Bayi 24 Hari Maut Selepas Menyusu
Gambar Hiasan
REMBAU – Seorang bayi perempuan berusia 24 hari ditemui sudah tidak bernyawa selepas menyusu di kediaman keluarganya di Kampung Batu 1, Pedas Tengah di sini tengah hari tadi.
Dalam kejadian tersebut, bayi berkenaan, Nurul Ain Darwisya Hanafiruz dikejarkan ke Hospital Rembau oleh ibunya namun disahkan telah meninggal dunia oleh petugas perubatan.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, berdasarkan laporan awal ibu bayi berkenaan berusia 40 tahun menyusukan anak keenamnya itu kira-kira pukul 12.39 tengah hari.
“Bayi itu yang tidur diletakkan di atas kereta sorong di ruang tengah rumah. Setengah jam kemudian semasa kakak bayi berkenaan ingin membetulkan bedung telah mendapati adiknya dalam keadaan tidak bertindak balas.
“Si ibu telah membawa bayi berkenaan ke Unit Kecemasan Hospital Rembau. Doktor bertugas mendapati tiada nadi dikesan dan tubuh bayi berkenaan dalam keadaan telah sejuk.
“Bantuan pernafasan telah diberikan, namun bayi tersebut tiada tindak balas dan bayi disahkan telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Hazri berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 5.09 petang.
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan doktor memaklumkan semasa kelahiran bayi tersebut di Hospital Rembau dalam keadaan sempurna, namun wajah bayi berkenaan ada menunjukkan tanda “Down Sindrom”.
“Doktor menyatakan pemeriksaan susulan akan dilakukan apabila bayi berkenaan berusia sebulan. Buat masa ini ujian calitan Covid-19 telah dijalankan, tetapi masih belum dapat keputusan,” katanya.
Kata beliau, punca kematian akan diketahui selepas keputusan bedah siasat dilakukan esok. – KOSMO! ONLINE
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor
Mahathir semua ‘taktau’
Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu
Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis
Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya
Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]
BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
Leissner sogok suami Zeti
Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah
Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]
PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?
Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot
The post Bayi 24 hari maut selepas menyusu appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/05/bayi-24-hari-maut-selepas-menyusu/