Bayar Zakat Guna Kad Kredit


Bayar Zakat Guna Kad Kredit | Alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk 7 Ramadhan kita harini. Syukur pada yang maha esa kerana dengan izinNya, kita masih diberi peluang untuk sama sama berada di bulan mulia ini sekali lagi. 
Bila tiba jer bulan Ramadhan kita pasti akan bercakap tentang ZAKAT. Paling utama zakat fitrah la kan. Selain zakat fitrah, ada juga zakat perniagaan, zakat emas, zakat KWSP dan pelbagai lagi. Kalini KakYa tak nak cerita jenis jenis zakat tapi KakYa nak cerita sikit kat korang berkenaan cara pembayaran zakat


Bayar Zakat Guna Kad Kredit DibenarkanTerdapat pelbagai cara boleh dilaksanakan untuk pembayaran zakat, tapi KakYa nak kupas sikit pagini mengenai pembayaran zakat menggunakan kad kredit. Pernah dengar tak sebelum ni orang bayar zakat guna kad kredit? Ya! guna kad kredit

Tahukah korang, kaedah pembayaran zakat menggunakan kad kredit adalah dibenarkan.  Pembayaran zakat menggunakan kad kredit dilaksanakan bagi menggalakkan lebih ramai umat islam untuk tampil menunaikan zakat dan tidak lagi memberi pelbagai alasan untuk tidak berzakat


Bayar Zakat Guna Kad Kredit, Saluran Alternatif Kepada Pembayar ZakatCara pembayaran zakat menggunakan kad kredit merupakan satu pendekatan yang di ambil oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), untuk menyediakan saluran alternatif kepada pembayar-pembayar zakat di luar sana. 
TAPI, ada tapi jugak tau. Untuk pengetahuan korang, bukan semua kad kredit di terima untuk pembayaran zakat. Pihak LZS hanya menerima kad kredit islamik dan mematuhi syariah sepertimana yang telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. Antara Kad Kredit yang diterima adalah:
• Kad Bank Islam (Visa & Master)• Kad Kredit Al-Taslif AmBank (Visa & Master)• Kad I-Bank Rakyat• Kad Kredit Al-Ikhwan Maybank Islamic• Kad Caj Al-Rajhi Bank• Kad Al-Aiman BSN
Untuk membayar zakat menggunakan kad kredit, pembayar zakat boleh datang sendiri ke kaunter zakat LZS bagi membuat pembayaran


Kelebihan Pembayaran Zakat Menggunakan Kad KreditTerdapat beberapa kelebihan pembayaran zakat  menggunakan kad kredit antaranya;
1. Pembayar zakat tidak perlu membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak ke kaunter zakat. 
2. Jika pembayaran zakat melibatkan sejumlah wang yang besar, pembayar zakat tidak perlu mengeluarkan wang di bank. Mereka hanya perlu ke kaunter zakat dengan membawa bersama kad kredit

3. Kaedah pembayaran ini juga adalah satu alternatif bagi menjamin keselamatan pembayar zakat tanpa perlu membawa wang tunai ke kaunter zakat. Hanya bawa satu kad, transaksi berjaya dilakukan dan ianya selamat dan memudahkan terutama buat pembayar zakat yang perlu membayar pelbagai jenis zakat. 
Semoga dengan adanya kaedah pembayaran zakat menggunakan kad kredit di kaunter zakat, dapat memudahkan lagi pembayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan kutipan zakat semakin bertambah supaya lebih ramai asnaf dapat di bantu. InsyaAllah

Boleh Ke Bayar Zakat Guna Kad Kredit?Terdapat persoalan dan pandangan segelintir pihak yang mempertikaikan pembayaran zakat menggunakan kad kredit kerana bagi mereka konsep kad kredit adalah berhutang dan kita tidak boleh menggunakan kaedah tersebut untuk membayar zakat


Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 19 Februari 2002 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa:
Harus / boleh membayar zakat melalui kad kredit / kad bank Islam dengan syarat disertai niat yang ikhlas

