Bayi 12 Bulan Maut Dengan 39 Kesan Kecederaan Penangan Pengasuh Durjana
Kes dera dalam kalangan pengasuh bukan perkara biasa di Malaysia. Banyak mangsa ditemukan sekiranya ibu bapa nekad mengambil tindakan undang-undang ke atas pengasuh durjana. Tidak dinafikan, banyak pengasuh yang baik hati dan ikhlas menjaga anak asuhan, serta menyayangi mereka seperti anak sendiri.
Beruntunglah jika anda bertemu dengan mereka kerana anak pasti dalam jagaan baik sepanjang waktu anda di pejabat. Lain pula kisahnya jika anda tersilap memilih, lantas dihantar pada pengasuh yang tidak bertanggung jawab dan mementingkan duit semata-mata.
Artikel Menarik: [Peluk Anak Sambil Baca Ayat Al-Quran Bukan Pukul Kalau Tantrum, Elak Emosi Anak Cedera]
Itulah yang berlaku kepada seorang bayi malang berusia 12 bulan di Gombak apabila dia maut disyaki akibat didera. Ikuti laporan berita dari Sinar Harian:
KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan berusia 12 bulan maut disyaki akibat didera dalam kejadian di Gombak, Ahad lalu.
Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata berdasarkan siasatan mendapati kematian bayi berkenaan berpunca daripada kecederaan parah di kepala disebabkan objek tumpul, selain terdapat 39 kesan kecederaan di bahagian badan mangsa.
Artikel Menarik: [Kalau Naik Ruam Bila Makan, Hati-Hati. Mungkin Alergi, Boleh Sampai Sesak Nafas]
“Pengasuh sebelum itu membawa mangsa ke klinik swasta berdekatan dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan mendakwa mangsa terjatuh ketika berdiri dari atas sofa di rumahnya.
“Mangsa dikatakan jatuh terlangkup dan suspek mendakwa dia tidak sedar berhubung kejadian itu kerana berada di dapur, sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun Samsor berkata, dakwaan serta alasan diberikan suspek tidak konsisten, menyebabkan polis menahan pengasuh berkenaan bersama suaminya, serta ibu mangsa yang masing-masing berusia 28 hingga 34 tahun pada Selasa lalu, bagi membantu siasatan.
Artikel Menarik: [Kaki Ayam Jangan Buang, Mama Boleh Sediakan Sup Kaki Ayam Untuk Tingkatkan Antibodi Anak]
Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati pengasuh dan suaminya mengaku terbabit dalam kejadian itu.
“Semakan mendapati lelaki terbabit memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
“Ketiga-tiga mereka direman tujuh hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- Bernama
Sumber: Sinar Harian
The post Bayi 12 Bulan Maut Dengan 39 Kesan Kecederaan Penangan Pengasuh Durjana! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bayi-12-bulan-maut-dengan-39-kesan-kecederaan-penangan-pengasuh-durjana/