Bayaran Google Adsense Untuk Kali Kedua Ni Cara Keluarkan Duit Adsense Melalui Transfer Online
Alhamdulillah. Semalam dapat e-mail dari Google Adsense, bayaran google adsense untuk blog k.fiezz dalam proses pemindahan ke dalam akaun. Rezeki rezeki. Excited macam mula-mula nak cash out duit dari akaun Adsense k.fiezz tahun lepas. haha. Ni kali kedua dapat bayaran adsense blog.
Entry sebelum ni k.fiezz ada beritahu nak kongsi berapa lama proses dapat bayaran google adsense blog ni selepas cukup jumlah untuk cash out - USD100. Jadi jom k.fiezz kongsi dalam entry ni cara keluarkan duit adsense. Terutama yang baru pertama kali nak cash out adsense.
Entry berkaitan < Kali Kedua Cukup Jumlah Dalam Akaun Adsense Untuk Cash Out >
CARA KELUARKAN DUIT ADSENSEMula-mula korang kena setting di akaun Google Adsense masing-masing, bayaran akan dibayar melalui transfer ke bank. Yang ni korang kena setting di akaun GA yea, siap-siap. Rujuk gambar bawah.
Ni k.fiezz punya akaun GA yang dah set bayaran diterima melalui pindahan bank (transfer online). Masa kali pertama sebelum ni, k.fiezz pilih Western Union. Tapi lebih baik pilih transfer online sebab lebih mudah. Tunggu saja duit masuk dalam akaun. Untuk yang belum setting part ni, korang klik manage payment methods tu.
Lepas tu isi form seperti di atas. Pastikan semua info betul, yea. Dah siap semua, update.
Pastu pilih primary. Jadi pihak Google Adsense tahu yang ni pilihan utama kita.
Dah siap semua. Selamat mengumpul kaching kaching Adsense. hehe. Nak cepat kumpul jumlah yang boleh cash out adsense kita, kena rajin share entry blog kat group di facebook atau mana-mana tempat yang boleh dikongsikan untuk tarik lebih ramai orang baca di blog. Kalau bernasib baik, mungkin ada antara iklan dari Google Adsense yang tengah berjalan di blog kita menarik perhatian pembaca, dia klik iklan-iklan Google Adsense di blog kita. Bila dioarang klik, akaun kita kaching kaching sikit demi sikit. hehe.
BERAPA LAMA TUNGGU BAYARAN ADSENSE BLOG?
Berapa lama yea nak dapat bayaran adsense blog ni selepas cukup jumlah USD100? Macam k.fiezz untuk kali kedua ni, akaun google adsense k.fiezz cukup USD100 masa awal bulan ni (Ogos 2021).
K.fiezz ada tanya dengan member blogger yang dah biasa keluar duit dari google adsense ni ada nak kena buat apa-apa ke untuk cash out adsense melalui transfer online ni?Sebab sebelum ni k.fiezz pilih Western Union. Ni kali pertama nak cuba transfer online pula. Itu yang macam peghak sikit. hehe.
Kawan k.fiezz beritahu, tak perlu buat apa-apa. Tunggu saja dapat e-mail dari Google Adsense yang beritahu kita bayaran dalam proses. Lepas tu nanti check saja dalam akaun, duit dah masuk ke belum.
Sebabkan k.fiezz baru cukup jumlah USD100 awal bulan Ogos, kena tunggu 22-23hb baru pihak Google Adsense akan transfer duit ke dalam akaun.
Menunggu dengan penuh sabar e-mail dari google Adsense tau. haha. #SejenisTazabar. haha. Tunggu punya tunggu, hari ahad (22hb Ogos) k.fiezz terima e-mail dari Google Adsense yang bayaran adsense blog k.fiezz ni dah dalam proses. Yeay.
Semalam (23hb Ogos), duit dah selamat masuk dalam akaun sotong k.fiezz. Hehe. It's shopping time!! haha. Itu lah kerja k.fiezz. Dalam akaun ada duit je, mula lah tangan ni gatal nak menyopping. Perempuan sangat tau. Bff betul dengan shopping. hehe.
Jadi rumusan proses cash out adsense ni, pihak Google Adsense akan bayar setiap 22hb - 23hb setiap bulan. Mula-mula tunggu e-mail dari pihak Google Adsense. Bila dah terima e-mail dari Google Adsense, bayaran dalam proses. Tu berita baik untuk kita. Tunggu saja selang beberapa hari, duit akan masuk dalam akaun kita. Proses cepat atau lambat duit masuk dalam akaun bank bergantung pada jenis bank. K.fiezz tak pasti bank lain berapa lama. Macam k.fiezz ni, sehari lepas terima e-mail dari Google Adsense, bayaran telah dibuat & esoknya duit masuk dalam akaun sotong (CIMB) k.fiezz.
ADA SERVIS CAJ Untuk info, transfer online ni ada servis caj dikenakan. Sikit dari jumlah bayaran kita terima akan ditolak untuk servis caj. Tapi tak lah banyak sangat sampai beratus (bergantung pada jumlah USD). Macam k.fiezz ni USD100 saja. Jadi servis cajnya, tak lah banyak sangat. Tak kisah lah kena servis caj pun. Berbaloi dari guna Western Union, kena gi pejabat pos / bank untuk cash out. Lagi leceh. Udah lah kat Malaysia ni tak habis lagi kes COVID, jadi kurangkan pergerakan yang kena jumpa dengan orang luar.
Cara terbaik, kita pilih saja transfer online & tunggu saja duit dah masuk dalam akaun. Betul tak?
AIMING CASH OUT SETIAP 6 BULAN
Lepas ni misi k.fiezz nak cuba cash out dari Google Adsense ni setiap 6 bulan pula. Caiyok caiyok. Sis cuba. hehe. Kali pertama dulu, 4 tahun baru cukup USD100. Kali kedua ni 1 tahun 7 bulan cukup USD100. Jadi lepas ni kita up 6 bulan cukupkan USD100. Yakin boleh!!hehe
Untuk korang yang dah ada akaun Google Adsense, caiyok caiyok cukupkan jumlah untuk cash out. Yakin boleh!! Ewah. Bagi semangat kat diri sendiri juga ni. hehe
SELAMAT MENABUNG DALAM GOOGLE ADSENSE MASING-MASING!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/08/Bayaran-Google-Adsense-Untuk-Kali-Kedua-Ni-Cara-Keluarkan-Duit-Adsense-Melalui-Transfer-Online.html