pakar Kongsikan Switch Off Nya

Pertama Kali Jadi Ibu Paniknya Bila Bayi Menangis Tanpa Henti Pakar Kongsikan Switch Off Nya

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 563 hits
Pengalaman pertama kali menjadi ibu sememangnya indah Namun bila mana berdepan dengan masalah bayi yang sentiasa menangis tanpa henti membuatkan ibu rasa cemas Lebih lebih lagi bila tiada sebarang bantuan daripada ibu bapa kita Bayi menangi...
Bayi 12 Bulan Maut Dengan 39 Kesan Kecederaan Penangan Pengasuh Durjana

Bayi 12 Bulan Maut Dengan 39 Kesan Kecederaan Penangan Pengasuh Durjana

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 244 hits
Kes dera dalam kalangan pengasuh bukan perkara biasa di Malaysia Banyak mangsa ditemukan sekiranya ibu bapa nekad mengambil tindakan undang undang ke atas pengasuh durjana Tidak dinafikan banyak pengasuh yang baik hati dan ikhlas menjaga an...
Dukung Bayi 4 Bulan Dengan Air Mata Suasana Pilu Menanti Jenazah Suami

Dukung Bayi 4 Bulan Dengan Air Mata Suasana Pilu Menanti Jenazah Suami

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 375 hits
Kemeriahan Hari Raya Aidiladha kali ini sedikit tercalar apabila satu insiden yang berlaku sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban berhampiran susur keluar Bangi yang melibatkan ...
Tidak Kisah Nak Komen Itu Wakaf Dosa Untuk Diri Sendiri Syafie Naswip Sindir Netizen

Tidak Kisah Nak Komen Itu Wakaf Dosa Untuk Diri Sendiri Syafie Naswip Sindir Netizen

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 638 hits
Membawa watak seorang mak nyah dalam telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi nama pelakon Syafie Naswip turut terkena tempias kontroversi telefilem tersebut yang dikecam hebat kerana mengangkat tema lesbian gay biseksual transgender di pusat tahf...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip