Bayar Zakat Guna Mesin Atm
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah Kita Diberikan kesempatan untuk menyambut bulan Ramadan lagi Kali ini
Bulan Ramadan bulan dimana setiap amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan
Zakat juga merupakan sedekah kita untuk insan yang kurang bernasib baik, dan kita yang mampu diwajibkan untuk membayar zakat pada Bulan Ramadan
Kewajipan menunaikan zakat fitrah adalah pelengkap kepada ibadah puasa Ramadhan kita
Jadi amatlah digalakkan kepada yg mempunyai kekayaan dan berkemampuan untuk membayar lebih
Namun sekiranya kita masih berkira kira-kira, bermakna kita masih dikuasai nafsu
"Daripada lbnu Umar bahawa Nabi S.A.W memfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadan ke atas setiap Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji. (Riwayat Bukhari dan Muslim)"
Ramai yang bertanya, macam mana nak bayar Zakat jika kita tidak berakad dengan Amil Zakat..
Haaa ni yang aku nak share ni..
Mudah je Bayar Zakat Fitrah guna Mesin ATM!
Bagi mereka yang mempunyai Akaun Simpanan atau Akaun Semasa di bank berikut boleh melakukan pembayaran zakat melalui mesin ATM:
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)Public BankOCBC BankRHB BankBank Simpanan Nasional
Caranya mudah saja, untuk korang buat transaksi ketika berada di paparan skrin Mesin ATM, hanya perlu tekan ke Menu Lain-Lain dan diikuti dengan menu pembayaran bil
Sebagai tambahan bagi pemegang akaun BIMB yang dimana seharusnya mempunyai kad Smart ATM, sementara Public Bank pula adalah PR Card ATM
Untuk pelanggan BIMB (Bank Islam) korang dikehendaki terlebih dahulu mendaftar di mana-mana cawanganBIMB. Pelanggan akan diberikan " Kod Penerima " semasa pendaftaran
Pemegang kad Smart ATM (BIMB) dan PR Card ATM (Public Bank) boleh melakukan transaksi pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Selangor (MAIS) di mana-mana cawangan samada di sekitar Lembah Klang atau Negeri Selangor
Pembayar yang membayar melalui kemudahan ATM Mesin dinasihatkan menghubungi lbu Pejabat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Unit Proses Kutipan, Bahagian Kutipan (DK)selepas selesai melakukan transaksi bayaaran untuk tujuan kemaskini
Jom join Zakat Cashless Sepanjang Ramadhan.
Sempena Kempen Pay Smart Stay Smart, LZS telah menganjurkan Jom Zakat Cashless Sepanjang Ramadhan yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula dari Tarihk 13 April sehingga 12 Mei 2021
Korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan bermanfaat dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000
Dengan hanya tiga langkah mudah.
1. Korang bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, e-zakatpay, online@branch, mobile banking, ATM Machine atau e-Wallet, yang penting cashless
2. Imbas kod QR atau korang boleh terus isi borang di
http://bit.ly/zakatcashless2021
3.Daftar e-zakat online di ezo.zakatselangor.com.my
Zakat Sentiasa di Hati
Jadikanlah berzakat itu sebagai perkara yang membahagiakan dan sangat dekat dengan hati, sebab dengan berzakat kita dapat memberi kebahagian kepada orang lain, di setiap rezeki kita itu terselit rezeki insan lain. Salam Ramadan Al Mubarak
Untuk maklumat lanjut, layarihttps://www.zakatselangor.com.my
Tunai zakat anda dihttps://fpx.zakatselangor.com.my
Facebook: Zakat SelangorInstagram: @zakat selangor
Telefon: 1 300 88 4343
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ohsemnow.com/2021/04/bayar-zakat-guna-mesin-atm.html