Aku Bukan Muslim Tapi Aku Tak Pernah Lupa Bayar Zakat Harta Fitrah Chandra



Mempercayai prinsip bahawa setiap sen yang dibelanjakan untuk kebaikan dan manfaat orang lain akan menambah rezeki si pemberi membuatkan Chandramogan Jasingo tidak pernah lokek untuk memberi sumbangan.
Rezeki yang diterimanya juga lazimnya dikongsi kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar agama, bangsa, keturunan atau kelas masyarakat.
Justeru, tidak hairanlah kenapa Chandramogan atau lebih mesra disapa Chandra turut menunaikan ‘tanggungjawab’ membayar zakat fitrah setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Berusia 40 tahun, dia yang juga penganut agama Hindu mula menyalurkan pembayaran fitrah melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah sejak 10 tahun lalu.
Tidak hanya melunaskan pembayaran fitrah, Chandra, juga tidak terlepas daripada mengeluarkan zakat harta benda setiap tahun.
Kata pengurus di sebuah syarikat insurans itu, kepayahan dan kesulitan hidup yang pernah dilaluinya suatu masa lalu menjadi titik permulaan padanya untuk memahami konsep serta nilai yang ada di sebalik pembayaran zakat fitrah.
Menurut Chandra, pengalaman silam benar-benar mengajarnya keperitan hidup dalam serba kekurangan.
“Hidup saya dulu bukanlah senang sebab itu saya sangat faham macam mana kehidupan sebagai orang susah.
“Saya juga dibesarkan di persekitaran budaya orang Melayu dan agama Islam, jadi agama Islam dan budaya orang Melayu bukan perkara asing dalam kehidupan kami sekeluarga,” ujar Chandra yang fasih berbahasa kebangsaan dalam perbualan dengan Astro AWANI pada Rabu.

Kesediaan Chandra secara sukarela membayar zakat fitrah dan harta juga selepas dia memahami bahawa bukan sahaja agama Islam, bahkan kepercayaan-kepercayaan lain juga sentiasa menuntut penganutnya berbuat baik sesama manusia.
Chandra yang masih bujang memberitahu dia pernah membaca buku mengenai sejarah agama Hindu, Islam serta Budha dan melalui bacaan itu, banyak hal mengenai setiap kepercayaan itu diketahuinya.
“Saya juga baca apa yang terkandung dalam hadis dan saya rasa kesemuanya menyuruh kita untuk membantu orang yang susah.
“Tidak rugi kalau kita berbuat baik atau tolong orang lain… percayalah Tuhan akan menambah rezeki kita dalam setiap sedekah, derma atau bantuan kita pada orang lain, yakinlah,” kata Chandra yang tidak henti-henti mengucapkan syukur kerana rezeki yang dipanjangkan kepadanya tidak pernah putus.
Berdasarkan bacaan dan pemahamannya juga, Chandra sentiasa meningatkan dirinya bahawa dalam setiap rezeki yang Tuhan berikan kepada setiap manusia, ada sebahagiannya milik orang lain.
“Kita kena ingat bahawa setiap rezeki yang kita perolehi itu bukan 100 peratus milik kita… di dalamnya ada bahagian hak orang lain.
“Jadi jangan takbur dengan harta-harta yang kita ada, itu semua Tuhan bagi pinjam pada kita sahaja dan Dia akan ambil (bila-bila masa) jika Dia mahu,” kata Chandra memberi takrifan pada maksud rezeki yang ditakdirkan pada setiap manusia.
Mengambil tanggungjawab membayar zakat fitrah dan harta juga, kata Chandra yang membesar di Kuala Ketil, Kedah adalah kerana berpegang pada nasihat ibunya yang tidak pernah putus berpesan agar sentiasa membantu orang lain yang dalam kesusahan apabila sudah berjaya.
“Dulu saya kerja kilang selama 10 tahun, bawa kereta Proton Saga model 1985, kadang-kadang kereta tersadai di tepi jalan sebab saya tak mampu nak isi minyak,” kata penggemar lagu-lagu ‘rock kapak’ Melayu era 90-an.
Usai melunaskan pembayaran fitrah pada hari kedua Ramadan, Chandra berkongsi resit pembayaran itu di akaun media sosialnya diringi kapsyen yang menyentuh hati sebilangan besar netizen.
“Syukur Alhamdulillah masih bernyawa menunaikan tanggungjawab sebagai salah seorang umat di muka bumi,” demikian nota yang mengiringi gambar yang dikongsi Chandra di akaun Facebooknya.
Kecenderungan Chandra juga sering berkongsi pelbagai potongan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis serta nasihat di akaun Facebooknya juga sering mendapat pujian warganet. Awani
Terlupa kadar zakat fitrah? Ini maklumat bayaran zakat fitrah seluruh negara

The post “Aku bukan Muslim, tapi aku tak pernah lupa bayar zakat harta, fitrah” – Chandra appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/14/aku-bukan-muslim-tapi-aku-tak-pernah-lupa-bayar-zakat-harta-fitrah-chandra/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lama Tak Jengoi Biarlah Dia Menyumbang Tiada Isu Pun Bukan Muslim Bayar Zakat Dr Maza

