Pembelaan Tutup Kes Rasuah Rosmah Mansor Selepas 42 Hari Bicara Di Mahkamah Tinggi




KUALA LUMPUR - Selepas 42 hari perbicaraan dengan mendengar keterangan 25 saksi, perbicaraan kes rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor, berakhir hari ini.
Dalam prosiding hari ini, Peguam Jagjit Singh yang mewakili Rosmah memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa pihak pembelaan menutup kes selepas saksi keduanya, bekas Pegawai Khas di Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod selesai memberikan keterangan.
Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan pada 5 April ini untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan akhir.
Beliau turut menetapkan pada 9 Mac bagi pendakwaan memfailkan hujahan dan 30 Mac untuk pembelaan membalas hujahan.
Jadi kontak COVID-19, bicara Rosmah ditangguh
"Saya akan memperuntukkan sepanjang hari (pada 5 April) untuk mendengar hujahan.
"Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas bantuan sepanjang perbicaraan. Ini mengakhiri perbicaraan selama 42 hari dengan mendengar keterangan 25 saksi termasuk beberapa kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
Terdahulu, Mohamed Zaini menolak permohonan Rosmah untuk memanggil semula saksi penting dalam kes berkenaan, iaitu Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak Holdings), Saidi Abang Samsudin.
Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.
Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.
Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini antara Mac dan April 2016.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di Nombor 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada 7 September 2017.
Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek sama di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.
Semua kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari tahun lalu.
Sementara itu, ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, Siti Azizah berkata, Rosmah pernah mengadu mengenai masalah disiplin Pegawai Media FLOM, Datuk Rizal Mansor.
Siti Azizah berkata, Rizal sering bertindak tanpa merujuk ketuanya, iaitu Setiausaha Akhbar Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, jarang berada di pejabatnya di Putrajaya dan tidak mahir menulis teks ucapan.
Katanya, selaku pegawai media, memang tugas Rizal mempertahankan Rosmah, bagaimanapun beliau tidak boleh bekerja sendirian kerana semua kenyataan (media) mesti mendapat kebenaran daripada (Sharifuddin) supaya tidak bercanggah antara satu sama lain.
Bagaimanapun, saksi itu berkata tiada tindakan diambil terhadap Rizal.
"Kita semua sudah dewasa, jadi saya cuma saya nasihatkan supaya lebih berdisiplin, sebab kita bekerja di jabatan tertinggi di negara ini," katanya.
Siti Azizah menjelaskan walaupun berdepan masalah disiplin, Rizal dinaikkan pangkat beberapa kali kerana sistem kenaikan pangkat membolehkan beliau naik pangkat secara automatik.
Saksi itu menolak persoalan Sri Ram yang menyatakan bahawa saksi itu masih naik pangkat secara automatik walaupun langsung tidak berguna.
"Saya tidak setuju yang dia langsung tidak berguna. Rizal buat kerjanya, dia berjaya wujudkan hubungan baik dengan media, sesuai dengan latar belakangnya sebagai bekas petugas di agensi media tempatan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/02/pembelaan-tutup-kes-rasuah-rosmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Rosmah Tutup Kes Dalam Perbicaraan Rasuah Tenaga Solar

Peguam Rosmah Tutup Kes Dalam Perbicaraan Rasuah Tenaga Solar

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 146 hits
malayiakini comPasukan peguam bela Rosmah Mansor hari ini menutup kes dalam perbicaraan rasuah membabitkan isteri bekas perdana menteri itu berkaitan projek pembekalan tenaga solar hibrid bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah di pedalama...
Kes Kluster Mahkamah Tetap Sambung Selepas Prn Johor Kata Azalina

Kes Kluster Mahkamah Tetap Sambung Selepas Prn Johor Kata Azalina

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 135 hits
freemalaysiatoday com February 21 2022 9 11 PMProsiding mahkamah bagi kluster mahkamah bersambung walaupun selepas rakyat Johor keluar beramai ramai mengundi pada 12 Mac kata Azalina Othman Said PETALING JAYA Ahli Parlimen Pengerang Azalina...
Selepas Skandal Dengan Ceo Media Didedah Rasuah Melibatkan Suami Zeti Pula Disebut Di Mahkamah As

Selepas Skandal Dengan Ceo Media Didedah Rasuah Melibatkan Suami Zeti Pula Disebut Di Mahkamah As

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 454 hits
Bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner dalam keterangannya di hadapan Mahkamah Daerah Timur New York menyebut rasuah yang membabitkan bekas suami gabenor Bank Negara Bagaimanapun dia tidak boleh mengesahkan secara bebas sama ada suap...
Sarawak Patut Bangga Tiada Kes Kes Rasuah Besar Dilaporkan Berlaku Sprm

Sarawak Patut Bangga Tiada Kes Kes Rasuah Besar Dilaporkan Berlaku Sprm

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 229 hits
The ReporterSarawak bukan juara di dalam kes kes melibatkan rasuah malah ia patut berbangga kerana tiada kes kes besar berkaitan rasuah dilaporkan berlaku kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki Belia...
Siasat Kluster Mahkamah Cuba Selesaikan Kes Anwar

Siasat Kluster Mahkamah Cuba Selesaikan Kes Anwar

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 129 hits
Dakwaan bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiddin Yassin bahawa terdapat pemimpin Umno kluster mahkamah bertemu beliau untuk membantu mempengaruhi atau menyelesaikan kes mahkamah perlu disiasat Ketua Pembangkang Parlimen malaysia Datuk Seri An...
Zahid Sedia Sumpah Laknat Nafi Bawa Fail Kes Mahkamah Jumpa Muhyiddin

Zahid Sedia Sumpah Laknat Nafi Bawa Fail Kes Mahkamah Jumpa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 180 hits
malaysiagazette comBy 20 February 2022Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sanggup dan bersedia melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atasnya Presiden UMNO itu mene...
50 Kes Kematian Covid 19 Dalam 3 Hari Tak Boleh Diterima

50 Kes Kematian Covid 19 Dalam 3 Hari Tak Boleh Diterima

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 196 hits
BERITAVeteran DAP Lim Kit Siang berpandangan 50 kes kematian pesakit Covid 19 dalam masa tiga hari adalah sangat tinggi dan tidak boleh diterima Dalam kenyataan hari ini Lim mempersoalkan bila Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan menang...
Kita Tidak Akan Bebas Rasuah Sebab Orang Tak Peduli Tuan Tuan Tak Peduli Baca Lah Kes Ini Nothing Happens

Kita Tidak Akan Bebas Rasuah Sebab Orang Tak Peduli Tuan Tuan Tak Peduli Baca Lah Kes Ini Nothing Happens

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 125 hits
probe into allegations of massive bribery came to abrupt end result of intervention unable to proceed with investigationallegations US 50 million in bribes between Feb 11 and 12 2020stand down in investigation relating to matterpossible bre...
Selepas Rayan Haidar Pula Meninggal Setelah 3 Hari Terperangkap Dalam Perigi

Selepas Rayan Haidar Pula Meninggal Setelah 3 Hari Terperangkap Dalam Perigi

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 146 hits
Adik Haidar kanak kanak yang tiga hari terperangkap akibat terjatuh ke dalam sebuah perigi di sebuah kampung terpencil di Afghanistan disahkan meninggal dunia Pemergian Haidar mengulangi kejadian yang menimpa arwah adik Rayan Awram lima tah...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura