Cara Buat Duit Dengan Blog Jana Pendapatan
Salam semua. Jumaat yang diberkati hujan turun renyai pagi ni. Suara burung berkicau memecahkan hening pagi. Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah SWT turunkan untuk semua makhluk di dunia ini. Hari ni penulisan santai jela cerita tentang blog.
Cara nak cari rezeki atau buat duit dengan blog. Ada juga sahabat handai saudara yang bertanya apa best sangat ke menulis dekat blog nih? Boleh dapat duit ke? Jawapannya, Ya !
Memang sebenarnya kau boleh buat duit dengan blog. Tapi bukan tiba-tiba muncul macam tu je. Hari ni buat blog, esok lusa dah dapat segedebuk duit depan mata macam tu, Tak ! Melainkan kau memang orang yang sangat famous sampaikan ramai nak buka blog kau untuk baca semua isi dalamnya. Kalau macam tu memang cepat je dapat pendapatan dari blog.
Menulis itu suatu terapiCara Jana Pendapatan Dengan Blog :
1- Buat artikel review produk (secara berbayar)Untuk ini korang perlulah jelas dengan niche blog korang. Kalau korang betul-betul nak buat duit dengan blog kena ada niche blog yang jelas. Kalau macam aku nih blog ni dah bercampur-campur nichenya so aku letak dibawah lifestyle (gaya hidup). Jadi macam-macam topik yang aku boleh tuliskan dan kongsikan dengan pembaca.
Apabila ada yang baca maka aku boleh la bid dengan brand-brand atau mana-mana PR yang tengah cari blogger untuk review produk diaorang. Untuk ini sama ada tulis review sahaja ataupun korang akan dapat produk dengan review sekali. Harga tulis artikel macam ni bergantung la pada tawaran dari PR ataupun korang yang letakkan sendiri
2- Promosikan link-link affiliate (ala-ala ejen dropship gitu)
Ada banyak dah sekarang brand yang tawarkan servis affiliate nih. Contohnya macam program Shopee Ambassador yang tengah viral dekat Twitter tu. Tapi biasanya ada la syaratnya seperti korang ada followers Instagram yang significant untuk tarik orang beli barang melalui link affiliate tersebut. Ada yang tak perlu ada syarat tertentu macam Klikjer yang fokusnya menjual ebook. Jadi apabila ada yang membeli dari link affiliate tu maka korang memang dah buat duit dengan blog.
Antara lain ialah kalau blog korang dibina dengan domain berbayar, korang boleh promosikan link affiliate regsitrar domain tu. Ceritakan tentang kenapa korang daftar domain dengan registar tersebut contohnya macam aku ni daftar dengan NetKL. Kalau ada yang daftar atau beli domain melalui link tersebut maka komisen akan dikreditkan ke akaun korang
3- Jadi ghostwriter (penulis hantu bukan kau jadi 'hantu')Yang ni sudah semestinya kemahiran yang diperlukan ialah pandai menulis ikut kehendak pelanggan. Contohnya korang boleh tawarkan servis seperti tuliskan artikel untuk website tertentu. Biasanya ada iklan-iklan memerlukan penulis dekat website terkenal nih jadi korang boleh mohon dekat situ.
Cumanya yang perlu diingat ialah, nama pun penulis hantu jadi kalau artikel itu diterbitkan nama korang sebagai penulis tidak akan disiarkan. Penulisan tersebut akan dikreditkan kepada orang yang mengupah korang.
4- Melalui pengiklanan berbayarCara lain buat duit dengan blog ialah melalui pengiklanan berbayar. Semestinya yang popular dikalangan blogger ialah Google Adsense. Kalau di Youtube kena ada 1000 subscriber dengan minimum 4000 jam tontonan baru boleh apply dan diluluskan. Tapi kalau dengan blog kalau syarat-syarat beriklan sudah dipatuhi korang dah boleh dapat kelulusan untuk beriklan.
