Cara Renew Bless Online Daftar Login
CARA RENEW BLESS ONLINE(Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia)
Kepada pengguna dan pendaftar Bless iaitu mendapatkan lesen pekerjaan supaya kerja yang berkaitan dalam bidang kita itu adalah valid. Tak kira apa saja pekerjaan yang memerlukan sijil seperti sektor perhotelan, pembinaan, perawatan dan lain-lain lagi perlu isi bless untuk mendapatkan lesen.
Bagaimana cara untuk memperbaharui Bless? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BLESS
BLESS adalah singkatan daripada Business Licensing Electronic Support System atau dalam Bahasa Malaysia, Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia. BLESS adalah portal perkhidmatan secara atas talian yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan para peniaga yang ingin memulakan atau menjalankan perniagaan di Malaysia. BLESS menyediakan akses maklumat yang luas tentang Kerajaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perniagaan. Ia juga menyediakan sistem penghantaran secara atas talian bagi permohonan lesen/kelulusan/permit, serta sistem pengesanan secara atas talian bagi mengesan status permohonan yang dibuat menerusi BLESS.
CARA DAFTAR BLESS
Berikut adalah panduan cara hendak mendaftar ID BLESS:
Lawati Laman Web BLESS di pautan http://www.bless.gov.my/bless/
Klik pada link Daftar masuk ke BLESS
Klik pada pautan “To register with BLESS, click here” dan satu borang akan terpapar.
Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut.
Pastikan anda klik pada “kotak pengesahan” apabila selesai mengisi borang.
Klik pada “Submit” untuk menghantar permohonan ini.
Klik pada butang “Close” jika anda ingin membatalkan urusan.
Kotak mesej akan dipaparkan selepas pendaftaran berjaya dihantar. Semak emel anda dalam masa 20 minit untuk verifikasi akaun.
Klik ‘Ok’ untuk tutup paparan mesej. Selesai
CARA RENEW BLESS ONLINE
Untuk membuat pembaharuan lesen Bless online, pastikan anada telah Log Masuk akaun Bless anda terlebih dahulu di pautan http://www.bless2.gov.my/. Berikut adalah cara untuk renew Bless secara online,:
STEP 1: Pemilihan Lesen (Pembaharuan) Di Dalam Bless:
Klik menu ‘Submission’. Pilih dan isi maklumat berkaitan dan klik pada button ‘Search’ untuk mencari lesen yang ingin dipohon
Masukkan Keyword bagi lesen yang ingin dipohon. Kemudian klik button Search
Klik button Application Type “Renewal” untuk permohonan lesen
Pemohon hendaklah ‘tick’ lesen dan klik ‘add to tray’, Tekan button “OK”
Lesen yang telah dipilih akan dipaparkan didalam ‘My Tray’. Form Status Incomplete kerana belum melengkapkan borang permohonan.
Fungsi-fungsi bagi setiap button
Ikon Pencil: digunakan untuk “Fill up form”
Ikon Dustbin: digunakan untuk “remove” lesen yang telah dipilih.
Ikon Kanta Lekap: digunakan untuk “preview form”.
Ikon Wang: digunakan untuk “Payment”.
Ikon Right: digunakan untuk melihat Garis panduan permohonan lesen.
Tekan icon Pencil “Fill Up Form”
STEP 2: Permohonan Pembaharuan:
Masukkan BLESS Submission No. (Rujuk Track & Monitoring)
Tekan button Search
Tekan button Proceed with Renewal
Isi semua ruangan maklumat terutama di Bahagian Mandatory Field
Tekan button “Save” dan “Ok”
Tutup borang online
Pastikan Form Status “Complete”
Tekan tick dan tekan button “Submit Application”
Tekan button “Ok”
STEP 3: Pembayaran:
Klik pada icon Wang
Ikuti arahan pembayaran selanjutnya sehingga proses pembayaran selesai:
STEP 4: Track & Monitoing
Tekan submodul “Track & Monitoring”
Anda boleh memantau status permohonanlesen
SOALAN LAZIM
Lupa Kata Laluan & Bagaimana hendak menetapkan semula kata laluan?
Jika terlupa kata laluan, sila klik pada pautan “Click Here” pada bahagian “Forgot your password”.
Satu pop-up window akan dipaparkan dan sila isi maklumat yang diperlukan.
Kemudian klik butang “Submit” untuk memohon kata laluan yang baru atau klik “Close” jika anda ingin membatalkan urusan.
Kata laluan baru akan dihantar ke emel anda. Guna kata laluan baru itu untuk login ke dalam sistem BLESS.
Sila masuk ke skrin login BLESS. Login masuk dengan menggunakan kata laluan yang baru (contoh: 8KwUfVPL).
Anda dikehendaki menukar kata laluan semasa pertama kali berjaya login ke dalam sistem BLESS. Masukkan kata laluan sekali lagi (8KwUfVPL).
Masukkan “Kata Laluan Baru”. Ianya mestilah sekurang-kurangnya 8 atau maksima 20 alphanumeric.
Masukkan kata Laluan baru lagi sekali pada ruangan “Confirm Password” untuk mengesahkan kata laluan baru anda. Kemudian tekan butang “Submit”.
Anda telah berjaya login masuk di dalam sistem BLESS seperti di atas.
Apakah ciri-ciri utama BLESS?
Portal BLESS merupakan ‘PUSAT SETEMPAT’ secara atas talian bagi memohon lesen/kelulusan/permit daripada agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan. Ia juga memberikan peluang kepada pemohon untuk mengesan tahap kemajuan sesuatu permohonan sehingga selesai. Platform BLESS menyediakan ciri-ciri komunikasi dan maklum balas bagi tujuan mendapatkan maklumbalas dan penjelasan.
Adakah saya perlu membuat bayaran ketika mendaftar dengan BLESS, sekiranya saya mendaftar di bawah akaun individu?
BLESS tidak mengenakan sebarang bayaran pendaftaran. Walau bagaimana pun terdapat bayaran yang dikenakan sewaktu memohon lesen/ kelulusan/ permit tertentu.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara renew Bless online, anda boleh
Layari Portal Bless: bless.gov.my
Hubungi: 1 300 88 1020
Email:
[email protected]
ARTIKEL LAIN :
CARA GUNA PORTAL MALAYSIABIZ : DAFTAR PERNIAGAAN & PERMOHONAN LESEN
SKM ONLINE:CARA DAFTAR DAN MOHON BANTUAN KOPERASI 2021
The post CARA RENEW BLESS ONLINE:DAFTAR LOGIN(Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-renew-bless-online.html