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor 
Harap harap korang berpuas hati dengan penjelasan dan fatwa yang KakYa sertakan kat sini mengenai pembayaran zakat menggunakan kad kredit. 
Ok alang alang kita bercakap mengenai zakat, KakYa nak sambung sikit tulisan KakYa tentang rukun zakat, syarat sah tunai zakat dan juga syarat wajib tunai zakat. Mana tahu kot kot ada yang terlupa dan terkeliru bab bab zakat ni kan? Semoga perkongsian ini dapat menjawap kekeliruan di hati korang. InsyaAllah. 
Rukun Zakat Rukun Zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang mencukupi nisab dengan menamatkan kuasa pemilik ke atasnya dan memberi milik kepada orang miskin (fakir) serta menyerahkan kepadanya ataupun diserahkan kepada orang yang mewakilinya iaitu (pemerintah) ataupun pengutip zakat (al-jabi)


Syarat Sah Menunaikan Zakat1. Niat
2. Memberi Milik (At-Tamlik)Untuk sahnya pemberian zakat disyaratkan “memberi milik”, iaitu dengan cara diberi kepada orang yang berhak. Oleh itu tidak memadai (tidak sah) setakat memberi guna (ibahah) atau setakat memberi makan tetapi ia mestilah dengan cara memberi milik

Syarat Wajib Menunaikan Zakat1. Islam - Mengeluarkan zakat adalah ibadah di sisi Allah SWT. Tidak wajib zakat ke atas harta orang kafir

2. Merdeka (Bukan hamba) - Bebas mencari rezeki yang halal dan tidak dihalangi oleh sesiapa

3. Milik sempurna - Harta mestilah dimiliki sepenuhnya dan dapat digunakan pada masa yang dikehendaki tanpa terikat dengan kebenaran dari orang lain. Sempurna dari segi pemilikan (Hak Hiyazah) dan keupayaan mengurus (Hak tasarruf)

4. Cukup Nisab - Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat. Sesetengah harta yang hendak dizakatkan mestilah bersamaan atau lebih nilainya dengan nilai 85 gram emas mengikut harga semasa seperti zakat emas, pendapatan, wang simpanan dan saham. Manakala, sesetengah harta yang lain menggunakan kadar nisab yang tersendiri seperti zakat ternakan, tanaman dan rikaz dan perak

5. Cukup haul - Haul ialah berlalu tempoh setahun (12 bulan) harta dimiliki. Perkiraan haul dalam hukum syarak adalah berdasarkan kepada tarikh hijriiah (354/355 hari). Apabila genap setahun harta dimiliki, barulah diwajibkan zakat

Peraduan Zakat CashlessSebelum terlupa KakYa nak warwarkan kat sini, sekarang  ni pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) ada menganjurkan satu peraduan iaitu Peraduan Zakat Cashless yang akan berlangsung sepanjang Ramadhan 1442H bermula pada 13 April 2021 dan akan berakhir pada 12 Mei 2021. 

Bagaimana Untuk Menyertai Peraduan Zakat CashlessTiga langkah mudah untuk menyertai Peraduan Zakat Cashless iaitu;
1. Tunai zakat secara online melalui saluran di bawah;
- Online Banking- Online eZakatpay- Online Channel- Online @Branch- Mobile Bangking- ATM Machine- eWallet
2. Imbas kod QR untuk mengisi borang penyertaan
 3. Daftar e-Zakat Online di ezo.zakatselangor.com.my 

Peraduan ini terbuka kepada semua KECUALI warga kerja LZS. Jangan lupa untuk sertai Peraduan Zakat Cashless. Klik pautan di bawah untuk menyertai http://bit.ly/zakatcashless2021

Untuk sebarang persoalan mengenai urusan Zakat anda; 
Laman Web Lembaga Zakat Selangor:https://www.zakatselangor.com.my/
Alamat Lembaga Zakat Selangor:Bangunan Zakat Selangor,3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2,Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan
Talian Zakat Selangor:1-300-88-4343(9:00 pagi hingga 4:00 petang)
Email:[email protected]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2021/04/bayar-zakat-guna-kad-kredit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayar Zakat Guna Mesin Atm

Bayar Zakat Guna Mesin Atm

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 427 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraAlhamdulillah Kita Diberikan kesempatan untuk menyambut bulan Ramadan lagi Kali ini Bulan Ramadan bulan dimana setiap amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan Zakat juga merupakan sedekah kita untuk...
Bayar Zakat Fitrah Guna Aplikasi Boost Ewallet