Lama Tak Jengoi Biarlah Dia Menyumbang Tiada Isu Pun Bukan Muslim Bayar Zakat Dr Maza

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 202 hits
Raja Hisyam Raja ZaidApril 14 2021 Dr Mohd Asri menganggap tiada sebarang masalah yang wajar ditimbulkan berkenaan isu penganut agama lain yang ingin membayar zakat fitrah Gambar failMufti Negeri Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meng...
Bayar Zakat Fitrah Online 2021 Cara Semak Kadar Mengikut Negeri

Bayar Zakat Fitrah Online 2021 Cara Semak Kadar Mengikut Negeri

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 393 hits
BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE 2021 CARA SEMAK KADAR MENGIKUT NEGERI Kepada umat Islam yang ingin bayar zakat Fitrah online anda boleh berbuat demikian secara atas talian sahaja Ia mudah dan senang sahaja Bagaimanakah cara bayar zakat Fitrah onl...
Bayar Zakat Fitrah Guna Aplikasi Boost Ewallet

Bayar Zakat Fitrah Guna Aplikasi Boost Ewallet

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 245 hits
Done bayar zakat fitrah secara online Alhamdulillah Tahun tahun sebelum ni aku biasa bayar zakat online melalui web Zakat Selangor Kadang kadang bayar melalui servis MyEG Tahun ni aku pilih untuk bayar zakat fitrah guna aplikasi Boost eWall...
Lafaz Niat Zakat Fitrah Dan Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Serta Hukum Nya

Lafaz Niat Zakat Fitrah Dan Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Serta Hukum Nya

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 277 hits
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan zakat puasa zakat Ramadan dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuas...
Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Negeri Seluruh Malaysia Untuk Tahun 2021

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Negeri Seluruh Malaysia Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 335 hits
Ramadan hampir tiba dan salah satu kewajipan setiap umat Islam dalam bulan yang mulia ini adalah menunaikan Zakat Fitrah Nilai atau kadar bayaran pula ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri bagi setiap negeri di Malaysia unutk tahun 2021...
Kadar Zakat Fitrah Di Pahang Untuk Tahun 2021 Kekal Rm7 Ini 3 Kaedah Bayaran Ditetapkan

Kadar Zakat Fitrah Di Pahang Untuk Tahun 2021 Kekal Rm7 Ini 3 Kaedah Bayaran Ditetapkan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 477 hits
Pahang baru baru ini telah mengumumkan kadar bayaran Zakat Fitrah iaitu RM7 untuk setiap individu Muslim di Seluruh Pahang bagi tahun ini tahun 2021 iaitu sama seperti tahun lalu Oleh itu anda boleh buat bayaran melalui 3 kaedah yang diteta...
Mainpp Tetap 3 Kadar Zakat Fitrah Di Pulau Pinang

Mainpp Tetap 3 Kadar Zakat Fitrah Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 324 hits
Majlis Agama Islam Pulau Pinang menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah iaitu RM7 RM12 dan RM16 tahun ini Tiga kadar itu ditetapkan selepas memperoleh kelulusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dan diperkenankan Yang di Pertuan Agong Yang...
Berapa Kadar Zakat Fitrah Johor 2021

Berapa Kadar Zakat Fitrah Johor 2021

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 529 hits
Alhamdulillah kita dah masuk bulan Ramadhan untuk tahun 2021 Jadi berapa kadar zakat fitrah Johor 2021 Kami akan kupas di bawah sebentar lagi Apa apa pun selamat berpuasa kepada anda semua semoga ibadah kita ini di terima oleh Allah SWT Ami...
Bayar Zakat Guna Kad Kredit

Bayar Zakat Guna Kad Kredit

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 438 hits
Bayar Zakat Guna Kad Kredit Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk 7 Ramadhan kita harini Syukur pada yang maha esa kerana dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk sama sama berada di bulan mulia ini sekali lagi Bila tiba jer bulan R...
Mcdonalds Malaysia Sumbang Bilik Sensori Untuk Kanak Kanak Oku Di Perlis

Ex Boss Datang Rumah

Jadual Sekolah Berubah Sepanjang Ramadan Sesi Petang Tamat Lebih Awal Kpm

Elak Dan Rawatan Dengan Makan Minum Yang Halalan Toiyibban Adalah Asas Utama

Minum Petang Dengan Cekodok Resepi Emak

World S First Tri Fold Phone Huawei Mate Xt Ultimate Design Makes Its Grans Debut In Malaysia

Pengalaman Pembedahan Kanser Lipoma

Tapaulah Launches Website And New Lunchbox Series


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Kari Ikan Mudah Resepi Kari Ikan Bawal Paling Padu

China Matahari Terbit Di Jade Dragon Snow Mountain

Afc Champions League Match Results Jdt Vs Pohang 18 February 2025

Elevate Your Workplace Efficiency With The Revolutionary Tablet Huawei Matepad Pro 13 2

Kanser Tahap Akhir Sembuh Sepenuhnya

Tiga Maut Berhampiran Resort Air Panas Kepekatan Tinggi Gas Toksik