Ini bermaksud link iklan Adsense akan diletakkan di blog korang contoh macam dekat banner atas blog aku nih. Kalau orang klik ada la dapat beberapa sen (dalam USD) sehari, seminggu atau sebulan ikut jumlah trafik blog
Kalau ramai pengunjung blog maka makin besarlah peluang untuk dapat lebih pendapatan dari pengiklanan Adsense nih. Sebenarnya bukan tu sahaja, korang boleh tawarkan slot beriklan di blog juga kalau berminat. Ini biasanya untuk blog-blog yang dah ada trafik yang sangat tinggi
Bila Baru Dapat Pendapatan Dari Blog ?
Proses nak dapatkan pendapatan pertama tu bergantung banyak faktor antaranya trafik blog. Sebab ada yang dalam masa 3 bulan dah mula boleh cash out Adsense (minimum cash out 100 USD). Kalau tanya aku, pendapatan blog ni tak sampai pun lagi 100 USD untuk Adsense. Mungkin sebab trafik sendu lagi. Sedih ! Tapi jangan bergantung pada Adsense sahaja sebab ada tiga lagi pilihan lain yang kau boleh cuba untuk jana pendapatan dari blog
Setakat ni yang mula beri pulangan pendapatan ialah melalui artikel review produk yang aku dah pernah buat sebelum nih. Selain dapat produk free aku berpeluang untuk sebarkan kebaikan produk tersebut kepada pembaca. Aku pilih juga la produk apa yang aku nak review. Bukan semua sebab kena tengok juga sesuai ke tidak kan. Lepas tu ada juga aku tulis artikel untuk blog orang lain dengan upah.
Jadi itulah yang menyumbang kepada pendapatan yang aku boleh jana dari blog ni. Kalau tanya aku setakat ni tak adalah sampai beribu-ribu jumlahnya cuma lepaslah duit aku nak bayar bil utiliti bulanan, alhamdulillah.
Kalau Tak Ada Pendapatan Kena Update Blog ?
Jadi kenapa sibuk sangat nak update blog sampai kalau boleh hari-hari nak ada artikel baru?
Entahla awak, saya suka jadi saya buatlah. Boleh jawab macam tuh? hehe...
Sebenarnya bergantung la pada jenis blog yang kau sedang bangunkan, kalau macam aku menulis dekat blog nih dah dekat lebih 10 tahun. Dulu-dulu sebab aku adalah seorang ejen produk MLM jadi aku rasa pengiklanan melalui blog adalah yang terbaik. Lagi satu aku jenis susah nak luahkan dekat mulut benda yang aku tak puas hati (dulu laa...) maka aku pun menulis isi hati aku ni dekat blog. Dah macam catatan harian atau diari pula blog ni dulu.
Ya, memang dulu ada banyak artikel tapi banyak yang aku dah buang sebab masa tu ada sedikit kekecelaruan identiti. Sepatutnya tak perlu buang artikel lama yang mana kau boleh update dengan lebih berinfomatif gitu. Tapi sebab dah terdelete maka aku reda sahaja lah.
Banyaknya Sebab Menulis Blog ! Ya memang banyak. Antara sebab lain aku selalu update blog ni sebab aku nak stay sane (tidak gila) dan nak bagi otak aku nih sentiasa berfikir. Bukan berfikir hal-hal yang tak menyenangkan tapi lebih kepada hal-hal yang positif. Contoh kalau aku nak share dengan pembaca pasal kebaikan sesuatu topik aku kena banyak membaca taklah semberono je tulis.
Antara lain supaya otak aku ni tak jadi lemau sebab asyik tengok Youtube dengan Netflix sahaja. Itula serba sedikit cerita santai untuk hari ni. Cerita pasal cara nak jana pendapatan atau buat duit dengan blog. Sebenarnya tak kisah pun kau bangunkan blog kau ikut acuan mana. Yang penting kita suka buat apa yang kita suka buat. Kalau tak suka susah juga kan.
Kalau korang baru nak buat blog, aku ade buat servis bina blog yang berpatutan. Boleh contact dengan isi borang dekat sebelah tuh. Jom share niche blog korang, kalau best aku nak masukkan dalam list bacaan seterusnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eksplorasilea.com/2021/08/cara-buat-duit-dengan-blog.html