Bayar Zakat Fitrah Guna Aplikasi Boost Ewallet

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 233 hits
Done bayar zakat fitrah secara online Alhamdulillah Tahun tahun sebelum ni aku biasa bayar zakat online melalui web Zakat Selangor Kadang kadang bayar melalui servis MyEG Tahun ni aku pilih untuk bayar zakat fitrah guna aplikasi Boost eWall...
Aku Bukan Muslim Tapi Aku Tak Pernah Lupa Bayar Zakat Harta Fitrah Chandra

Aku Bukan Muslim Tapi Aku Tak Pernah Lupa Bayar Zakat Harta Fitrah Chandra

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 245 hits
Mempercayai prinsip bahawa setiap sen yang dibelanjakan untuk kebaikan dan manfaat orang lain akan menambah rezeki si pemberi membuatkan Chandramogan Jasingo tidak pernah lokek untuk memberi sumbangan Rezeki yang diterimanya juga lazimnya d...
Duit Sspn Cara Keluarkan Duit Di Kaunter Bank Guna Kad Atm

Duit Sspn Cara Keluarkan Duit Di Kaunter Bank Guna Kad Atm

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 678 hits
DUIT SSPN CARA KELUARKAN DUIT DI KAUNTER BANK GUNA KAD ATM Jika anda pernah membuat simpanan di SSPN bagaimana cara keluarkan duit SSPN untuk kegunaan kecemasan Bagaimanakah cara keluarkan duit APA ITU SSPN SSPN atau Skim Simpanan Pendidika...
Perbelanjaan Kad Kredit Tunjukkan Najib Tahu Dana Dari Src Dpp

Perbelanjaan Kad Kredit Tunjukkan Najib Tahu Dana Dari Src Dpp

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 267 hits
malaysiakini comDiterbitkan 21 Apr 2021 5 25 pmMahkamah Rayuan diberitahu bahawa perbelanjaan mewah menggunakan kad kredit di Hawaii dan Itali menunjukkan Najib Razak tahu yang RM42 juta dana SRC International masuk ke akaunnya Timbalan pen...
Nak Zakat Wakaf Infaq Dan Sedekah Online Guna Aplikasi Tulus

Nak Zakat Wakaf Infaq Dan Sedekah Online Guna Aplikasi Tulus

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 476 hits
Nak Zakat Wakaf Infaq dan Sedekah Online Guna Aplikasi Tulus Zaman sekarang serba serbi di hujung jari sekarang ni bila dah timbul aplikasi yang boleh kita nak sedekah secara online pun dah banyak Ini termasuklah aplikasi TULUS Apa yang ist...
Bayar Zakat Fitrah Online 2021 Cara Semak Kadar Mengikut Negeri

Bayar Zakat Fitrah Online 2021 Cara Semak Kadar Mengikut Negeri

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 378 hits
BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE 2021 CARA SEMAK KADAR MENGIKUT NEGERI Kepada umat Islam yang ingin bayar zakat Fitrah online anda boleh berbuat demikian secara atas talian sahaja Ia mudah dan senang sahaja Bagaimanakah cara bayar zakat Fitrah onl...
Taktik Lama Guna Penahanan Pekerja Elak Bayar Gaji

Taktik Lama Guna Penahanan Pekerja Elak Bayar Gaji

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 221 hits
PETALING JAYA Majikan membuat laporan terhadap pekerja asing kepada Jabatan Imigresen bagi mengelak membayar gaji pekerja bukanlah perkara baharu aktivis berkata pekerja asing sudah sekian lama digunakan sebagai gadaian dalam meminimumkan k...
Bayar Zakat Secara Cashless Ramadhan Ini

Bayar Zakat Secara Cashless Ramadhan Ini

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 393 hits
Assalamualaikum Salam 11 Ramadhan semua sekejap je kan pejam celik dah 11 hari kita puasa Masih lagi dalam norma baru akibat pandemik Covid19 kini banyak benda yang terbatas untuk kita lakukan dalam buan Ramadhan ni terawih bazar ohhh rindu...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin